Sunday, January 25, 2009

CUKAI : ELAUN MODAL BAGI ASET PERNIAGAAN

Elaun Modal bagi Aset Perniagaan adalah merupakan satu potongan tahunan yang dibenarkan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan yang mempunyai harta atau aset perniagaan. Potongan elaun ini diberi sebagai potongan daripada Pendapatan Larasan Perniagaan (Adjusted Business Income).

Dalam erti kata lain, didalam terma perakaunan terdapat perbelanjaan dinamakan SUSUTNILAI. Namun begitu di dalam PERCUKAIAN, perbelanjaan SUSUTNILAI ini tidak dibenarkan (unallowable) tapi sebaliknya akan digantikan dengan terma ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE). ELAUN MODAL ini dikira berbeza sedikit berbanding cara kita mengira SUSUTNILAI. Malah terdapat beberapa jenis assets atau harta yang tidak mendapat ELAUN MODAL seperti Ubahsuai Bangunan (Renovation), Bangunan (Building) dan sebagainya.

Jadual Lengkap bagi kadar Elaun Modal boleh didapati disini: JADUAL ELAUN MODAL

Elaun Modal ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
a. Elaun Permulaan - iaitu elaun permulaan 20% daripada kos aset yang hanya diberikan sekali sahaja iaitu pada tahun pertama ianya diperolehi sahaja.
b. Elaun Tahuan - iaitu elaun tahunan yang diberikan berdasarkan kepada kadar-kadar yang telah ditetapkan.

PELUPUSAN ASET
Sekiranya aset tersebut dijual, dihapuskan, musnah, hilang, tak boleh digunakan maka akan wujudnya item ELAUN PELARASAN samada ELAUN IMBANGAN atau ELAUAN CAJ.

ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (Tax Written Down Value (TWDV) melebihi nilai jualan/pelupusan.
----------------- > TWDV > Nilai Pelupusan = ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE)

CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (TWDV) kurang dari nilai jualan/pelupusan
----------------- > TWDV < Nilai Pelupusan = CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE)

ELAUN MODAL KHAS BAGI ASET BERNILAI KECIL
Berdasarkan Ketetapan Umum No. 1/2008 menyatakan aset yg digunakan dalam perniagaan diberi elaun modal khas:
1. Elaun khas diberikan kepada aset yg bernilai RM1,000 kebawah
2. Aset yg tak termasuk yg mempunyai hayat j/panjang kurang dari 2 tahun
3. Tuntutan elaun modal khas tidak melebihi RM10,000. Sekiranya lebih aset-aset yang lain hendaklah dikeluarkan dari skim ini.

Ianya berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006 ke atas. Ketetapan Umum 1/2008.

1 comment:

Lia Zuraini said...

Salam..smga En. Radzi sht2 selalu..
saya nk tnya sikit ttg elaun modal ni..cmne ye pengiraan elaun modal utk kereta baru, cost RM155k & RM96k. Betul ke pengiraan dia IA 20% + AA 20%?
Dan, 1 lg cmne pengiraan elaun modal utk aset yg kosnya kecil; <RM1000.

Harap E. Radzi dapat membantu. Terima kasih byk2..