Terbahagi kepada 2 jenis : Pendapatan pengajiaan dalam bentuk wang tunai adalah seperti :
- Gaji, Upah, Elaun & Bonus,
 - Ganjaran, Komisen
 - Cukai pendapatan yg dibayar oleh majikan
 - Bayaran yuran kelab dan persatuan
 - Subsidi untuk pinjaman wang dsb
 
Pendapatan pengajian dalam bentuk bukan tunai seperti :
- Manfaat tempat kediaman dan juga kelengkapan rumah
 - Manfaat kereta , pemandu dan minyak
 - Pembantu rumah dsb
 
Setiap pendapatan pengajian diatas adalah layak dikenakan cukai.
POTONGAN INDIVIDU :
Potongan individu ialah suatu pelepasan yg diberikan kepada individu yg bermastautin sebagai tolakan daripada jumlah pendapatan. Terdapat 2 jenis potongan dibenarkan :
Potongan automatik :
POTONGAN INDIVIDU :
Potongan individu ialah suatu pelepasan yg diberikan kepada individu yg bermastautin sebagai tolakan daripada jumlah pendapatan. Terdapat 2 jenis potongan dibenarkan :
Potongan automatik :
- Potongan secara bagi pelepasan diri = RM8,000
 - Potongan tambahan (pembayar cukai) yg hilang upaya = RM6,000
 - Potongan isteri = RM3,000
 - Potongan tambahan bagi isteri/suami yg hilang upaya = RM3,500
 
Potongan hanya diberikan apabila :
- Perbelanjaan rawatan ibubapa = RM5,000
 - Perbelanjaan atas rawatan penyakit serius bagi individu, isteri & anak= RM5,000
 - Bayaran premium insurans pendidikan atau manfaat perubatan anak2 = RM3,000
 - Bayaran premium insuran nyawa dan EPF = RM6,000
 - Yuran pendidikan bagi mendapatkan kemahiran teknikal,vokasional, industri, saintifik, teknologi, perakaunan dan undang2 (institusi diiktiraf sahaja) = RM5,000
 - Perbelanjan membeli alat sokongan asas individu kurang upaya = RM5,000
 - Anak dibawah 18 tahun = RM1,000
 - Anak kurang upaya = RM5,000
 - Anak sedang belajar di Pengajian Tinggi diiktiraf = RM4,000
 - Perbelanjaan buku, majalah dsb (selain suratkhabar) = RM1,000
 - Pembelian komputer bagi setiap 3 tahun = RM3,000
 - Amaun yg disimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi anak2 = RM3,000
 - Pembelian alatan sukan seperti dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 = RM300
 
REBAT CUKAI
- Rebat cukai atas Zakat dan Fitrah
 - Rebat cukai bagi levi pekerja asing (maksimum atas yuran dibayar)
 - Jika pendapatan bercukai (Chargeable Income) tidak melebihi RM35,000= RM350 dan isteri yg tidak memilih pengiraan berasingan atau yg tiada pendapatan = RM350
 
Sekiranya amaun rebat melebihi cukai yg kena bayar, lebihan tersebut tidak akan dipulangkan atau dijadikan kredit untuk ditolak tahun2 yang lain.
BORANG CUKAI PENDAPATAN
Borang BE - Bagi orang perseorangan yg menerima pendapatan melalui (bukan dari pendapatan perniagaan) :
BORANG CUKAI PENDAPATAN
Borang BE - Bagi orang perseorangan yg menerima pendapatan melalui (bukan dari pendapatan perniagaan) :
- Penggajian
 - Dividen, Faedah dan Diskaun
 - Sewa, Royalti dan Premium
 - Pencen, Anuiti dan Bayaran Berkala
 - Lain-lain Pendapatan
 
Borang B - Bagi perseorangan yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Borang M - Bagi mereka yang bukan permastatutin.
Borang M - Bagi mereka yang bukan permastatutin.