Cukai pendapatan individu ialah sejenis cukai yang dikenakan atas :
Pembayar Cukai Individu
Individu didefinisikan sebagai Orang selain daripada Syarikat atau Perbadanan. Seseorang individu layak dikenakan cukai pendapatan jika memperolehi pendapatan dari mana-mana punca dalam tahun asas bagi satu tahun taksiran :
- Pendapatan yang diperolehi daripada PENGGAJIAN yang dilakukan oleh seseorang individu
- Keuntungan atau laba yang diperolehi daripada aktiviti komersial yang dilakukan oleh seseorang individu; atau
- Keuntungan atau laba yang diperolehi daripada aktiviti komersial oleh sesuatu entiti.
Terdapat 2 faktor yang menyebabkan anda terikat dalam isu percukaian di Malaysia :
- Samada anda seorang permastatutin atau tidak. Ianya merujuk kepada tempoh anda tinggal di Malaysia tanpa megira kerakyatan anda.
- Samada pendapatan diperolehi daripada sumber di Malaysia atau tidak
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang di Malaysia dari luar negara adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu sesorang yang mastautin ataupun tidak, tidak akan dikenakan cukai tersebut. Pendapatan yang diterima di Malaysia sahaja akan dikenakan cukai (sekiranya layak).
Taraf Mastatutin
Taraf mastautin bagi maksud percukaian adalah tertakluk tempoh sesorang yang tinggal di Malaysia dan bukan merujuk kepada taraf kerakyatan atau kewarganegaraannya.Sesorang itu dikira bermastatutin di Malaysia apabila berada di Malaysia tidak kurang dari 182 hari (tidak semestinya berterusan).Pembayar Cukai Individu
Individu didefinisikan sebagai Orang selain daripada Syarikat atau Perbadanan. Seseorang individu layak dikenakan cukai pendapatan jika memperolehi pendapatan dari mana-mana punca dalam tahun asas bagi satu tahun taksiran :
- PERNIAGAAN & PROFESION - Seksyen 4 (a)
- PENGAJIAN - Seksyen 4 (b)
- DIVIDEN, FAEDAH & DISKAUN - Seksyen 4 (c)
- SEWA, ROYALTI & PREMIUM - Seksyen 4 (d)
- PENCEN, ANUITI & LAIN-LAIN BAYARAN BERKALA - Seksyen 4 (e)
- LAIN-LAIN - Seksyen 4 (f)