Thursday, January 8, 2009

CUKAI : PENGIRAAN CUKAI SYARIKAT

Pada amnya sekiranya sesuatu Syarikat mengalami keuntungan, maka pada kebiasaanya ianya akan dikenakan cukai. Begitu juga dengan rugi, maka tak perlu dibayar cukai. Keuntungan atau kerugian sesuatu Syarikat diketahui apabila penyata kewangan bagi sesuatu tempoh disediakan. Namun begitu terdapat situasi apabila Syarikat mengalami kerugian dikenakan cukai juga ataupun yg lebih menarik apabila Syarikat memperolehi keuntungan yg kecil seperti ternyata didalam Penyata Kewangan mereka tetapi dikenakan cukai yg agak tinggi '... bak kata tak sepadan dengan keuntungan yg diperolehi ...'

Disini kita perlu memahami konsep dan kaedah dalam menghasilkan jumlah cukai dibayar bagi sesuatu Syarikat sesuatu tempoh. Terdapat beberapa terma dan pekara yg perlu kita fahami dalam penghasilan dan juga pengiraan cukai Syarikat yg dibuat. Kefahaman mengenai proses, cara dan batasan2 mampu memberikan ilmu yg berguna kepada anda dan juga Syarikat. Antaranya adalah:


PENDAPATAN KASAR (GROSS INCOME):
Pendapatan kasar merujuk kepada pendapatan yg diterima samada secara tunai mahupun tertunda yg boleh dikenakan cukai dibawah Sekyen 4 Akta Cukai. Pendapatan kasar merangkumi :
  • Jualan (Sales) - Barangan atau Jualan
  • Perolehan insurans (Recoveries)
  • Ganjaran atas kehilangan pendapatan
  • Pendapatan faedah (Hanya sektor Bank) dsb
PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME):
Merupakan hasil dari Keuntungan/(Kerugian) Bersih seperti yg tercatat didalam Penyata Kewangan Syarikat yg telah dilaraskan. Pelarasan terhadap Pendapatan Kasar adalah melalui peraturan2 yg telah ditetapkan oleh Akta. Didalam bahagian ini terdapat 2 pekara yg penting iaitu:
i. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses):
Merupakan perbelanjaan yg dibenarkan ditolak dari Pendapatan Kasar. Oleh yg demikian keuntungan atau rugi sesuatu tempoh tidak akan dilaraskan atau ditambah semula ke dalam Pendapatan. Dalam erti kata lain Pendapatan Larasan adalah sama seperti yg tertera di Penyata Kewangan sekiranya ia tidak berubah kerana kesemua perbelanjaan adalah dibenarkan.
Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses) secara prinsipnya perlulah mempunyai sifat2 yg termaktub didalam Seksyen 33 iaitu :
  • Outgoing or expenses
  • Wholly and exclusively
  • Incurred
  • In the poduction of gross income
ii. Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses):
Merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan ditolak ataupun dihadkan amaunnya didalam Pendapatan Kasar bagi menghasilkan cukai yg perlu dibayar. Perbelanjaan yg tidak dibenarkan atau dihadkan ini adalah seperti yg telah termaktub di dalam Akta Cukai. Antaranya adalah
perbelanjaan yg tidak terlibat dalam penghasilan pendapatan seperti Peruntukkan Hutang Ragu, Derma dan sumbangan yg tidak diluluskan, yuran peguam yg tiada berkaitan dgn hubungan langsung dgn penghasilan pendapatan dsb.

ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE)
Elaun merupakan satu potongan yg dibenarkan bagi pembelian aset sebagai ganti susutnilai. Contoh aset yg digunakan didalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain2. Terdapat 4 syarat yg melayakkan sesuatu entiti layak mendapat elaun modal.
  • Menjalankan perniagaan
  • Membeli aset perniagaan
  • Aset tsbt digunakan dalam perniagaan
  • Tuan punya aset
PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME):
Merupakan pendapatan yg terhasil dari Pendapatan Larasan. Keuntungan/(Kerugian) Bersih tadi seperti didalam penyata kewangan akan dilaraskan supaya menjadi Pendapatan Larasan dan ditolak Elaun Modal dan akhir menjadi Pendapatan Berkanun (Statutory Income).

PENDAPATAN AGREGATE (AGREGATE INCOME):
Sekiranya terdapat pelbagai perniagaan didalam satu Syarikat, kesemua Pendapatan Berkanun itu tadi dicampurkan menjadi Pendapatan Berkanun Agregat (Agregate of Statutory Business Income). Ianya kemudian akan dilaraskan sekiranya terdapat pekara2 yg melibatkan Pendapatan Agregate ini. Antaranya :
  • Kerugian perniagaan tahun semasa
  • Perbelanjaan projek pertanian yg diluluskan
  • Derma dan sumbangan yg diluluskan dsb.
PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI (CHARGEABLE INCOME):
Setelah kesemua pelarasan2 telah dibuat maka akan terhasilah Pendapatan Dikenakan Cukai (Chargeable Income). Cukai Syarikat akan dikirakan diperingkat ini. Kadar cukai Syarikat adalah 20% atau 28% yg mana kadar ini bergantung kepada syarat2 yg telah ditetapkan oleh LHDN.

Pengiraan cukai Syarikat bemula dari Penyata Untung Rugi Syarikat. Hasil yg diperolehi di Penyata Kewangan tersebut (samada untung atau rugi) akan kemudiannya dilaraskan semula seperti yg telah ditetapkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan Bercukai (Chargeable Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan maka barulah kadar cukai akan dikenakan kepada sesuatu Syarikat bsgi menetukan jumlah cukai yg perlu dibayar.

Syarikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Kewangan Pada 31 Disember 20XX
Jualan --------------------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)Kos Jualan -----------------------------------------------------------> RMXXX
Untung Kasar -----------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)
Perbelanjaan Pentadbiran ------------------------------------------------> RMXXX
Kos Staff ------------------------------------------------------------------------> RMXXX
Kos Kewangan -----------------------------------------------------------------> RMXXX

Untung/(Rugi) Bersih Sebelum Cukai -----------------------------------> RMXXX

Syaraikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Pengiraan Cukai Bagi Tempoh 1 Januari 20xx Hingga 31 Disember 20xx
Keuntungan/(Kerugian) Bersih Sebelum Cukai (Spt didalam Akaun) ------------> RMXXX
(Tolak) : Pendapatan Lain-lain --------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak) : Perbelanjaan dibenarkan tolakan 2 kali -------------------------------------> RMXXX
(Campur) : Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses) ------------> RMXXX
PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)
(Tolak) : Elaun Modal dsb ---------------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)
(Campur) : Pendapatan Lain-lain ------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN AGREGATE (AGGREGATE INCOME)
(Tolak) : Pelarasan2 seperti Rugi semasa dsb -------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERCUKAI (CHARGEABLE INCOME) ---------------------------------------> RMXXX

Cukai atas Pendapatan Bercukai (20% atau 28%) ---------------------------------------> RMXXX
(CUKAI KENA BAYAR)


KADAR CUKAI SYARIKAT SDN. BHD.:
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. kadar cukai bergantung kepada :

1. Bagi Modal Berbayar tidak melebihi RM2.5 juta (Y/A 2008) :
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) atas RM500,000 pertama = 20%
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) melebihi RM500,000 = 26% (Y/A 2009 = 25%)

2. Bagi Modal Berbayar melebihi RM2.5 juta = 26% (Y/A 2009 = 25%)


3 comments:

Ahmad Nizam Samsudin said...

Terima kasih atas ilmu yang diberikan.

Anonymous said...

Tanya klu kita buka current account cmner , berapa yg melayakkan kita kena income tax?

Anonymous said...

Terima tuan ilmu yg dikongsikan.semoga Allah memberikan kebaikan nya kpd tuan amin