CUKAI : PERNIAGAAN (SEKSYEN 4A) - MILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE) - LANGKAH2 DAN ASAS MULA

Wednesday, June 10, 2009 0 comments

Assalamualaikum Encik Radzi.

Moga sihat selalu.Saya ada beberapa persoalan mengenai cukai untuk perniagaan enterprise. Jadi pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membuka peluang sebegini termasuk untuk blog Encik mengenai cukai tersebut.

Berikut adalah beberapa soalan saya:
1. Saya memulakan perniagaan bermula awal bulan Disember 2006. Namun, saya tidak pernah mendaftar dengan LHDN malah tidak pernah membayar cukai perniagaan. Bukannya ingin lari dari tanggungjawab, tapi asas percukaian itu tidak ada dan tidak tahu di mana saya perlu bermula. Persoalan saya di sini, apakah yang saya perlu lakukan untuk tahun-tahun yang lepas tersebut?
2. Perniagaan saya dimulakan pada bulan Disember 2006, jadi pada penyata kewangan untuk tujuan cukai, adakah tempoh penyata kewangan yang perlu dilakukan hanya dari Disember sehingga selewat-lewatnya bulan Jun tahun seterusnya (contoh: Disember 2008 – Jun 2009)? Atau dari Jun ke Jun? Sebagai contoh dari Jun 2008 sehingga Jun 2009?
3. Apakah jumlah pendapatan minimum (tahunan) untuk sesebuah perniagaan enterprise itu dikenakan cukai?
4. Ada dokumen-dokumen tertentu seperti resit dan dokumen penerimaan bayaran telah tiada di dalam simpanan saya. Ini menyebabkan saya sukar untuk menjumlahkan pendapatan bagi satu-satu tahun atau bulan. Jadi apakah yang perlu saya lakukan? Bolehkah kita lakukan anggaran pendapatan?
5. Bagaimana saya boleh dapatkan No. Rujukan Cukai?
6. Boleh senaraikan secara ringkas langkah pertama sehinggalah kepada proses declare tax?

Buat masa ini, saya telah mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti dari internet (dan terjumpa blog Encik) dan juga membeli buku. Namun rujukan-rujukan tersebut amat terhad dan tidak menerangkan dari mula dan langkah demi langkah. Rata-rata buku hanya lebih kurang sahaja isi kandungannya dan hanya menyatakan contoh sahaja tanpa menyatakan apa yang perlu dibuat, bagaimana untuk mendaftar, isu-isu praktikal dan sebagainya.

So far, dari kefahaman asas kiraan cukai yang saya fahami, tidak banyak pun yang saya perlu bayar, malah banyak juga jumlah pelepasan yang saya gunakan seperti pembelian buku dan lain-lain. Cuma saya ingin declare tax agar memudahkan saya melakukan permohonan pinjaman dengan pihak bank. :D
Terima kasih.

Jawapan

Salam,
1. Saya minta maaf kerana lambat menjawab pertanyaan saudara.
2. Tak perlu segan dengan saya, kerana saya juga manusia juga seperti saudara. Boleh tanya apa sahaja..percuma sahaja...tiada bayaran dikenakan.....sebab niat saya membantu apa yg terdaya..ikhlas...insyallah...
3. Update Blog....saya akan teruskan updatekan blog...cuma berharap saya mendapat masa yg terluang dan sesuai...untuk tujuan masyarakat bersama....segalanya disini percuma....
4. Mana2 yg tak faham tu...boleh call saya ...Radzi - 019-300 7730....24jam sehari....7 hari seminggu....setakat hari ini saya belum terniat lagi untuk mengenakan sebarang caj...insyallah ianya percuma.

Jawapan 1.
Langkah yg perlu :
a. Buat Akaun Perniagaan yang mengandungi Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan General Ledger.
b. Buat pengiraan cukai bagi Perniagaan Enterprise bagi mengenalpasti Cukai atau Kerugian Cukai (Brought Forward), Elaun Modal (Semasa dan Bawa Kehadapan). Hasil daripada pengiraan ini akan digabung sekali dengan pendapatan pengajian (suami atau isteri)..jika perlu....dan terhasilah samada perlu dicukai atau tidak.

Bagi kes2 yang tidak mempunyai dokumen yg lengkap seperti kehilangan dsb...boleh membuat anggaran sebaik mungkin...namun ianya haruslah logik dan bersesuaian. Ini adalah kerana pihak LHDN akan membuat audit cukai keatas kesemua perniagaan Enterprise juga bila tiba masanya. Cuba laporkan yang terbaik dan munasabah. Pelaporan perlulah dibuat bermula dari tarikh penubuhan perniagaan sehingga 31 Disember setiap tahun.

p/s : Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan Akta Perniagaan dan Akta Cukai 1967...dan ianya adalah jalan yg sebenarnya. Terdapat ramai antara mereka disana (consultant) mengambil jalan mudah atau short-cut..ini akan membahayakan dan akan menyusahkan Pelanggan mereka.

Jawapan 2.
Perniagaan bermula pada Disember 2006. Tarikh penubuhan bila?
Sekiranya tarikh perniagaan itu sama dengan tarikh penubuhan maka :
1. Perniagaan saudara perlulah ditutup pada setiap 31 Disember...iaitu pada kes ini pada 31 Disember 2007. Pada isu ini..ianya melebihi 12 bulan..iaitu 13 bulan...ianya tak menjadi kesalahan bagi tahun pertama sahaja. Bagi tahun keduanya ianya haruslah tidak melebihi 12 bulan dan perlu ditutup pada setiap 31 Disember. Selepas tahun 2004, kesemua perniagaan Enterprise hendaklah menutup perakaunan mereka berakhir 31 December. (Seksyen 27 Akta Cukai Pendapatan)..

Jawapan 3.
Jumlah pendapatan dikenakan cukai bagi perniagaan Enterprise adalah sama pada kadar Jadual Pengiraan Cukai Individu .... kerana pendapatan tersebut ditaksir pada individu....bergantung kepada jumlah pendapatan anda.

Jawapan 4.
Sekiranya hilang..boleh gunakan apa yg ada...seperti bank statement, cash book dsb.....kalau dah langsung tak ada..bolehlah membuat anggaran sendiri...yg. munasabah.

Jawapan 5.
Pendaftaran perlu dilakukan di LHDN bagi mendapat nombor rujukan dan borang B. Bagi perniagaan Enterprise...owner kena pergi sendiri....sekejap sahaja bagi urusan ini dan mudah.

Jawapan 6
1. Regiter untuk dapat nombor rujukan cukai dan birang cukai setiap tahun.
2. Buat akaun selengkapnya (Penyata Kewangan)
3. Buat pengiraan Cukai Perniagaan Enterprise
4. Gabungkan dengan Pendapatan Pengajiaan dan Lain2 Pendapatan (jika ada)
5. Isi Borang B setiap tahun...dan hantar.

p/s: a. mana2 yg tak paham tu boleh call saya...insyallah saya akan bantu apa yg terdaya dan ianya bertujuan untuk pembelajaran bersama dengan yg lain.

Terima kasih.
Wslm.
Radzi
CA (Malaysia)

Links to this post

ShoutMix chat widget