Friday, January 16, 2009

CUKAI : TIPS - MENGURANGKAN CUKAI MELALUI ZAKAT

Originally Posted by mrsmarter View Post
Bro Radzi & sahabat,
By the way, macam individual income tax...kalau bayar zakat, kita boleh rebat..Rasanya sama juga dgn sykt kot? Betul tak? Pada saya, lebih baik bayar zakat...bayar zakat kita tunaikan tgjwb dunia dan akhirat. Kalau sykt boleh dpt rebat dgn bayar zakat, baguslah kita bayar zakat...2.5% saja!
Wassalam...

Just want to share....actually polisi kerajaan kita membenarkan pembayaran zakat (Perniagaan) ditolak dalam pengiraan cukai perniagaan. Pelepasan diberi setakat 2.5% dari Pendapatan Agregate (Agregate Income).

Kat sini yg kurang seronok sikit...
Katakan Company bayar zakat 2.5% bersamaan RM20,000...tapi Agregate Income (Pendapatan Agregate) Syarikat adalah RM60,000...maka pelepasan yg diberikan hanyalah setakat 2.5% dari Agregate Income (Pendapatan Agregate) tu sahaja iaitu : 2.5% x RM60,000 = RM1,500....so dri segi percukaian dan kewangan..anda telah rugi RM18,500...bayangkan kalau amaun zakat dibayar lagi besar...errmmm namun dari segi agama...anda dapat pahala...

Kesimpulan :
Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) Subsyeksen 44 (11A).ZAKAT PERNIAGAAN :Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat.
a. Pelepasan diberi tidak melebihi 2.5% daripada Agregate Income(Pendapatan Agergate). Selepas ditolak daripada Agregate Income baru dapat Chargeable Income..so cukai dikira atas Chargeable Income...iaitu selepas ditolak zakat baru cukai dikira...
b. Sekiranya amaun 2.5% atas Agregate Income ini lebih kecil daripada Zakat dibayar...amaun 2.5% sahaja yg diambilkira (konsepnya..mana yg paling rendah).
c. Amaun yg terlebih tu...lagi tak bestnya tak bole carried forward untuk tahun taksiran akan datang.

So..harap kerajaan bagi ler tolakan cukai untuk zakat ni selepas cukai yg kena bayar..hehehehe
Kita kena buat perancangan sebaiknya..bagaimana boleh kita gunakan peruntukkan zakat dalam isu Zakat dan juga Cukai Pendapatan Perniagaan...mahupun Cukai Individu...ada cara nya...

2 comments:

Anonymous said...

Kalau rebat cukai perniagaan boleh dibuat bg semua jumlah pendptn agregat, saya rs kemiskinan negara dapat dikurangkan.. hanya utk umat islam.. bergantung jugak iman seseorang peniaga samada memilih untuk byr cukai/ zakat..

AbeJoes said...

salam tuan,

Sekadar tambahan. Pada masa sekarang, rebat zakat hanya dibenarkan untuk individu sahaja. Rebat untuk company masih lagi dalam usaha.