Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. - Bila Di Taksirkan?

Thursday, March 31, 2011 1 comments


From: xxxxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thu, March 31, 2011 1:48:07 AM
Subject:

assalam en radzi, saya xxxxxx ingin bertanya bilakah cukai perniagaan dikenakan sekiranya syarikat ditubuhkan pada mei 2010. bagaimana lhdn mengetahui syarikat sudah memulakan perniagaan adakah melalui bank statement? saya menjalankan syarikat pelancongan tetapi lesen pelancongan saya hanya akan dapat pada mei 2011.tetapi wang sudah dimasukkan melalui perniagaan lain untuk memudahkan saya membuat pinjaman. boleh tolong saya en.radzi?


JAWAPAN :

Salam Tuan,

1. Cukai Perniagaan Dikenakan .... yg sebetulnya Taksiran Cukai Perniagaan ... sebab tak semestinya kena cukai.

Ditubuhkan Mei 2010 ... Taksiran Cukai hanya boleh dilakukan selepas Penyata Kewangan Syarikat Sdn. Bhd. ditutup iaitu selepas di audit. Didalam kes ini :

a. Tarikh tutup kewangan boleh dilakukan pada 31 December 2010 ... dan Taksiran Cukai bagi Syarikat adalah 30 Jun 2011.

b. Tarikh tutup kewangan juga boleh dilakukan pada 31 Januari, atau 28 February sehingga 30 April ... maka Taksiran Cukai adalah pada 6 bulan selepas tarikh tutup akaun.

2. Terdapat berbagai cara pihak LHDN mengetahui sesuatu Perniagaan .... antaranya secara pemeriksaan, Salinan Invois dari pihak kerajaan, Auidot Cukai dan macam2 lagi.

3. Pekara mendapat lesen adalah pekara yg lain dan tidak menjadi isu besar bagi pihak LHDN ... malah pihak LHDN hanya berminat terhadap isu2 dan pekara2 berkaitan dengan percukaian sahaja. Cara dan bagaimana duit perniaagan itu dimasukkan pula, perlu diberi perhatian sewajarnya ... yg paling penting kesemua Pendapatan perlu diistiharkan.

Terima kasih.

... semoga membantu.


Radzi
CA(M)

Links to this post

1 comments: to “ Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. - Bila Di Taksirkan? so far...

  • ADT May 11, 2011 8:31 PM
     

    Kenyataan tuan Radzi CA(M). berkaitan perkara (1)(b)adalah kurang tepat. Dari pertanyaan yang dikemukakan, syarikat ditubuhkan pada bulan Mei. Katakanlah ditubuhkan pada 1 Mei 2010.

    Senario pertama:

    Sekiranya tutup pada 30 April 2011 (genap 12 bulan akaun perniagaan) ini adalah tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2011.

    Sekiranya tutup pada pada 31 Januari 2011. dan tahun-tahun seterusnya tutup pada 31 Januari. Tempoh asasnya adalah seperti berikut:-

    1- 1/5/2010 - 31/12/2010 - TT2010
    2- 1/1/2011 - 31/12/2011 - TT2011
    3- 1/2/2011 - 31/01/2012 - TT2012

    Sekiranya tutup pada 28 Februari 2011 dan tahun-tahunb seterusnya tutup pada 28 atau 29 Februari. tempoh asasnya adalah seperti berikut:

    1- 1/5/2010 - 31/12/2010 - TT2010
    2- 1/1/2011 - 31/12/2011 - TT2011
    3- 1/3/2011 - 28/02/2012 - TT2012

    Sila rujuk Seksyen 21A Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Ketetapan Umum No 7/2001.


    Berkaitan tempoh masa untuk kemukakan Borang Cukai. Tempohnya bukan 6 bulan seperti yang dinyatakan oleh tuan. Tempoh sebenar adalah 7 BULAN selepas tarikh penutupan akaun.

    Sila rujuk Seksyen 77A Akta Cukai Pendapatan 1967.

CARIGOLD.COM

MANGGA

= = = = = = = = = Makluman Umum = = = = = = = = =

.
.

Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -


- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan

.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini)

... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah


RADZI

CA(M)


...

CariGold.Com