
SOALAN :
Assalamualaikum..
1. kedai saya telah ditengelam banjir. abis semua fail-fail lama tengelam dan memang tak dapat diselamatkan. harus buat report dengan LHDN tak?
saya guna excel saja untuk buat akaun. dalam komputer masih ada copy. cuma bab dokumen memang abis.
2. perbelanjaan kereta.
2a. saya telah membeli kereta baru pada tahun 2010. oleh kerana pada tahun 2010 saya tak berapa untung, jadi saya tangguh elaun modal ke tahun 2011. bolehkan cara sebegini?
2b. oleh kerana perniagaan yg sangat slow pada tahun 2011, nak ambil elaun modal, akan menjadikan perniagaan saya rugi. jadi, boleh tangguh lagi atau macamana?
2c. perbelanjaan berkaitan kenderaan ialah petrol (rm300 sebulan) dan servis (lebih kurang rm500 setiap 3 bulan) dikira dalam perbelanjaan perniagaan (bawah pengangkutan kalau tak silap). boleh ke perbelanjaan ni dikira tapi elaun modalnya belum diambil?
2d. boleh atau tidak digunakan kaedah rental? hanya amaun yg kita bayar ke bank sahaja dikira sebagai perbelanjaan? (dan mengabaikan terus tentang elaun modal.)
2e. perlukah satu kertas untuk istihar kenapa belanja petrol perniagaan RM300 sebulan? saya ada catat kenapa rm300 sebulan (marketing, hantar barang, product briefing dll berkaitan perniagaan). tiada sokongan resit2 untuk petrol.
3. untuk makluman saya membayar cukai (minima, untuk tujuan pengesahan pinjaman) dan zakat.
3a. katakan jumlah cukai dikenakan ialah rm1500. disebabkan saya dah bayar zakat rm1500, saya tak perlu bayar cukai. tapi sebab saya nak slip bayar cukai (tujuan pinjaman), saya cuma letak zakat rm1400, saya bayar cukai rm100. bolehkah kaedah ini?
3b. saya berniaga di negeri Johor (MAIJ) tapi ingin membayar zakat di negeri Perlis (MAIPS). dibenarkan tak oleh LHDN?
terima kasih. semoga ilmu semua diberkati Allah.
JAWAPAN :
Wslm,
... saya cuba membantu ...
Quote:
1. kedai saya telah ditengelam banjir. abis semua fail-fail lama tengelam dan memang tak dapat diselamatkan. harus buat report dengan LHDN tak? saya guna excel saja untuk buat akaun. dalam komputer masih ada copy. cuma bab dokumen memang abis.>
Tak perlu Tuan report ke LHDN. Cuma mungkin akan menimbulkan masalah dari pihak Tuan ... sekiranya pihak LHDN meminta atau ingin memeriksa dokumen yg berkaitan di kemudian hari.
2. perbelanjaan kereta.
2a. saya telah membeli kereta baru pada tahun 2010. oleh kerana pada tahun 2010 saya tak berapa untung, jadi saya tangguh elaun modal ke tahun 2011. bolehkan cara sebegini?
2b. oleh kerana perniagaan yg sangat slow pada tahun 2011, nak ambil elaun modal, akan menjadikan perniagaan saya rugi. jadi, boleh tangguh lagi atau macamana?
Penangguhan Elaun Modal ... tak boleh Tuan. Ianya akan tetap digunakan setiap tahun .. walaupun Perniagaan tersebut Untung atau Rugi.
Elaun Modal adalah merupakan satu potongan tahunan yang dibenarkan ke atas Aset Perniagaan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan. Elaun ini diberi sebagai potongan daripada Pendapatan Larasan Perniagaan (Adjusted Business Income).
Dalam erti kata lain, didalam terma perakaunan terdapat perbelanjaan dinamakan SUSUTNILAI. Namun begitu di dalam PERCUKAIAN, perbelanjaan SUSUTNILAI ini tidak dibenarkan (Unallowable) tapi sebaliknya akan digantikan dengan terma ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE). ELAUN MODAL ini dikira berbeza sedikit berbanding cara kita mengira SUSUTNILAI. Malah terdapat beberapa jenis assets atau harta yang tidak mendapat ELAUN MODAL seperti Ubahsuai Bangunan (Renovation), Bangunan (Building) dan sebagainya.
Perniagaan akan rugi ... Sebenarnya Elaun Modal ini hanya wujud didalam pengiraan cukai perniagan Tuan. Ianya tidak wujud dalam Penyata Kewangan perniagaan (Akaun) Tuan.
Ambil Elaun Modal ... Pekara Elaun Modal ini adalah tetap .... maksudnya ianya akan tetap dikira dalam Pengiraan Cukai ... walaupun rugi atau untung. Sekiranya perniagaan Tuan mengalami kerugian ... maka elaun modal tersebut akan dibawa kehadapan tahun hadapan dan ini dinamakan Elaun Modal Terkumpul.
Didalam perniagaan biasa terdapat 2 pekara yg boleh dibawa ke tahun-tahun hadapan :
1. Elaun Modal Terkumpul
2. Kerugian Terkumpul
Kedua2 ini adalah pekara yg besar dan bernilai. Malah ada yg menggunakan ianya sebagai satu alat untuk mengurang cukai. Oleh yg demikian pandangan umum bahawa Syarikat yg rugi tidak mempunyai nilai... fikirkan kembali ...
2c. perbelanjaan berkaitan kenderaan ialah petrol (rm300 sebulan) dan servis (lebih kurang rm500 setiap 3 bulan) dikira dalam perbelanjaan perniagaan (bawah pengangkutan kalau tak silap). boleh ke perbelanjaan ni dikira tapi elaun modalnya belum diambil?
Secara amnya ... sebarang perbelanjaan (Perbelanjaan yg sebenar) yang berkaitan dengan dalam penghasilan Pendapatan ... maka perbelanjaan tersebut dibenarkan (Dalam konteks Percukaian).
2d. boleh atau tidak digunakan kaedah rental? hanya amaun yg kita bayar ke bank sahaja dikira sebagai perbelanjaan? (dan mengabaikan terus tentang elaun modal.)
Konsep Rental ... kalau konsep ini digunakan maka perbelanjaan ini akan dilaraskan semula oleh pihak LHDN. Ini adalah kerana "Rental" yg dibayar adalah kepunyaan Pemilik perniagaan. Maka ianya adalah merupakan satu Ambilan dan bukan kos perniagaan kepada Pemilik. Oleh yg demikian, pada peringkat awal ... ianya merupakan satu kos (perbelanjaan) ... dan apabila ianya dilaraskan ianya akan merupakan satu Ambilan (Bagi Perniagaan Milikan Tunggal). ... so berhati2
2e. perlukah satu kertas untuk istihar kenapa belanja petrol perniagaan RM300 sebulan? saya ada catat kenapa rm300 sebulan (marketing, hantar barang, product briefing dll berkaitan perniagaan). tiada sokongan resit2 untuk petrol.
Berdasarkan kepada penerangan Tuan ... ianya merupakan satu ELAUN. Maka ianya merupakan pendapatan Tuan .... atau dalam bahasa Perniagaan Tunggal ... ianya merupakan satu Ambilan dan bukanya KOS perniagaan Tuan.
Yang sebaiknya adalah melampirkan resit2 dan invoices ... konsep "one to one basis". Setiap perbelanjaan dinyatakan di atas tadi perlukan dokumen sokongan.
Marketing ... tiada kos yg dinamakan Marketing. Marketing ini adalah merupakan perbuatan atau kerja .. dan bukannya Kos.
Hantar Barang ... Kos yg nyata adalah Duit Minyak (Resit), Duit Lori (Invoice), Duit Tol (Resit), Duit Driver (Upah - Nama dan Kerja Dibuat),Duit Parking (Resit) dsb. Oleh yg demikian ... perlukan detail yg lengkap terhadap pekara "Hantar Barang". Dan kalau setakat hantar barang sahaja ... kemungkinan kos ini akan dihadkan (Dibenarkan separuh atau sebagainya oleh pihak LHDN).
Produk Briefing ... adalah satu sifat kerja .. dan bukannya kos. Melainkan Tuan mengupah orang lain. Tak logik kalau ... Perniagaan Tuan membayar kepada Tuan atas produk briefing yg sendiri Tuan lakukan.
General Expenses ... ramai yg membuat dan meletakkan pekara (item) ini dalam Penyata Kewangan mereka yg merupakan satu kos perniagaan. Pada hakikatnya ... apakan itu General Expenses (Perbelanjaan Am)? ... kerana setiap perbelanjaan mempunyai nama dan sifatnya. Kebiasaanya pihak LHDN akan tidak membenarkan perbelanjaan ini. (Unallowable Expenses). Kita perlu berhati2 bagi mengelakkan dicukai atas kesilapan diri sendiri.
3. Untuk makluman saya membayar cukai (minima, untuk tujuan pengesahan pinjaman) dan zakat.
3a. katakan jumlah cukai dikenakan ialah rm1500. disebabkan saya dah bayar zakat rm1500, saya tak perlu bayar cukai. tapi sebab saya nak slip bayar cukai (tujuan pinjaman), saya cuma letak zakat rm1400, saya bayar cukai rm100. bolehkah kaedah ini?
Hehehehhehe ... tak pernah orang buat begini . Pada kebiasaanya pihak yg memberi pinjaman (Bank etc) ingin melihatkan akan Penyata Cukai atau Borang Cukai yg telah diserahkan kepada LHDN. Sekiranya terdapat Cukai dibayar ... mereka memerlukan akan dokumen sokongan terhadapnya. Mereka akan menilai sendiri akan pinjaman tersebut.
Pandangan ... Tuan tak perlu membuat cara yg demikan ... kerana akan menambah rumit pekara cukai Tuan nanti .. apatah lagi apabila pihak LHDN membuat audit atas perniagaan Tuan.
3b. saya berniaga di negeri Johor (MAIJ) tapi ingin membayar zakat di negeri Perlis (MAIPS). dibenarkan tak oleh LHDN?
Dari sudut LHDN ... tiada masalah .... Dari segi agama ... yg afdal adalah ditempat Tuan berniaga.
terima kasih. semoga ilmu semua diberkati Allah.
Insyallah .... Amin

From: xxx@yahoo.com
To: "mr.radzi@yahoo.com"
Sent: Monday, October 24, 2011 8:50 PM
Subject: masalah cukai enterprise
Assalamualaikum..
Saya ade soalan mengenai cukai. Ayah saya ade perniagaan enterprise.lepas ayah saya meninggal, saya yang mengmbil alih perniagaan.tapi saya xpernah membayar cukai sejak 2007.jadi baru-baru ini saja baru tahu saya perlu mambayar cukai.msalahnya skang ne akaun syarikat mg xde since ayah meninggal.y ade juz statement bank.
Macam mana saya nak buat pengiraan untuk pendapatan sekirany resit2 hilang?saya baca pihak lhdn nk tgk bukti resit2 2 kalo kena audit..yang saya ade hanya baucer bayaran.risau betul saya lepas dpt tahu saya perlu buat pembayaran cukai.
JAWAPAN:
Wslm,
1. Cukai dibayar ...walaupun pemunya telah meninggal, tanggungjawab terhadap cukai ... iaitu terdapatnya cukai kena bayar kepada LHDN ... maka perlu dibayar oleh pewarisnya. Ini termaktub dalam Akta Cukai.
2. Cukai dikenakan apabila terdapat pendapatan bercukai. Maksudnya Tuan perlu menyediakan Akaun Perniagaan dan membuat pengiraan cukai bagi memastikan sekiranya terdapat cukai dikenakan. Untuk makluman sesuatu perniagaan belum pasti dikenakan cukai. Sebaliknya pengistiharan terhadap perniagaan itu adalah wajib.
3. Penyata Kewangan ... pihak Tuan boleh menyediakan Akaun Perniagaan berdasarkan dokumen-dokumen yg ada dan juga secara anggaran yang munasabah. Tuan boleh memperolehi maklumat transaksi melalui :
a. Penyata Bank
b. Keratan Buku Cheque
c. Sales Invoices
d. Statement dari Creditors
e. Payment dan Petty Vouchers dsb.
4. LHDN ... pihak LHDN boleh melihat bukti-bukti seperti resit-resit, penyata bank dan sebagainya ... sekiranya perlu. Ini adalah salah satu keperluan tapi bukan kemestian. Ianya bergantung kepada budi bicara pihak LHDN. Sebagai panduan, pihak Tuan menyerahkan segala dokumen yg diminta oleh pihak LHDN dan menerangkan juga akan situasi akan kekurangan dokumen yg terlibat.
Oleh yg demikian, Tuan perlu menyediakan Akaun Perniagaan bagi tahun yang terbabit berdasarkan dokumen-dokumen yg ada bagi isu cukai perniagaan tersebut.
Harap ini membantu.
Radzi
Syarikat Sdn. Bhd. & Milikan Tunggal
Sunday, August 28, 2011 Labels: Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. 0 comments
From: xxx@yahoo.co.uk>
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 24, 2011 12:45 AM
Subject: Nak Tanya ?
Assalamualaikum Tuan Radzi,
Adapun pertanyaan yang ingin saya tanyakan iaitu :
1. Diandaikan hasil penjualan syarikat sebulan lebih kurang RM45,000 syarikat apa yang sesuai untuk ditubuhkan? Sdn.Bhd atau Enterprise? (sekarang ni saya ada Enterprise)
2. Saya ada rancangan ingin membuka kedai wangian, kos projek 60k,kerana modal saya kurang,saya nak mohon loan daripada SME Bank. Sekarang saya tengah siapkan RANCANGAN PERNIAGAAN dah sampai tahap akhir (aspek kewangan) tapi saya kurang yakin ianya berjaya di keranakan tiada cagaran. Saya ada cerita dengan kawan pasal perniagaan ni dan dia minat nak join. Yang saya nak tanyakan dengan tuan, bagaimana cara pembahagian keuntungan dan bagaimana kalau perniagaan rugi? untuk pengetahuan tuan semua urusan perniagaan, saya yang jalankan. Kawan saya bagi modal sahaja.
Terima Kasih,
JAWAPAN :
Salam Tuan,
1. Jualan Syarikat .. RM45,000 sebulan ... setahun RM45,000 x 12 = RM540,000. Secara amnya perniagaan Tuan ... boleh dikatakan agak maju dan berdaya saing.
Cukai : Cukai yg dikenakan atas Perniagaan Milikan Tunggal akan lebih dikenakan berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. .. sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000.
Kadar Cukai RM250,000 = Perniagaan Milikan Tunggal (Individu) = 26%
Kadar Cukai RM250,000 = Syarikat Sdn. Bhd. = 20%
Beza = 6% = RM15,000 ... semakin tinggi semakin besar amaunya.
Disini ... Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai kelebihan dari segi Cukai.
Pandangan saya :
a. Dengan kadar momentum Jualan ketika ini .. bersesuaian Tuan bagi menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.
b. Kelebihan yg lain ... memudahkan mendapat Facilities Bank (termasuk OD) dan bantuan2
c. Pengistiharan Dividen .... Perniagaan Tunggal dan Perkongsian tidak boleh melakukan pekara ini.
d. Perancangan Cukai yg lebih berkesan ke atas Syarikat Sdn. Bhd.
e. Pemilik Milikan Tunggal (Enterprise) tidak dilindungi oleh SOCSO ... ini adalah Akta. Sesuatu yg merugikan kepada Individu yg menjalankan perniagaan di atas Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise)... dsb.
2. Pembahagian Keuntungan :
a. Di dalam Perniagaan Rakankongsi ... keuntungan atau kerugian boleh dibahagikan secara Persetujuan Bersama. Namun risiko akan Liabiliti Tak Terhad memainkan isu utama. Maksudnya ... perniagaan dan individu ini boleh dikenakan mahkamah sekiranya gagal membayar hutang piutang dari pihak ke 3.
b. Bagi Syk Sdn. Bhd. ... tindakan hanya setakat Syarikat Sdn. Bhd. sahaja ... dan ianya tidak akan menyentuh Para Pengarah Syarikat Sdn. Bhd. (selagi ianya tidak menjamin secara kapasiti Individu).
Di dalam Sykt Sdn. Bhd. pembahagian keuntungan boleh dilakukan dengan :
a. Menyediakan Akaun Joint Ventures - Iaitu Entiti Syarikat Sdn. Bhd. dengan entiti perniagaan lain ( samada Sykt Sdn. Bhd., Milikan Tunggal mahupun Perkongsian). Pilihan ini akan menyebabkan banyak Akaun Perniagaan perlu disediakan. Bagi sesetengah ... ianya merumitkan. Biasanya diamalkan bagi tujuan perniagaan yg besar.
b. Pembahagian melalui pengistiharan Dividen. Para Pemegang Saham akan mendapat Dividen yg diistiharkan oleh Syarikat.
Harap ini membantu.
RADZI
CA(M)
Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. - Bila Di Taksirkan?
Thursday, March 31, 2011 Labels: Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. 1 comments
From: xxxxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thu, March 31, 2011 1:48:07 AM
Subject:
assalam en radzi, saya xxxxxx ingin bertanya bilakah cukai perniagaan dikenakan sekiranya syarikat ditubuhkan pada mei 2010. bagaimana lhdn mengetahui syarikat sudah memulakan perniagaan adakah melalui bank statement? saya menjalankan syarikat pelancongan tetapi lesen pelancongan saya hanya akan dapat pada mei 2011.tetapi wang sudah dimasukkan melalui perniagaan lain untuk memudahkan saya membuat pinjaman. boleh tolong saya en.radzi?
JAWAPAN :
Salam Tuan,
1. Cukai Perniagaan Dikenakan .... yg sebetulnya Taksiran Cukai Perniagaan ... sebab tak semestinya kena cukai.
Ditubuhkan Mei 2010 ... Taksiran Cukai hanya boleh dilakukan selepas Penyata Kewangan Syarikat Sdn. Bhd. ditutup iaitu selepas di audit. Didalam kes ini :
a. Tarikh tutup kewangan boleh dilakukan pada 31 December 2010 ... dan Taksiran Cukai bagi Syarikat adalah 30 Jun 2011.
b. Tarikh tutup kewangan juga boleh dilakukan pada 31 Januari, atau 28 February sehingga 30 April ... maka Taksiran Cukai adalah pada 6 bulan selepas tarikh tutup akaun.
2. Terdapat berbagai cara pihak LHDN mengetahui sesuatu Perniagaan .... antaranya secara pemeriksaan, Salinan Invois dari pihak kerajaan, Auidot Cukai dan macam2 lagi.
3. Pekara mendapat lesen adalah pekara yg lain dan tidak menjadi isu besar bagi pihak LHDN ... malah pihak LHDN hanya berminat terhadap isu2 dan pekara2 berkaitan dengan percukaian sahaja. Cara dan bagaimana duit perniaagan itu dimasukkan pula, perlu diberi perhatian sewajarnya ... yg paling penting kesemua Pendapatan perlu diistiharkan.
Terima kasih.
... semoga membantu.
Radzi
CA(M)
Artikel : Pegawai LHDN Di Penjara
Thursday, October 28, 2010 Labels: Artikel 0 comments
KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai eksekutif (Penaksiran) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari cawangan Kuala Lumpur Bandar dipenjara dua tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah, lima tahun lalu.
Hakim Rosbiahanin Ariffin, berkata sekiranya tertuduh, Miftahhudin Abdullah, 40, gagal membayar denda itu, dia akan dikenakan penjara 12 bulan dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.
Rosbiahanin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan. Miftahhudin didakwa bersetuju untuk terima wang suapan RM6,000 daripada Maimunah Suhor sebagai dorongan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan bertarikh 4 Mac 2005 di Mentari Channel Food Court, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman di sini pada 5.05 petang, 4 Mac 2005.
Dia yang kini digantung tugas, didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Pada 21 September lalu, mahkamah melepas dan membebaskan Miftahhudin daripada satu tuduhan meminta suapan RM6,000 bagi dirinya daripada Maimunah melalui Ainon Samat sebagai dorongan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan kepada Maimunah di LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Jalan Kampung Attap di sini pada 11.26 pagi, 1 Mac 2005.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 10(a)(bb) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadzillah Mohd Ossman. - BERNAMA
BERITA HARIAN
28/10/10
SIARAN AKHBAR : PENALTI LEWAT HANTAR BORANG
Friday, July 16, 2010 Labels: Cukai : Keratan Akhbar 0 commentsPembayar cukai lewat hantar borang dikenakan penalti: LHDNM
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, pembayar cukai yang menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan selepas tarikh akhir akan menerima Notis Taksiran berserta penalti kerana lewat menghantar borang.
LHDNM dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, tarikh akhir yang ditetapkan ialah 30 April, 2010 bagi Borang BE dan 30 Jun, 2010 bagi Borang B. Katanya, Notis Taksiran itu akan dihantar melalui pos.
Pembayar cukai yang menerima notis ini dinasihati menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau berhubung terus dengan cawangan LHDNM sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. - Bernama
Berita Harian
16 July 2010
CUKAI : STATUS PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN (2)
Tuesday, April 6, 2010 Labels: Cukai : Status Pendapatan dan Perbelanjaan 1 commentsSalam tuan,
Saya dapat email tuan daripada website tuan http://ca2on9-tax.blogspot.com. Saya ada satu soalan berkaitan cukai. Begini tuan, apakah jenis cukai yang dikenakan bila seseorang mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun bank orang lain?
Saya diberitahu oleh seorang kenalan, cukai dikenakan 28%-30% bila akaun seseorang itu ditransfer amount sebanyak RM200K. Sekiranya kurang daripada RM200K tidak dikenakan cukai. Saya sudah puas mencari jawapan di dalam internet untuk mengesahkan info dari kenalan saya itu tapi tidak berjumpa tentang cukai tersebut sehinggalah saya terjumpa website tuan di atas.
Harap tuan dapat membantu saya.
Terima Kasih Tuan.
JAWAPAN :
Salam,
Jenis Cukai .... Mendeposit sejumlah wang ke akaun bank orang lain....
a. Si A ... masukkan duit ke si B berjumlah RM200K.
.....> Tiada Cukai .... sekiranya duit tersebut merupakan PINJAMAN atau DEPOSIT
.....>Cukai Perniagaan .... sekiranya penerima (siB) menjalankan perniagaan dan ianya merupakan pendapatan perniagaan bagi SiB.
.....>Lain-lain Cukai ... seperti Cukai Pendapatan (Seksyen 4c hingga 4d) ... bergantung kepada jenis Pendapatan... seperti Komisyen... atau Sewa dsb.
Amaun kurang 200K ... tidak dikenakan cukai ... adalah tidak betul ... Konsep Percukaian .... setiap PENDAPATAN ... akan ditaksiran ... tak kira besar atau kecil. .... maka disini isunya ... adakah duit RM200K itu adalah PENDAPATAN bagi siB ... sekiranya bukan .. maka ianya tidak dikenakan cukai.
Bagi SiA .... duit yang diberi kepada si B ... merupakan :
1. Pinjaman atau Deposit dari si A ... maka siA tidak akan dikenakan sebarang cukai.
2. Kos bagi siA ,.. dan siA membuatbayaran ke siB ... maka pembayaran tersebut merupakan PENDAPATAN bagi si B ... dan ianya akan ditaksirkan cukai.
semoga ini membantu.
Wslm.
Radzi
CA (M)
CUKAI HARTANAH (RPGT)
Sunday, December 20, 2009 Labels: Cukai : Cukai Hartanah (Real Property Gain Tax) 0 commentsSoalan :
Salam en. radzi,
Saya nak tanya berkenaan tax yg di kenakan atas disp of property.
Pd awal 2007, co. beli property 2.3juta. kemudian di sewakan dr bln march 2007 hingga march 2008. bln oktober 08, property di jual dgn harga 3.5 juta. Selain dr dpt income fr rental, ujud juga other income fr gain on disp of property sebyk 1.3juta.
Persoalannya...
- gain 1.3 juta tu kena cukai tak?
- adakah tertakluk pada cukai sykt or RPGT?
- Aset tu dipegang tk sampai setahun..adakah kena RPGT?
- Legal fee yang incurred during beli n jual aset tersebut, adakah perlu di addback dlm tax comp?
Harap en radzi dpt membantu saya dlm menyelesaikan masalah di atas. Diucapkan ribuan terimakasih.
Jawapan :
Salam Noriza,
A. Terdapat 3 andaian disini:
1. Jenis perniagaan syarikat adalah "Property"...iaitu jual, beli dan penyewaan adalah aktiviti Syarikat
2. Syarikat tersebut tidak menjalankan aktiviti "Property"...iaitu menjalankan perniagaan lain dan menjadikan Property itu sebagai asset Syarikat.
3. Syarikat menjalankan perniagaan General Trade....terdapat didalam klaus perniagaan (M & A)
.... p/s: Syarikat Hartanah atau Real Property Company.....perlu merujuk kepada Akta Percukaian....Terma & Syarat tertentu
Disini saya andaikan Syarikat tersebut bukan menjalankan aktiviti "Property".Oleh yg demikian :
a. Property .....jenis property....ianya penting sebab ianya mempengaruhi jenis Pendapatan ... samada ianya boleh dikategorikan sebagai Pendapatan Perniagaan (Business Income) Seksyen 4(a)... ataupun Pendapatan Sewa (Rental Income) Seksyen 4(d).... untuk makluman setiap Seksyen mempunyai cara pengiraan dan syarat2 tertentu.
Kita andaikan bahawa "Property" itu adalah kilang ..... maka ianya boleh diklassifikasikan sebagai Pendapatan Perniagaan (Seksyen 4a)....sekiranya ianya Lot Kedai atau Tanah ....ianya akan jatuh kepada Pendapatan Sewa (Seksyen 4d)....pastikan syarat2 tertentu dipatuhi.
b. Keuntungan RM1.3 itu... akan tertakluk kepada RPGT
c. Cukai Syarikat atau RPGT? .... ianya merujuk soalan saya diatas.... Apakah nature atau aktiviti perniagaan Syarikat?...sekiranya Syarikat bukan menjalankan aktiviti "Property" maka ianya akan jatuh kepada RPGT.
d. Namun kalau ada dalam klaus M & A .... yg menyatakan Syarikat tersebut menjalankan aktiviti General Traders .... maka pihak Syarikat boleh memasukkan aktiviti tersebut sebagai aktiviti perniagaan. Namun disini perlu diingat .... treatment Property tersebut hendaklah betul ....sekiranya aktiviti tersebut melebihi setahun....maka property tersebut hendaklah dijadikan sebagai Stock...dan bukanya Fixed Assets (Property, Plant and Equipment) .... salah treatment akan memberi implikasi yang berbeza.
....p/s..pastikan status Syarikat dgn LHDN..mengenai Real Property Company dahulu.
e. Legal fee ..... sekiranya merupakan sebahagian aktiviti perniagaan ... ianya adalah dibenarkan. Aktiviti Perniagaan ini merujuk kepada Syarikat tersebut menjalankan aktiviti Property ataupun General Traders dan keuntungan yg diiperolehi adalah Keuntungan Perniagaan. Sekiranya ianya adalah Fixed Assets seperti diatas tadi...maka perbelanjaan tersebut akan dibenarkan (Incidental Cost) bila kita mengira RPGT ... tapi tidak dibenarkan dalam pengiraan Cukai Perniagaan Syarikat.
Diharap dapat memastikan :
1. Jenis aktiviti perniagaan utama Syarikat
2. Jenis "Property"...ianya akan membezakan antara Pendapatan Perniagaan (Sek. 4a) dan Pendapatan Penyewaan (Sek. 4d).
3. Treatment "Property" tersebut apabila melebihi satu tahun (berdasarkan soalan diatas)
4. Status Real Property Company dengan LHDN.
p/s: harap ini membantu.
Kadar Cukai Syarikat Sdn. Bhd.
Friday, July 24, 2009 Labels: Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. 0 commentsSaya dapat email tuan daripada website tuan http://ca2on9-tax.blogspot.com
saya ingin bertanya pada tuan yang arif.
benarkah sebuah syarikat sdn bhd yang dapat kontrak, sub 100% kepada syarikat yang tanpa mengeluarkan modal, syarikat yang beri sub itu akan dikenakan cukai lebih daripada 28%. saya dengar 60+%.
contoh situasi nya begini...
syarikat abc sdn bhd dpt kontrak let say rm100juta. syarikat abc sdn bhd sub 100% pada syarikat def sdn bhd dengan perjanjian 3% komisen diberikan pada abc sdn bhd oleh def sdn bhd. jadi syarikat def sdn dapat 97juta, dan abc sdn bhd dpt 3juta. saya ada dengar kalau syarikat abc sdn bhd sub 100% tanpa mengeluarkan sebarang modal, syarikat abc akan dikenakan cukai perniagaan lebih tinggi iaitu 68% kalau tak silap saya.
benarkah tuan?
kalau ya, bagaimana untuk mengurangkan cukai tersebut?
terima kasih.
JAWAPAN :
Waalaikumsalam Tuan,
1. Apa yg Tuan dengar tu tidak berapa betul....dan juga tak tepat. O.k...saya cuba menerangkan secara basic .... Setiap perniagaan akan dikenakan cukai sekiranya terdapat Pendapatan Yg Boleh Cukai (Chargeable Income)...maksudnya..sekiranya terdapat pendapatan yang boleh dikenakan cukai atau bahasa mudahnya keuntungan bersih...secara amnya dikenakan cukai.
Dalam kes Tuan :
a. Sykt ABC Sdn. Bhd...dapat kontark RM100 juta..dan sub sepenuhnya RM100 juta..in return dapat komisen 3% = RM3 juta.
i. Maka pendapatan Sykt ABD Sdn. Bhd. bersih adalah RM3 juta....ini belum ditolak dengan kos2 lain seperti Gaji, Sewa, Travelling, Petrol dsb. Katakan .... selepas ditolak kesemuanya ada baki atau dikenali Untung Bersih (Net Profit) ... katakan sebanyak RM500,000 kebawah maka ianya akan dikenakan cukai sebanyak (andaian mudah):
........Bawah RM500,000 = Kadar Cukai 20%
........Selepas RM500,000 = Kadar Cukai 25%
...Oleh yg demikian ianya akan dikira berdasarkan Jadual2 Cukai seperti diatas (Tahun Taksiran 2009)..update..manakala Tahun Taksiran 2008 ianya adalah 26% (Beza 1%)...dan setiap tahun ianya berubah....Dengan erti kata lain..cukai 68% yg Tuan cakap tu.....tak betul.
Pengiraan Kasar Sahaja :
Dengan andaian RM3 juta tu tak ada kos lain..bersih..sebersihnya....maka cukainya adalah :
........Bawah RM500,000 pertama = RM100,000
........Atas RM500,000 iaitu RM2,500,000 = RM700,000
........keseluruhannya adalah RM800,000 ... (cukai yg kena bayar) ..... maka semakin kecil Untung Bersih semakin kecil cukai yg dikenakan.
Cukai akan dikenakan apabila ada untung sahaja (secara amnya)...dan ianya paling tinggi adalah 25% (Bagi Syarikat yg mempunyai Modal Berbayar (Paid-up Capital) RM2.5 juta.
Bagi Syarikat yg mempunyai Modal Berbayar melebihi RM2.5 juta maka kadar cukainya maksimumnya adalah 28% atas keuntungan (Secara kasar).... dan bukanya 68% yg Tuan cakap tu.....harap maklum.
(Untuk makluman : Pendapatan Bercukai terhasil dari pengiraan cukai yg tersendiri dan ianya berbeza dengan konsep "ada untung ada cukai" kerana tidak semestinya jika perniagaan itu tidak mengalami keuntungan (rugi) maka ianya tidak dikenakan cukai.)
Untuk Peringatan : (Sekiranya)
1. Disebabkan kontrak menggunakan nama Syarikat ABC Sdn. Bhd. dan payment pun masuk ke dalam Syarikat ABC Sdn. Bhd.....dan kemudian baru bagi ke Sub-contractor....maka
........a. Akaun - Hendaklah istiharkan keseluruhan nilai kontrak...dan bukannya nilai komisen sahaja diistiharkan.
........b. Disebabkan nilai amaun terlibat besar...maka dokumen2 yg selengkapnya amat perlu ...contoh pembayaran2 dibuat hendaklah ditandatangani (wajib) oleh Pengarah....bagi mengelakkan kesusahan dengan LHDN....silap2 pembayaran yg dibuat tu tidak dibenarkan (Unallowable Expenses)...maka Syarikat pulak kena tanggung...sia2 kena bayar cukai yg tak sepatutnya.
2. Kalau......hanya dapat komisen sahaja...tanpa melibatkan Syarikat...(macam Agen atau Broker) ..hanya perlu rekod nilai komisen sahaja.
3. Kurangkan Cukai :
Terdapat banyak cara....
a. Kesesuaian Perniagaan.....nature, acitivites dsb.
b. Penggunaan peruntukkan cukai (LHDN) dan belanjawan setiap tahun....insentif dan pelepasan2, zakat dsb
c. Pengenalpastian jenis2 keuntungan dan kos-kos.... banyak lagi....ikut kesesuaian.
...sebenarnya ianya luas dan mempunyai berbagai cara yg dibenarkan oleh LHDN....
Sekiranya terdapat permasalahan boleh contact saya....insyallah..saya akan jawab....cuma saya nasihatkan...buatlah yg terbaik....dan jangan salah langkah....sebab amaun penalti sahaja adalah 60% atas penipuan ...banyak tu....bayangkan kalau RM1 juta penipuan yg dijumpai oleh LHDN.....maka cukai adalah RM280,000 dan amaun penalti adalah 60% (RM168,000)....Jumlah RM448,000......kalau RM3 juta...macam mana...sekadar mengingati sahaja.....cuba buat yg terbaik...ada penyelesaiannya.
Harap membantu.
CUKAI : PERNIAGAAN (SEKSYEN 4A) - MILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE) - LANGKAH2 DAN ASAS MULA
Wednesday, June 10, 2009 Labels: Cukai : Asas dan Maklumat 1 commentsMoga sihat selalu.Saya ada beberapa persoalan mengenai cukai untuk perniagaan enterprise. Jadi pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membuka peluang sebegini termasuk untuk blog Encik mengenai cukai tersebut.
Berikut adalah beberapa soalan saya:
1. Saya memulakan perniagaan bermula awal bulan Disember 2006. Namun, saya tidak pernah mendaftar dengan LHDN malah tidak pernah membayar cukai perniagaan. Bukannya ingin lari dari tanggungjawab, tapi asas percukaian itu tidak ada dan tidak tahu di mana saya perlu bermula. Persoalan saya di sini, apakah yang saya perlu lakukan untuk tahun-tahun yang lepas tersebut?
2. Perniagaan saya dimulakan pada bulan Disember 2006, jadi pada penyata kewangan untuk tujuan cukai, adakah tempoh penyata kewangan yang perlu dilakukan hanya dari Disember sehingga selewat-lewatnya bulan Jun tahun seterusnya (contoh: Disember 2008 – Jun 2009)? Atau dari Jun ke Jun? Sebagai contoh dari Jun 2008 sehingga Jun 2009?
3. Apakah jumlah pendapatan minimum (tahunan) untuk sesebuah perniagaan enterprise itu dikenakan cukai?
4. Ada dokumen-dokumen tertentu seperti resit dan dokumen penerimaan bayaran telah tiada di dalam simpanan saya. Ini menyebabkan saya sukar untuk menjumlahkan pendapatan bagi satu-satu tahun atau bulan. Jadi apakah yang perlu saya lakukan? Bolehkah kita lakukan anggaran pendapatan?
5. Bagaimana saya boleh dapatkan No. Rujukan Cukai?
6. Boleh senaraikan secara ringkas langkah pertama sehinggalah kepada proses declare tax?
Buat masa ini, saya telah mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti dari internet (dan terjumpa blog Encik) dan juga membeli buku. Namun rujukan-rujukan tersebut amat terhad dan tidak menerangkan dari mula dan langkah demi langkah. Rata-rata buku hanya lebih kurang sahaja isi kandungannya dan hanya menyatakan contoh sahaja tanpa menyatakan apa yang perlu dibuat, bagaimana untuk mendaftar, isu-isu praktikal dan sebagainya.
So far, dari kefahaman asas kiraan cukai yang saya fahami, tidak banyak pun yang saya perlu bayar, malah banyak juga jumlah pelepasan yang saya gunakan seperti pembelian buku dan lain-lain. Cuma saya ingin declare tax agar memudahkan saya melakukan permohonan pinjaman dengan pihak bank. :D
Terima kasih.
Jawapan
Salam,
1. Saya minta maaf kerana lambat menjawab pertanyaan saudara.
2. Tak perlu segan dengan saya, kerana saya juga manusia juga seperti saudara. Boleh tanya apa sahaja..percuma sahaja...tiada bayaran dikenakan.....sebab niat saya membantu apa yg terdaya..ikhlas...insyallah...
3. Update Blog....saya akan teruskan updatekan blog...cuma berharap saya mendapat masa yg terluang dan sesuai...untuk tujuan masyarakat bersama....segalanya disini percuma....
4. Mana2 yg tak faham tu...boleh call saya ...Radzi - 019-300 7730....24jam sehari....7 hari seminggu....setakat hari ini saya belum terniat lagi untuk mengenakan sebarang caj...insyallah ianya percuma.
Jawapan 1.
Langkah yg perlu :
a. Buat Akaun Perniagaan yang mengandungi Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan General Ledger.
b. Buat pengiraan cukai bagi Perniagaan Enterprise bagi mengenalpasti Cukai atau Kerugian Cukai (Brought Forward), Elaun Modal (Semasa dan Bawa Kehadapan). Hasil daripada pengiraan ini akan digabung sekali dengan pendapatan pengajian (suami atau isteri)..jika perlu....dan terhasilah samada perlu dicukai atau tidak.
Bagi kes2 yang tidak mempunyai dokumen yg lengkap seperti kehilangan dsb...boleh membuat anggaran sebaik mungkin...namun ianya haruslah logik dan bersesuaian. Ini adalah kerana pihak LHDN akan membuat audit cukai keatas kesemua perniagaan Enterprise juga bila tiba masanya. Cuba laporkan yang terbaik dan munasabah. Pelaporan perlulah dibuat bermula dari tarikh penubuhan perniagaan sehingga 31 Disember setiap tahun.
p/s : Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan Akta Perniagaan dan Akta Cukai 1967...dan ianya adalah jalan yg sebenarnya. Terdapat ramai antara mereka disana (consultant) mengambil jalan mudah atau short-cut..ini akan membahayakan dan akan menyusahkan Pelanggan mereka.
Jawapan 2.
Perniagaan bermula pada Disember 2006. Tarikh penubuhan bila?
Sekiranya tarikh perniagaan itu sama dengan tarikh penubuhan maka :
1. Perniagaan saudara perlulah ditutup pada setiap 31 Disember...iaitu pada kes ini pada 31 Disember 2007. Pada isu ini..ianya melebihi 12 bulan..iaitu 13 bulan...ianya tak menjadi kesalahan bagi tahun pertama sahaja. Bagi tahun keduanya ianya haruslah tidak melebihi 12 bulan dan perlu ditutup pada setiap 31 Disember. Selepas tahun 2004, kesemua perniagaan Enterprise hendaklah menutup perakaunan mereka berakhir 31 December. (Seksyen 27 Akta Cukai Pendapatan)..
Jawapan 3.
Jumlah pendapatan dikenakan cukai bagi perniagaan Enterprise adalah sama pada kadar Jadual Pengiraan Cukai Individu .... kerana pendapatan tersebut ditaksir pada individu....bergantung kepada jumlah pendapatan anda.
Jawapan 4.
Sekiranya hilang..boleh gunakan apa yg ada...seperti bank statement, cash book dsb.....kalau dah langsung tak ada..bolehlah membuat anggaran sendiri...yg. munasabah.
Jawapan 5.
Pendaftaran perlu dilakukan di LHDN bagi mendapat nombor rujukan dan borang B. Bagi perniagaan Enterprise...owner kena pergi sendiri....sekejap sahaja bagi urusan ini dan mudah.
Jawapan 6
1. Regiter untuk dapat nombor rujukan cukai dan birang cukai setiap tahun.
2. Buat akaun selengkapnya (Penyata Kewangan)
3. Buat pengiraan Cukai Perniagaan Enterprise
4. Gabungkan dengan Pendapatan Pengajiaan dan Lain2 Pendapatan (jika ada)
5. Isi Borang B setiap tahun...dan hantar.
p/s: a. mana2 yg tak paham tu boleh call saya...insyallah saya akan bantu apa yg terdaya dan ianya bertujuan untuk pembelajaran bersama dengan yg lain.
Terima kasih.
Wslm.
Radzi
CA (Malaysia)
Cukai: 3,974 individu disenarai hitam
Friday, April 10, 2009 1 commentspengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 April – Sebanyak 3,974 individu yang disenarai hitam dan dikenakan sekatan perjalanan kerana gagal melunaskan cukai pendapatan perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen sebelum merancang ke luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Hasmah Abdullah berkata, jumlah itu merupakan kes yang didaftarkan pada 2008 untuk sekatan perjalanan kerana melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.
Menurut beliau, sekatan perjalanan itu dikuatkuasakan setelah pembayar cukai mengikut Sistem Taksir Sendiri (STS) gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti amaran denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.
Hasmah menasihati mereka yang disenaraihitamkan itu melayari laman web www.imi.gov.my untuk mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, katanya, butiran lanjut mengenainya perlu dirujuk kepada imigresen kerana ia bukan saja melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) malah agensi kerajaan lain yang turut mengenakan sekatan yang sama.
P/s: Boleh rujuk Status DISINI
melainkan"
CUKAI : TIPS - MENGURANGKAN CUKAI SYARIKAT DENGAN CARA PENGAMBILALIHAN SYARIKAT LAIN (TAKE-OVER)
Sunday, January 25, 2009 Labels: Cukai : Tips-Tips Cukai 0 commentsa. Pastikan status cukai Syarikat yang perlu diambil alih dengan nyata.
b. Status perniagaan dan Syarikat perlu diambil kira seperti kedudukan kewangan, liabiliti, pekara-pekara berbangkit dan sebagainya.
Pada pratikalnya, sebelum sesebuah Syarikat hendak diambilalih oleh Pelabur baru, mereka perlulah mengetahui keseluruhan status Syarikat tersebut. Amalan ini perlulah dititik-beratkan dan hampir pasti wajib dilakukan. Pada kebiasaanya pihak Pelabur baru akan meminta agar dibuat proses yang dinamakan "Due Diligence" ataupun "Share Valuation" dimana proses ini akan membuat satu tugasan khas di dalam melaporkan keseluruhan status sesebuah Syarikat. Bagi proses "Share Valuation" pula pihak Pelabur akan mengetahui akan nilai per saham semasa. Adaka ianya berbaloi atau tidak untuk mengambil alih sesebuah Syarikat.
Untuk makluman, Kementerian Kewangan M'sia (MOF) telah meminda polisi terhadap pekara cukai Kerugian Cukai (Brought Forward Losses) dan Elaun Modal Tak Diserap (Unabsorbed Capital Aloowance). Selepas 7 November 2007 :
" Syarikat yg terlibat dalam perubahan pemilikan yang ketara akan dibenarkan untuk membawa ketahun hadapan terhadap pekara kerugian dan elaun modal yg belum digunakan bagi membolehkan ianya diserapkan tahun taksiran semasa atau tahun akan datang melainkan Syarikat yang Tak Aktif (Dormant)."
CUKAI : ELAUN MODAL BAGI ASET PERNIAGAAN
Labels: Cukai : Elaun Modal Perniagaan 0 commentsDalam erti kata lain, didalam terma perakaunan terdapat perbelanjaan dinamakan SUSUTNILAI. Namun begitu di dalam PERCUKAIAN, perbelanjaan SUSUTNILAI ini tidak dibenarkan (unallowable) tapi sebaliknya akan digantikan dengan terma ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE). ELAUN MODAL ini dikira berbeza sedikit berbanding cara kita mengira SUSUTNILAI. Malah terdapat beberapa jenis assets atau harta yang tidak mendapat ELAUN MODAL seperti Ubahsuai Bangunan (Renovation), Bangunan (Building) dan sebagainya.
Jadual Lengkap bagi kadar Elaun Modal boleh didapati disini: JADUAL ELAUN MODAL
Elaun Modal ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
a. Elaun Permulaan - iaitu elaun permulaan 20% daripada kos aset yang hanya diberikan sekali sahaja iaitu pada tahun pertama ianya diperolehi sahaja.
b. Elaun Tahuan - iaitu elaun tahunan yang diberikan berdasarkan kepada kadar-kadar yang telah ditetapkan.
PELUPUSAN ASET
Sekiranya aset tersebut dijual, dihapuskan, musnah, hilang, tak boleh digunakan maka akan wujudnya item ELAUN PELARASAN samada ELAUN IMBANGAN atau ELAUAN CAJ.
ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (Tax Written Down Value (TWDV) melebihi nilai jualan/pelupusan.
----------------- > TWDV > Nilai Pelupusan = ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE)
CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (TWDV) kurang dari nilai jualan/pelupusan
----------------- > TWDV < Nilai Pelupusan = CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE)
ELAUN MODAL KHAS BAGI ASET BERNILAI KECIL
Berdasarkan Ketetapan Umum No. 1/2008 menyatakan aset yg digunakan dalam perniagaan diberi elaun modal khas:
1. Elaun khas diberikan kepada aset yg bernilai RM1,000 kebawah
2. Aset yg tak termasuk yg mempunyai hayat j/panjang kurang dari 2 tahun
3. Tuntutan elaun modal khas tidak melebihi RM10,000. Sekiranya lebih aset-aset yang lain hendaklah dikeluarkan dari skim ini.
Ianya berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006 ke atas. Ketetapan Umum 1/2008.
CUKAI : TIPS - MERANCANG PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN (UNALLOWABLE EXPENSES)
Friday, January 16, 2009 Labels: Cukai : Tips-Tips Cukai 0 commentsBolehkah sesebuah sykt memperuntukkan atau membelanjakan jumlah wang besar untuk `entertainment’ dan bayaran komisen. Apakah kesan kepada audit @ cukai @ penyata kewangan nanti? Adakah bentuk-bentuk `entertainment’ dan `komisen’ yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ATAU yang kena cukai atau sebagai kos sykt? Frankly speaking lah kan, biz projek besar ni biasanya ada bagi komisen dgn `orang perantara’…orang kata rasuah tapi bagi saya ia subjektif. Ia umpama kita nak jual rumah gunakan agen hartanah. Mungkin perumpamaan ini kurang atau tidak tepat tapi komisen sebegini adalah hakikat berniaga. Terimakasih bro…. |
Memang betul apa yg saudara katakan...ini adalah hakikat berniaga sekarang..siapa yg nak nafikan ... nafilah ... ianya memang berlaku..walaupun bukan semua industri terlibat ... namum unsur2 ini memang terjadi.
Entertainment (Belanja Keraian) :
Sebelum tahun taksiran 2004 kesemua perbelanjaan keraian (entertainment) adalah tidak dibenarkan (Unallowable Expenses). Namun pada tahun 2004 peraturan tersebut telah dilonggarkan. Pada dasarnya sebarang perbelanjaan keraian yg berkaitan dengan jualan Syarikat kepada pelanggan yg sedia ada dibenarkan keseluruhan. Namun syarat2 yg telah ditetapkan perlulah dipenuhi seperti yg temaktub dalam Public Ruling No. 3/2008. Sekiranya tidak amaun tersebut hanya mendapat potongan 50% sahaja dan mungkin tidak mendapat potongan 100% (keseluruhanya tidak dibenarkan). Disini pemahaman amat perlu bagi merancang cukai sebaik mungkin.
... Bagaimana pula perbelanjaan 'melobi' atau belanja makan kepada bakal2 customer...? Perbelanjaan ini tidak dibenarkan berdasarkan kepada Akta. Tapi para peniaga sekarang ni(businesman) banyak yg pandai2 belaka...hehehehe

Boleh rujuk kepada Publi Ruling ini :
http://www.hasil.org.my/melayu/pdf/KU_0308.pdf
Bagi perbelanjaan keraian untuk kakitangan Syarikat (Staff Entertainment) mendapat pelepasan sepenuhnya.
| ...Bolehkah sesebuah sykt memperuntukkan... |
...tiada masalah dan tidak bersalahan..memang ada Syarikat/(perniagaan) membuat peruntukkan (Provision) untuk entertainment yg besar
Cukai :
Sebarang peruntukkan adalah tidak dibenarkan iaitu Perbelanjaan Tak Dibenarkan (Unallowable Expenses). Maka Syarikat anda mungkin akan dikenakan cukai diatas pekara peruntukkan ini.
| ...membelanjakan jumlah wang besar untuk `entertainment’ dan bayaran komisen |
Perbelanjaan keraian (Entertainment) dan Komisyen boleh direkodkan ke dalam Akaun Syarikat dan diaudit. Ianya bukan merupakan satu kesalahan. Ini merupakan salah satu kos perbelanjaan Syarikat.
Cukai :
Isu pekara Entertainment telah diterangkan diatas.
Bagi pekara Komisen pula ianya merupakan salah satu pekara sensitif. Items ini perlu dititiberatkan kerana mempunyai kesan yg significant. Bagi perbelanjaan Komisen sekiranya ianya berkait terus (berhubung secara langsung) dengan perniagaan Syarikat maka perbelanjaan tersebut dibenarkan. Sebagai contoh komisyen 5% atas kejayaan mendapatkan sesuatu project. Ini dibenarkan. Pekara yg perlu diperhatikan dan amat penting:
a. Nama, alamat, IC dan amaun terlibat
b. Jenis dan maklumat tentang sesuatu projek
c. Payment vouchers and supporting documenst of payments
...Yg paling penting...sekiranya ditanya oleh LHDN, pastikan jawapanya adalah ...pembayaran komisyen ini adalah terhadap kontrak atau porjek yg telah diperolehi ... jangan ada alasan lain...sekiranya Syarikat juga gagal menyediakan maklumat yg dikhendaki seperti contoh diatas, maka perbelanjaan komisyen tersebut tidak dibenarkan. Hati2 jangan syarikat menanggung akibat tak sepatutnya. Sebagai contoh pembayaran komisyen adalah RM400k...sekiranya Syarikat gagal menyediakan maklumat penuh dan tak mampu mengaitkan pembayaran tersebut dengan projek yg telah diperolehi...maka Syarikat akan menanggung kesemua amaun tersebut...dimana cukai tambahan adalah RM80k..dah lah duit keluar bayar komisen RM400k kena tambah cukai RM80k (ini tak termasuk penalti2 yg telah siap sedia oleh LHDN).
...Begitu juga dengan pembayaran komisen kepada orang dalam (gomen) atau kepada yg mempunyai kepentingan atau kuasa. Sudah pasti mereka tidak mahu nama mereka wujud atau berkait dengan komisyen. Pandai2lah cari nama yg lain...tapi jangan lupa pekara diatas tadi...maklumat mesti penuh dan padat.
CUKAI : TIPS - MENGURANGKAN CUKAI MELALUI ZAKAT
Labels: Cukai : Zakat 2 comments| Bro Radzi & sahabat, By the way, macam individual income tax...kalau bayar zakat, kita boleh rebat..Rasanya sama juga dgn sykt kot? Betul tak? Pada saya, lebih baik bayar zakat...bayar zakat kita tunaikan tgjwb dunia dan akhirat. Kalau sykt boleh dpt rebat dgn bayar zakat, baguslah kita bayar zakat...2.5% saja! Wassalam... |
Kat sini yg kurang seronok sikit...
Katakan Company bayar zakat 2.5% bersamaan RM20,000...tapi Agregate Income (Pendapatan Agregate) Syarikat adalah RM60,000...maka pelepasan yg diberikan hanyalah setakat 2.5% dari Agregate Income (Pendapatan Agregate) tu sahaja iaitu : 2.5% x RM60,000 = RM1,500....so dri segi percukaian dan kewangan..anda telah rugi RM18,500...bayangkan kalau amaun zakat dibayar lagi besar...errmmm
namun dari segi agama...anda dapat pahala...Kesimpulan :
Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) Subsyeksen 44 (11A).ZAKAT PERNIAGAAN :Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat.
a. Pelepasan diberi tidak melebihi 2.5% daripada Agregate Income(Pendapatan Agergate). Selepas ditolak daripada Agregate Income baru dapat Chargeable Income..so cukai dikira atas Chargeable Income...iaitu selepas ditolak zakat baru cukai dikira...
b. Sekiranya amaun 2.5% atas Agregate Income ini lebih kecil daripada Zakat dibayar...amaun 2.5% sahaja yg diambilkira (konsepnya..mana yg paling rendah).
c. Amaun yg terlebih tu...lagi tak bestnya tak bole carried forward untuk tahun taksiran akan datang.
So..harap kerajaan bagi ler tolakan cukai untuk zakat ni selepas cukai yg kena bayar..hehehehe

Kita kena buat perancangan sebaiknya..bagaimana boleh kita gunakan peruntukkan zakat dalam isu Zakat dan juga Cukai Pendapatan Perniagaan...mahupun Cukai Individu...ada cara nya...
CUKAI : TIPS - MERANCANG PEMBELIAN KENDERAAN
Labels: Cukai : Tips-Tips Cukai 1 comments| Ingin bertanya kpd Bro Radzi : Sykt ABC Sdn Bhd membeli kenderaan (cth Toyota Camry) berharga RM150K. Deposit sebanyak RM30K. Loan sebanyak RM120K. Misal kata ansuran sebulan sebanyak RM2K. Deposit, ansuran bulanan, road tax, insurans, maintenance kereta dan petrol masuk akaun sykt (bayar oleh sykt), kira all in one lah!. Apakah DAN berapakah anggaran pelepasan cukai yg boleh dinikmati oleh sykt ABC? ...Kalau ada perkara berkaitan perkara diatas, Bro tolong highlightkan juga walaupun saya tak sebutkan. Terimakasih bro! |
Pada tahun taksiran 2001 sebarang ke atas pembelian kereta persendirian yg melibatkan kos keseluruhan :
a.Harga bawah RM50,000 ----> Perbelanjaan Dibenarkan RM50,000 sebuah
Harga lebih RM50,000 ----> Hanya layak mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebihan amaun beli tsbt tak layak.
Kenderaan Persendirian (Baru) dan Tak melebihi RM150,000 :
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM100,000 sebuah sahaja.
----> Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Harga lebih RM150,000 ----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja.
Lebihan amaun beli tsbt tak layak.
Kereta perdagangan :
----> Semua pembelian kenderaan perdagangan mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE)...Contoh Bas, Lori dsb.
Kereta Recond :
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja sebab bukan status baru .
Perbelanjaan Dibenarkan (Qualified Expenditure) bermaksud perbelanjaan tersebut dibenarkan dan boleh ditolak dari amaun Untung/(Rugi) penyata kewangan. Ini adalah dari cara dan sudut pengiraan Cukai Syarikat(Perniagaan). Maksudnya apabila kita telah siapkan Penyata Kewangan dan melaporkan samada Untung atau Rugi, tidak semestinya amaun yg kita laporkan tersebut akan diambil bulat2 bagi pengiraan cukai Syarikat(Perniagaan). Ianya pasti akan dilaraskan semula disebabkan akan oleh polisi dan akta2 yg telah ditetapkan oleh LHDN.
Setiap perbelanjaan mempunyai kategori2 yg tertentu. Antaranya :
a. Perbelanjaan Modal ----> Tidak dibenarkan. Seperti kos ubahsuai (renovation), kos menerbitkan saham dsb.
b. Perbelanjaan Yg Tak Terlibat Dlm Penghasilan Pendapatan ---->seperti Sumbangan & derma yg tak diluluskan, perbelanjaan AGM, Peruntukkan2 seperti Hutang Ragu. Professional fee termasuk lawyer fee yg tak terlibat secara langsung dlm perniagaan (private nature) spt kos pembelian hartanah dan bangunan dsb.
c. Perbelanjaan dihadkan ---->Perbelanjaan tsbt akan dihadkan amaunnya. Antara contoh faedah kewangan (interest) yg melebihi RM10,000 terhadap pinjaman bagi Syarikat akan dihadkan dan dikira semula yg layak. Ini juga termasuk pembelian kenderaan baru persendirian baru yg saya terangkan diatas tadi.
Berdasarkan contoh di atas Syarikat akan mendapat perbelanjaan dibenarkan sebanyak RM100,000 sahaja. RM50,000 lagi tidak dibenarkan (Unqualified expenditure). Maka RM50,0000 ianya akan dicampur semula kedalam Untung/(Rugi) Bersih (sudut percukaian) dalam penghasilan dan pengiraan cukai Syarikat. Disebabkan ianya dibeli secara ansuran perbelanjaan2 dan pekara2 di atas tadi diagihkan kepada tahun-tahun sehingga selesai ansuran tsbt.
Kesimpulan kepada Sykt ABC Sdn Bhd:
a. Dari segi cukai hanya mendapat Perbelanjaan Dibenarkan sebanyak RM100,000 sahaja. RM50,000 adalah tidak dibenarkan dan "Rugi Cukai" terhadap RM50,000 adalah RM10,000 (20% x RM10,000)
b. Perbelanjaan2 seperti faedah ansuran2 pinjaman,roadtax, insurans, maintenance kereta, petro, toll & parking adalah dibenarkan.
c. Dari segi pengiraan individu, penggunaan kereta baru yg disediakan oleh Syarikat untuk pekerja mahupun Pengarah akan dikenakan cukai. Ini dipanggil sebagai "Benefits in kind" iaitu pendapatan pengajian dalam bentuk bukan tunai.
Perancangan Cukai : Apa Yg Perlu Dibuat
a. Kalau hendak memaksimumkan Perbelanjaan Dibenarkan maka belilah kereta baru persendirian yg berharga RM100,000 sahaja. Kesemua amaun tersebut dibenarkan.(...kalau nak ikut nie...pakai kereta Proton Perdana
)b. Pastikan kos pembelian kereta persendirian yg baru tidak melebihi RM150,000. Sekiranya amaun tsbt melebihi sedikit...katakan RM160,000 cuba pecahkan amaun tersebut kedalam items Accesories. Ini dibenarkan.
c. Sekiranya kenderaan tsbt agak tinggi, katakan RM250,000 anda mempunyai pilihan untuk memasukkan atau tidak ke dalam Syarikat. Ianya bergantung kepada keadaan dan situasi Syarikat tersebut. Namun terdapat cara2 yg bersesuaian dalam menangangi kesan perbelanjaan yg tidak dibenarkan tersebut. Disini perbelanjaan tidak dibenarkan adalah RM200,000 (RM250,000 - RM50,000) dan kesan cukai tambahan sahaja adalah RM40,000. Pilihan mesti tepat dan bersesuaian.
CUKAI : TIPS - MENANGGUNG LIABILITI CUKAI PENGARAH
Labels: Cukai : Tips-Tips Cukai 0 comments| Salam, Bro Radzi, saya pernah mendengar tentang cukai individu (income tax) segelintir pekerja esp. top management sesebuah syjt yg ditanggung oleh pihak sykt. Maybe ia dinyatakan dlm offer letter a.k.a perjanjian sebelum menerima kerja. Bgmanakah ini dilakukan dan impak kpd sykt esp. akaun etc. Thanks |
Ya benar. Terdapat sesetengah Syarikat yg akan menanggung akan liabiliti cukai mereka.
Akaun:
Terdapat beberapa pilihan yg boleh dimasukkan terhadap pembayaran tersebut kedalam beberapa akaun (diikitiraf sebagai). Antaranya:
...items Ganjaran Pengarah (P/L items)
Pembayaran cukai tersebut biasanya akan dimasukkan dan diiktraf sebagai Ganjaran Pengarah.
...items Cukai (P/L items)
Dimasukkan sebagai pekara Cukai
...items Belanja Pelbagai (P/L items)
Dimasukkan sebagai perkara2 Belanja Pelbagai
Cukai & Panduan:
Dari sudut cukai perlulah dimasukkan kedalam items Ganjaran Pengarah (Profit and Loss items). Jangan letakkan dalam pekara lain seperti items cukai dsb.
... items ----> Ganjaran Pengarah (Directors Remuneration)----> boleh tolak cukai (Allowable Expenses)
... items ----> Cukai atau lain2 items ----> tak boleh tolak cukai (Unallowable Expenses)
... disini kalau kita perhatikan...hanya isu nama atau kategori sahaja akan mempengaruhi status perbelanjaan (Allowable atau Unallowable Expenses). Kalau kita tersilap maka kita akan kerugian. Tiada siapa yg akan tolong kita untuk memperbetulkan isu tersebut. Sekiranya Syarikat anda mempunyai Akauntan yg Bertauliah dan Berkemampuan mungkin pekara ini dapat dielakkan. Namum bagi syarikat2 biasa sudah pasti ianya sukar.Malah pihak juruaudit sendiri tidak akan memberi tahu akan pekara ini. Pekara ini hanya boleh disedari bila ada seperti pihak Tax Agent memberitahu anda. Cuma ketika ini sudah terlambat kerana Audit Report telah ditutup atau disiapkan. Tiada pembetulan yg akan dilakukan.
Bayangkanlah kalau amaun yg terlibat adalah besar...Contoh RM50,000...maka kesan cukai adalah RM10,000 (RM50,000 x 20%)...banyak bukan...

CUKAI : PANDUAN & STATUS PERBELANJAAN
Friday, January 9, 2009 Labels: Cukai : Status Pendapatan dan Perbelanjaan 0 commentsPerbelanjaan Tidak dibenarkan (Unallowable Expenses), Perbelanjaan Ditolak Dua Kali (Double Deduction), Perbelanjaan Yg Dihadkan adalah antara pekara2 yg sering berubah2 setiap tahun taksiran. Oleh yg demikian dengan sedikit ilmu dan panduan dapatlah kita merancang dan mengunakan dasar polisi cukai yg ada untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, masyrakat dan juga perniagaan amnya.
PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN (UNALLOWABLE EXPENSES):
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai dalam menghasilkan cukai yg kena bayar. Ini dinamakan PELARASAN CUKAI iaitu perbelanjaan tersebut akan dilaraskan iaitu dicampurkan semula kepada Untung Bersih Syarikat atau dihadkan kepada sesuatu amaun . Antaranya adalah :
Perbelanjaan Modal Yg Dipindahkan/Dimasukkan Ke Dalam Penyata Untung Rugi :
- Kos perbelanjaan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. yg mempunyai Modal Dibenarkan melebihi RM2,500,000
- Kos perbelanjaan melibatkan perubahan dalam Modal Dibenarkan dan Diterbitkan
- Kos perbelanjaan yg melibatkan pemerolehan atau pelupusan harta termasuk saham dan stok. Ini juga termasuk yuran profesional
- Belanja Ubah-suai (Renovation) dan Penambahbaikkan (Improvement)
- Ganjaran (termasuk sumbangan EPF) dan pelbagai kemudahan kepada Pemilik Tunggal atau juga Rakan Kongsi
- Perbelanjaan perseorangan dan domestic seperti kos pengangkutan dalam dan luar negeri, kos penjagaan kereta persendirian dsb.
- Kos perbelanjaan yg melibatkan upah penjagaan Daftar Pemegang Saham dan penerbitan dividen
- Kos perbelanjaan asas terhadap pengedaran Laporan Tahunan kepada Pemegang Saham untuk Mesyuarat Tahunan(AGM) dan juga Mesyuarat Luar Biasa(EGM)
- Kos perbelanjaan Pasaran Saham (Stock Exchange)
- Peruntukkan Hutang Ragu, Peruntukkan Stok Rosak, Peruntukkan Kemudahan Pencen dsb
- Kos undang2 (Legal fee) samada Perbelanjaan Modal atau Persendirian
- Perbelanjaan Pelbagai atau Perbelanjaan Am samada perbelanjaan modal atau persendirian
- Derma dan sumbangan melainkan tempat yg telah diluluskan oleh LHDN
- Hutang lapok
- Untung atau Rugi terhadap pelupusan sesuatu aset
- Untung/rugi terhadap pertukaran transaksi modal
- Pekara2 items luarbiasa
Merupakan perbelanjaan yg dihadkan amaun atau dikawal diamana hanya sesetengah amaun tersebut yg dibenarkan ditolak dalam Pendapatan Kasar. Antaranya:
- Kos sewa pajakan kereta yg melebihi RM50,000/RM100,000 bagi setiap kenderaan
- Sekatan Faedah pinjaman
- Perbelanjaan Keraian (Entertainment) iaitu 50% sahaja dibenarkan
- Perbelanjaan perjalanan dalam dan luar negeri bagi tujuan persendirian pekerja yg melibatkan lawatan keluarga terdekat
- Bayaran kepada Skim atau Caruman pekerja yg tak diluluskan oleh LHDN
Merupakan alat galakan atau inisiatif yg diberikan oleh kerajaan bagi mencapai atau melaksankan sesuatu objektif. Antaranya :
- Perbelanjaan kos faedah pinjaman terhadap perniagaan kecil
- Ganjaran/upah bagi 3 bulan pertama setiap pekerja yg berlatih dalam bidang pembinaan
- Ganjaran/upah bagi pekerja kurang upaya (OKU)
- Bayaran premuim insuran terhadap kredit export terhadap Syarikat dliluluskan oleh Kem. Kewangan
- Perbelanjaan syarikat dalam latihan yg terlibat dalam sektor pengeluaran yg diluluskan
- Perbelanjaan terhadap perniagaan yg melibatkan penyediaan pendidikan peringkat tinggi di Malaysia yg bertujuan promosi ke luar negara dalam institusi pendidikan
- Kos eksport pengangkutan (freight charges) terhadap produk berasaskan kayu
- Yuran terhadap syarikat kecil yg menghantar pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT, MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB
- Kos penyelidikan seperti yg termaktub dalam Sek 31 A dsb
CUKAI : PENGIRAAN CUKAI SYARIKAT
Thursday, January 8, 2009 Labels: Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. 1 commentsDisini kita perlu memahami konsep dan kaedah dalam menghasilkan jumlah cukai dibayar bagi sesuatu Syarikat sesuatu tempoh. Terdapat beberapa terma dan pekara yg perlu kita fahami dalam penghasilan dan juga pengiraan cukai Syarikat yg dibuat. Kefahaman mengenai proses, cara dan batasan2 mampu memberikan ilmu yg berguna kepada anda dan juga Syarikat. Antaranya adalah:
PENDAPATAN KASAR (GROSS INCOME):
Pendapatan kasar merujuk kepada pendapatan yg diterima samada secara tunai mahupun tertunda yg boleh dikenakan cukai dibawah Sekyen 4 Akta Cukai. Pendapatan kasar merangkumi :
- Jualan (Sales) - Barangan atau Jualan
- Perolehan insurans (Recoveries)
- Ganjaran atas kehilangan pendapatan
- Pendapatan faedah (Hanya sektor Bank) dsb
Merupakan hasil dari Keuntungan/(Kerugian) Bersih seperti yg tercatat didalam Penyata Kewangan Syarikat yg telah dilaraskan. Pelarasan terhadap Pendapatan Kasar adalah melalui peraturan2 yg telah ditetapkan oleh Akta. Didalam bahagian ini terdapat 2 pekara yg penting iaitu:
i. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses):
Merupakan perbelanjaan yg dibenarkan ditolak dari Pendapatan Kasar. Oleh yg demikian keuntungan atau rugi sesuatu tempoh tidak akan dilaraskan atau ditambah semula ke dalam Pendapatan. Dalam erti kata lain Pendapatan Larasan adalah sama seperti yg tertera di Penyata Kewangan sekiranya ia tidak berubah kerana kesemua perbelanjaan adalah dibenarkan. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses) secara prinsipnya perlulah mempunyai sifat2 yg termaktub didalam Seksyen 33 iaitu :
- Outgoing or expenses
- Wholly and exclusively
- Incurred
- In the poduction of gross income
Merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan ditolak ataupun dihadkan amaunnya didalam Pendapatan Kasar bagi menghasilkan cukai yg perlu dibayar. Perbelanjaan yg tidak dibenarkan atau dihadkan ini adalah seperti yg telah termaktub di dalam Akta Cukai. Antaranya adalah perbelanjaan yg tidak terlibat dalam penghasilan pendapatan seperti Peruntukkan Hutang Ragu, Derma dan sumbangan yg tidak diluluskan, yuran peguam yg tiada berkaitan dgn hubungan langsung dgn penghasilan pendapatan dsb.
ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE)
Elaun merupakan satu potongan yg dibenarkan bagi pembelian aset sebagai ganti susutnilai. Contoh aset yg digunakan didalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain2. Terdapat 4 syarat yg melayakkan sesuatu entiti layak mendapat elaun modal.
- Menjalankan perniagaan
- Membeli aset perniagaan
- Aset tsbt digunakan dalam perniagaan
- Tuan punya aset
Merupakan pendapatan yg terhasil dari Pendapatan Larasan. Keuntungan/(Kerugian) Bersih tadi seperti didalam penyata kewangan akan dilaraskan supaya menjadi Pendapatan Larasan dan ditolak Elaun Modal dan akhir menjadi Pendapatan Berkanun (Statutory Income).
PENDAPATAN AGREGATE (AGREGATE INCOME):
Sekiranya terdapat pelbagai perniagaan didalam satu Syarikat, kesemua Pendapatan Berkanun itu tadi dicampurkan menjadi Pendapatan Berkanun Agregat (Agregate of Statutory Business Income). Ianya kemudian akan dilaraskan sekiranya terdapat pekara2 yg melibatkan Pendapatan Agregate ini. Antaranya :
- Kerugian perniagaan tahun semasa
- Perbelanjaan projek pertanian yg diluluskan
- Derma dan sumbangan yg diluluskan dsb.
Setelah kesemua pelarasan2 telah dibuat maka akan terhasilah Pendapatan Dikenakan Cukai (Chargeable Income). Cukai Syarikat akan dikirakan diperingkat ini. Kadar cukai Syarikat adalah 20% atau 28% yg mana kadar ini bergantung kepada syarat2 yg telah ditetapkan oleh LHDN.
Pengiraan cukai Syarikat bemula dari Penyata Untung Rugi Syarikat. Hasil yg diperolehi di Penyata Kewangan tersebut (samada untung atau rugi) akan kemudiannya dilaraskan semula seperti yg telah ditetapkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan Bercukai (Chargeable Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan maka barulah kadar cukai akan dikenakan kepada sesuatu Syarikat bsgi menetukan jumlah cukai yg perlu dibayar.
Syarikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Kewangan Pada 31 Disember 20XX
Jualan --------------------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)Kos Jualan -----------------------------------------------------------> RMXXX
Untung Kasar -----------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)
Perbelanjaan Pentadbiran ------------------------------------------------> RMXXX
Kos Staff ------------------------------------------------------------------------> RMXXX
Kos Kewangan -----------------------------------------------------------------> RMXXX
Untung/(Rugi) Bersih Sebelum Cukai -----------------------------------> RMXXX
Syaraikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Pengiraan Cukai Bagi Tempoh 1 Januari 20xx Hingga 31 Disember 20xx
Keuntungan/(Kerugian) Bersih Sebelum Cukai (Spt didalam Akaun) ------------> RMXXX
(Tolak) : Pendapatan Lain-lain --------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak) : Perbelanjaan dibenarkan tolakan 2 kali -------------------------------------> RMXXX
(Campur) : Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses) ------------> RMXXX
PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)
(Tolak) : Elaun Modal dsb ---------------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)
(Campur) : Pendapatan Lain-lain ------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN AGREGATE (AGGREGATE INCOME)
(Tolak) : Pelarasan2 seperti Rugi semasa dsb -------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERCUKAI (CHARGEABLE INCOME) ---------------------------------------> RMXXX
Cukai atas Pendapatan Bercukai (20% atau 28%) ---------------------------------------> RMXXX
(CUKAI KENA BAYAR)
KADAR CUKAI SYARIKAT SDN. BHD.:
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. kadar cukai bergantung kepada :
1. Bagi Modal Berbayar tidak melebihi RM2.5 juta (Y/A 2008) :
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) atas RM500,000 pertama = 20%
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) melebihi RM500,000 = 26% (Y/A 2009 = 25%)
2. Bagi Modal Berbayar melebihi RM2.5 juta = 26% (Y/A 2009 = 25%)
CUKAI : SYARIKAT SDN. BHD.
Tuesday, January 6, 2009 Labels: Cukai : Syarikat Sdn. Bhd. 0 commentsSistem percukaian Malaysia telah memasukki era "Sistem Taksiran Sendiri' bagi Syarikat bermula pada tahun taksiran 2001. Di bawah sistem ini Pembayar Cukai perlulah memahami akan polisi2 dan peraturan LHDN yg telah ditetapkan. Antaranya Pembayar Cukai perlulah bertanggungjawab terhadap cukai Syarikat yg ditaksirkan sendiri, pembayaran ansuran cukai dsb. Pihak LHDN pula telah mewujudkan satu sistem polisi yg memantau akan perjalananan sistem tersebut. Dengan perlaksaan sistem Cukai Audit (Tax Audit) dan Penyiasatan Audit (Investigation Audit) oleh LHDN ianya akan membantu dalam menjayakan sistem yg telah diperkenalkan di dalam Malaysia ini.
Bagi para Pengarah atau Pegawai Utama Syarikat pula perlu memastikan bahawa pengiraan cukai Syarikat yg disediakan dan dihantar adalah bersesuaian dan berlandaskan dengan undang2 dan polisi2 yg ditetapkan oleh LHDN.
Pada amnya Syarikat bermakna Syarikat Sdn. Bhd. dan Syarikat Berhad. Kesemua Syarikat yg bermastatutin di Malaysia dikhendaki membuat kenyataan mengenai pendapatan diperolehi dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia. Pendapatan sesuatu perniagaan perlulah dikenal pasti dahulu dan iktiraf sebagai Pendapatan Perniagaan. Ia meliputi:
- Wujudnya entiti perniagaan
- Transaksi perniagaan tersebut adalah bersifat 'Pendapatan'
- Entiti pendapatan perniagaan datang dari Malaysia
Sesuatu Syarikat dikira bermastautin di Malaysia sekiranya pengurusan dan kawalan perniagaan dan hal ehwalnya diadakan di Malaysia. Sebagai contoh Jika satu mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan di Malaysia, maka Syarikat berkenaan dianggap bermastautin di Malaysia.
Tanggungjawab Cukai bagi Syarikat:
- Pengarah2 Syarikat
- Setiausaha Syarikat
- Pengurus atau Pegawai utama
- Sesiapa ygmenjalankan fungsi atau tugas mana orang di atas.
Setiap tahun sesebuah syarikat perlulah menghantar borang2 cukai seperti di bawah atau mengisinya secara e-filling iaitu secara elektronik yg boleh diperolehi melalui laman web LHDN:
- Borang C - Borang cukai pendapatan Syarikat
- Borang R - Penyata Seksyen 108 (Pekara Dividen Syarikat)
- Borang E - Penyata Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja
- Borang CP204 - Anggaran cukai kena bayar bagi tahun hadapan
- Borang CP204A - Pindaan anggaran cukai
- Borang CP204B - Pindaan tempoh perakaunan Syarikat
CUKAI : PERNIAGAAN & PERKONGSIAN (SEKSYEN 4A)
Monday, December 8, 2008 Labels: Cukai : Asas dan Maklumat 0 commentsPendapatan perniagaan terdiri daripada :
- Milikan Tunggal (Enterprise)
- Perkongsian (Partneships)
- Penerimaan tunai bagi barang yg dijual dan perkhidmatan yg ditawarkan
- Semua hutang yg terbit dari barang2 yg dijual atau perkhimatan yg diberikan
- Pendapatan dan penerimaan berupa barangan. Nilai pasaran barangan tsbt dianggap pendapatan kasar perniagaan
- Hutang lapuk perniagaan yg pulih. Hutang ini telah dihapuskira dan diperolehi kembali
- Pampasan insuran yg diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
- Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri atau diambil tanpa sebarang balasan perniagaan. Nilai pasaran stok tersebut pada masa dikeluarkan dianggap sebagai pendapatan kasar perniagaan
Merupakan perbelanjaan yg berhubung terus dengan perniagaan secara langsung. Antara perbelanjaan yg dibenarkan:
- Upah dan gaji pekerja. Di dalam Enterprise upah dan gaji yg dibayar untuk pemilik adalah perbelanjaan yg tidak dibenarkan dan perlu dilaraskan semula.
- Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan.
- Sewa yg kena bayar keatas premis perniagaan.
- Perbelanjaan pembaikan keatas premis dan kenderaan yg digunakan untuk perniagaan
- Hutang lapuk pulih
- KWSP and SOCO dsb.
Sebarang perbelanjaan yang berbentuk peribadi dan perbelanjaan modal (Capital Expenditure) adalah tidak dibenarkan di dalam perniagaan Milikan Tunggal ataupun di dalam Perkongsian.
- Perbelanjaan untuk tujuan persendirian - contoh manfaat kediaman dan apa2 perbelanjaan peribadi.
- Perbelanjaan pembelian aset peribadi - contoh pembelian perabot dsb.
Bagi setiap perniagaan milikan tunggal, anda perlu menghantar borang2 cukai setiap tahun seperti di bawah:
- Borang B
- Borang E - Penyata Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja
Bagi perniagaan melalui Perkongsian, perlulah mengisi dan mengantar borang2 cukai seperti di bawah:
- Borang P - Borang cukai Perkongsian (Partnerships)
- Borang E - Penyataa Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja .
TANGUNG JAWAB PEMILIK TUNGGAL DAN PENGKONSI:
Simpan semua rekod perniagaan iaitu Penyata Untung Rugi (Income Statement), Kunci Kira-kira (Balance Sheet), Lejar Am (General Ledger) serta rekod2 jualan, belian, stok, resit dan bill2 dan penyata bank selama 7 tahun.
CUKAI : SEWA, ROYALTI & PREMIUM (SEKSYEN 4D)
Labels: Cukai : Asas dan Maklumat 0 commentsSEWA :
Sewa adalah hasil yg diperolehi kerana memberi kebenaran menggunakan atau menduduki atau memajak premises, tanah atau aset sama ada sepenuh atau sebahagian daripadanya. Sewa boleh diterima sama ada dalam bentuk wang atau sama dengan nilai wang atau dlm bentuk lain.
- Sewaan premis - rumah, kedai dan tanah; atau
- Sewaan kenderaan, loji, mesin, perabo dsb
- Cukai tanah dan cukai pintu
- Insurans api
- Faedah atas pinjaman (untuk membeli harta tsbt)
- Belanja pembaikan, penyelenggaraan dsb.
- Bayaran balik pinjaman
- Perbelanjaan ubahsuai (renovation)
- Bayaran egen untuk dapatkan penyewa yg pertama sahaja
- Kos guaman bagi menyediakan penyewaan yg pertama
http://www.hasil.gov.my/english/pdf/ruling(1)2004.pdf
(Public Ruling Dividen 2004)
ROYALTI :
Pendapatan royalti adalah layak dikenakan cukai. Royalti ialah wang yg diterima oleh pemilik sesuatu aset atau hak sebagai pertukaran untuk menggunakan aset atau hak tersebut. Royalti adalah wang yg dibayar sebagai ganjaran untuk menerbitkan untuk menerbitkan atau menggunakan :
- Kerja kesenian dan kesusasteraan
- Kerja saintifik, formula, model, pelan, paten, cap dagangan
- Hak cipta, cakera atau pita rakaman atau mana2 hak atau pemilikan
- Pemindahan hak ke atas harta, ilmu dan maklumat teknikal
- Karya seni (selain lukisan asal) = RM6,000 (amaun dikecualikan cukai)
- Cakera atau pita rakaman = RM6,000
- Penterjemahan buku atau karya kesusateraan atas permintaan agensi di bawah Kem. Pendidikan atau Peguam Negara = RM12,000
- Karya persuratan atau lukisan asal = RM20,000
- Gubahan muzik = RM20,000
- Persembahan kebudayaan = Bergantung kepada kelulusan Menteri
= = = = = = = = = Makluman Umum = = = = = = = = =
.
Tajuk dan Perbincangan Yg Lain dan Berkaitan Boleh Dilayari Di Bawah Pekara : -
- - - - - > a. Tajuk-tajuk Utama
- - - - - > b. Tajuk-tajuk Perbincangan
.... (ruangan atau kolum sebelah kiri blog ini)
... semoga mendapat manfaat bersama2 .... insyallah
RADZI
CA(M)
...




