Sunday, January 25, 2009

CUKAI : TIPS - MENGURANGKAN CUKAI SYARIKAT DENGAN CARA PENGAMBILALIHAN SYARIKAT LAIN (TAKE-OVER)

Pihak Syarikat boleh mengurangkan cukai Syarikat dengan cara mengambilalih syarikat yang mengalami kerugian terkumpul (Accumulated Loss). Semakin tinggi kerugian yang ditanggung oleh Syarikat tersebut semakin tinggi nilai yang boleh digunakan untuk mengelakkan dan mengurangkan cukai dengan cara yang dibenarkan. Panduan untuk menggunakan kaedah ini :

a. Pastikan status cukai Syarikat yang perlu diambil alih dengan nyata.
b. Status perniagaan dan Syarikat perlu diambil kira seperti kedudukan kewangan, liabiliti, pekara-pekara berbangkit dan sebagainya.

Pada pratikalnya, sebelum sesebuah Syarikat hendak diambilalih oleh Pelabur baru, mereka perlulah mengetahui keseluruhan status Syarikat tersebut. Amalan ini perlulah dititik-beratkan dan hampir pasti wajib dilakukan. Pada kebiasaanya pihak Pelabur baru akan meminta agar dibuat proses yang dinamakan "Due Diligence" ataupun "Share Valuation" dimana proses ini akan membuat satu tugasan khas di dalam melaporkan keseluruhan status sesebuah Syarikat. Bagi proses "Share Valuation" pula pihak Pelabur akan mengetahui akan nilai per saham semasa. Adaka ianya berbaloi atau tidak untuk mengambil alih sesebuah Syarikat.

Untuk makluman, Kementerian Kewangan M'sia (MOF) telah meminda polisi terhadap pekara cukai Kerugian Cukai (Brought Forward Losses) dan Elaun Modal Tak Diserap (Unabsorbed Capital Aloowance). Selepas 7 November 2007 :

" Syarikat yg terlibat dalam perubahan pemilikan yang ketara akan dibenarkan untuk membawa ketahun hadapan terhadap pekara kerugian dan elaun modal yg belum digunakan bagi membolehkan ianya diserapkan tahun taksiran semasa atau tahun akan datang melainkan Syarikat yang Tak Aktif (Dormant)."

CUKAI : ELAUN MODAL BAGI ASET PERNIAGAAN

Elaun Modal bagi Aset Perniagaan adalah merupakan satu potongan tahunan yang dibenarkan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan yang mempunyai harta atau aset perniagaan. Potongan elaun ini diberi sebagai potongan daripada Pendapatan Larasan Perniagaan (Adjusted Business Income).

Dalam erti kata lain, didalam terma perakaunan terdapat perbelanjaan dinamakan SUSUTNILAI. Namun begitu di dalam PERCUKAIAN, perbelanjaan SUSUTNILAI ini tidak dibenarkan (unallowable) tapi sebaliknya akan digantikan dengan terma ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE). ELAUN MODAL ini dikira berbeza sedikit berbanding cara kita mengira SUSUTNILAI. Malah terdapat beberapa jenis assets atau harta yang tidak mendapat ELAUN MODAL seperti Ubahsuai Bangunan (Renovation), Bangunan (Building) dan sebagainya.

Jadual Lengkap bagi kadar Elaun Modal boleh didapati disini: JADUAL ELAUN MODAL

Elaun Modal ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
a. Elaun Permulaan - iaitu elaun permulaan 20% daripada kos aset yang hanya diberikan sekali sahaja iaitu pada tahun pertama ianya diperolehi sahaja.
b. Elaun Tahuan - iaitu elaun tahunan yang diberikan berdasarkan kepada kadar-kadar yang telah ditetapkan.

PELUPUSAN ASET
Sekiranya aset tersebut dijual, dihapuskan, musnah, hilang, tak boleh digunakan maka akan wujudnya item ELAUN PELARASAN samada ELAUN IMBANGAN atau ELAUAN CAJ.

ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (Tax Written Down Value (TWDV) melebihi nilai jualan/pelupusan.
----------------- > TWDV > Nilai Pelupusan = ELAUN IMBANGAN (BALANCING ALLOWANCE)

CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE) terhasil dari Nilai Buku/Nilai Residu (TWDV) kurang dari nilai jualan/pelupusan
----------------- > TWDV < Nilai Pelupusan = CAJ(KENAAN) IMBANGAN(BALANCING CHARGE)

ELAUN MODAL KHAS BAGI ASET BERNILAI KECIL
Berdasarkan Ketetapan Umum No. 1/2008 menyatakan aset yg digunakan dalam perniagaan diberi elaun modal khas:
1. Elaun khas diberikan kepada aset yg bernilai RM1,000 kebawah
2. Aset yg tak termasuk yg mempunyai hayat j/panjang kurang dari 2 tahun
3. Tuntutan elaun modal khas tidak melebihi RM10,000. Sekiranya lebih aset-aset yang lain hendaklah dikeluarkan dari skim ini.

Ianya berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2006 ke atas. Ketetapan Umum 1/2008.

Friday, January 16, 2009

CUKAI : TIPS - MERANCANG PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN (UNALLOWABLE EXPENSES)

Bolehkah sesebuah sykt memperuntukkan atau membelanjakan jumlah wang besar untuk `entertainment’ dan bayaran komisen. Apakah kesan kepada audit @ cukai @ penyata kewangan nanti? Adakah bentuk-bentuk `entertainment’ dan `komisen’ yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ATAU yang kena cukai atau sebagai kos sykt?
Frankly speaking lah kan, biz projek besar ni biasanya ada bagi komisen dgn `orang perantara’…orang kata rasuah tapi bagi saya ia subjektif. Ia umpama kita nak jual rumah gunakan agen hartanah. Mungkin perumpamaan ini kurang atau tidak tepat tapi komisen sebegini adalah hakikat berniaga.
Terimakasih bro….
Salam,
Memang betul apa yg saudara katakan...ini adalah hakikat berniaga sekarang..siapa yg nak nafikan ... nafilah ... ianya memang berlaku..walaupun bukan semua industri terlibat ... namum unsur2 ini memang terjadi.

Entertainment (Belanja Keraian) :
Sebelum tahun taksiran 2004 kesemua perbelanjaan keraian (entertainment) adalah tidak dibenarkan (Unallowable Expenses). Namun pada tahun 2004 peraturan tersebut telah dilonggarkan. Pada dasarnya sebarang perbelanjaan keraian yg berkaitan dengan jualan Syarikat kepada pelanggan yg sedia ada dibenarkan keseluruhan. Namun syarat2 yg telah ditetapkan perlulah dipenuhi seperti yg temaktub dalam Public Ruling No. 3/2008. Sekiranya tidak amaun tersebut hanya mendapat potongan 50% sahaja dan mungkin tidak mendapat potongan 100% (keseluruhanya tidak dibenarkan). Disini pemahaman amat perlu bagi merancang cukai sebaik mungkin.

... Bagaimana pula perbelanjaan 'melobi' atau belanja makan kepada bakal2 customer...? Perbelanjaan ini tidak dibenarkan berdasarkan kepada Akta. Tapi para peniaga sekarang ni(businesman) banyak yg pandai2 belaka...hehehehe

Boleh rujuk kepada Publi Ruling ini :
http://www.hasil.org.my/melayu/pdf/KU_0308.pdf

Bagi perbelanjaan keraian untuk kakitangan Syarikat (Staff Entertainment) mendapat pelepasan sepenuhnya.

...Bolehkah sesebuah sykt memperuntukkan...
Akaun dan Audit :
...tiada masalah dan tidak bersalahan..memang ada Syarikat/(perniagaan) membuat peruntukkan (Provision) untuk entertainment yg besar
Cukai :
Sebarang peruntukkan adalah tidak dibenarkan iaitu Perbelanjaan Tak Dibenarkan (Unallowable Expenses). Maka Syarikat anda mungkin akan dikenakan cukai diatas pekara peruntukkan ini.

...membelanjakan jumlah wang besar untuk `entertainment’ dan bayaran komisen
Akaun dan Audit :
Perbelanjaan keraian (Entertainment) dan Komisyen boleh direkodkan ke dalam Akaun Syarikat dan diaudit. Ianya bukan merupakan satu kesalahan. Ini merupakan salah satu kos perbelanjaan Syarikat.

Cukai :
Isu pekara Entertainment telah diterangkan diatas.
Bagi pekara Komisen pula ianya merupakan salah satu pekara sensitif. Items ini perlu dititiberatkan kerana mempunyai kesan yg significant. Bagi perbelanjaan Komisen sekiranya ianya berkait terus (berhubung secara langsung) dengan perniagaan Syarikat maka perbelanjaan tersebut dibenarkan. Sebagai contoh komisyen 5% atas kejayaan mendapatkan sesuatu project. Ini dibenarkan. Pekara yg perlu diperhatikan dan amat penting:
a. Nama, alamat, IC dan amaun terlibat
b. Jenis dan maklumat tentang sesuatu projek
c. Payment vouchers and supporting documenst of payments

...Yg paling penting...sekiranya ditanya oleh LHDN, pastikan jawapanya adalah ...pembayaran komisyen ini adalah terhadap kontrak atau porjek yg telah diperolehi ... jangan ada alasan lain...sekiranya Syarikat juga gagal menyediakan maklumat yg dikhendaki seperti contoh diatas, maka perbelanjaan komisyen tersebut tidak dibenarkan. Hati2 jangan syarikat menanggung akibat tak sepatutnya. Sebagai contoh pembayaran komisyen adalah RM400k...sekiranya Syarikat gagal menyediakan maklumat penuh dan tak mampu mengaitkan pembayaran tersebut dengan projek yg telah diperolehi...maka Syarikat akan menanggung kesemua amaun tersebut...dimana cukai tambahan adalah RM80k..dah lah duit keluar bayar komisen RM400k kena tambah cukai RM80k (ini tak termasuk penalti2 yg telah siap sedia oleh LHDN).

...Begitu juga dengan pembayaran komisen kepada orang dalam (gomen) atau kepada yg mempunyai kepentingan atau kuasa. Sudah pasti mereka tidak mahu nama mereka wujud atau berkait dengan komisyen. Pandai2lah cari nama yg lain...tapi jangan lupa pekara diatas tadi...maklumat mesti penuh dan padat.

CUKAI : TIPS - MENGURANGKAN CUKAI MELALUI ZAKAT

Originally Posted by mrsmarter View Post
Bro Radzi & sahabat,
By the way, macam individual income tax...kalau bayar zakat, kita boleh rebat..Rasanya sama juga dgn sykt kot? Betul tak? Pada saya, lebih baik bayar zakat...bayar zakat kita tunaikan tgjwb dunia dan akhirat. Kalau sykt boleh dpt rebat dgn bayar zakat, baguslah kita bayar zakat...2.5% saja!
Wassalam...

Just want to share....actually polisi kerajaan kita membenarkan pembayaran zakat (Perniagaan) ditolak dalam pengiraan cukai perniagaan. Pelepasan diberi setakat 2.5% dari Pendapatan Agregate (Agregate Income).

Kat sini yg kurang seronok sikit...
Katakan Company bayar zakat 2.5% bersamaan RM20,000...tapi Agregate Income (Pendapatan Agregate) Syarikat adalah RM60,000...maka pelepasan yg diberikan hanyalah setakat 2.5% dari Agregate Income (Pendapatan Agregate) tu sahaja iaitu : 2.5% x RM60,000 = RM1,500....so dri segi percukaian dan kewangan..anda telah rugi RM18,500...bayangkan kalau amaun zakat dibayar lagi besar...errmmm namun dari segi agama...anda dapat pahala...

Kesimpulan :
Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) Subsyeksen 44 (11A).ZAKAT PERNIAGAAN :Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat.
a. Pelepasan diberi tidak melebihi 2.5% daripada Agregate Income(Pendapatan Agergate). Selepas ditolak daripada Agregate Income baru dapat Chargeable Income..so cukai dikira atas Chargeable Income...iaitu selepas ditolak zakat baru cukai dikira...
b. Sekiranya amaun 2.5% atas Agregate Income ini lebih kecil daripada Zakat dibayar...amaun 2.5% sahaja yg diambilkira (konsepnya..mana yg paling rendah).
c. Amaun yg terlebih tu...lagi tak bestnya tak bole carried forward untuk tahun taksiran akan datang.

So..harap kerajaan bagi ler tolakan cukai untuk zakat ni selepas cukai yg kena bayar..hehehehe
Kita kena buat perancangan sebaiknya..bagaimana boleh kita gunakan peruntukkan zakat dalam isu Zakat dan juga Cukai Pendapatan Perniagaan...mahupun Cukai Individu...ada cara nya...

CUKAI : TIPS - MERANCANG PEMBELIAN KENDERAAN

Originally Posted by mrsmarter View Post
Ingin bertanya kpd Bro Radzi :
Sykt ABC Sdn Bhd membeli kenderaan (cth Toyota Camry) berharga RM150K. Deposit sebanyak RM30K. Loan sebanyak RM120K. Misal kata ansuran sebulan sebanyak RM2K. Deposit, ansuran bulanan, road tax, insurans, maintenance kereta dan petrol masuk akaun sykt (bayar oleh sykt), kira all in one lah!. Apakah DAN berapakah anggaran pelepasan cukai yg boleh dinikmati oleh sykt ABC?
...Kalau ada perkara berkaitan perkara diatas, Bro tolong highlightkan juga walaupun saya tak sebutkan. Terimakasih bro!
Salam mrsmarter, Pada tahun taksiran 2001 sebarang ke atas pembelian kereta persendirian yg melibatkan kos keseluruhan : a.Harga bawah RM50,000 ----> Perbelanjaan Dibenarkan RM50,000 sebuah
Harga lebih RM50,000 ----> Hanya layak mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja. Lebihan amaun beli tsbt tak layak.

Kenderaan Persendirian (Baru) dan Tak melebihi RM150,000 :
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM100,000 sebuah sahaja.
----> Lebih amaun beli tsbt tak layak.
Harga lebih RM150,000 ----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja.
Lebihan amaun beli tsbt tak layak.


Kereta perdagangan :
----> Semua
pembelian kenderaan perdagangan mendapat Perbelanjaan Dibenarkan (QE)...Contoh Bas, Lori dsb.
Kereta Recond :
----> Perbelanjaan Dibenarkan (QE) RM50,000 sebuah sahaja sebab bukan status baru .
Perbelanjaan Dibenarkan (Qualified Expenditure) bermaksud perbelanjaan tersebut dibenarkan dan boleh ditolak dari amaun Untung/(Rugi) penyata kewangan. Ini adalah dari cara dan sudut pengiraan Cukai Syarikat(Perniagaan). Maksudnya apabila kita telah siapkan Penyata Kewangan dan melaporkan samada Untung atau Rugi, tidak semestinya amaun yg kita laporkan tersebut akan diambil bulat2 bagi pengiraan cukai Syarikat(Perniagaan). Ianya pasti akan dilaraskan semula disebabkan akan oleh polisi dan akta2 yg telah ditetapkan oleh LHDN. Setiap perbelanjaan mempunyai kategori2 yg tertentu. Antaranya : a. Perbelanjaan Modal ----> Tidak dibenarkan. Seperti kos ubahsuai (renovation), kos menerbitkan saham dsb. b. Perbelanjaan Yg Tak Terlibat Dlm Penghasilan Pendapatan ---->seperti Sumbangan & derma yg tak diluluskan, perbelanjaan AGM, Peruntukkan2 seperti Hutang Ragu. Professional fee termasuk lawyer fee yg tak terlibat secara langsung dlm perniagaan (private nature) spt kos pembelian hartanah dan bangunan dsb. c. Perbelanjaan dihadkan ---->Perbelanjaan tsbt akan dihadkan amaunnya. Antara contoh faedah kewangan (interest) yg melebihi RM10,000 terhadap pinjaman bagi Syarikat akan dihadkan dan dikira semula yg layak. Ini juga termasuk pembelian kenderaan baru persendirian baru yg saya terangkan diatas tadi. Berdasarkan contoh di atas Syarikat akan mendapat perbelanjaan dibenarkan sebanyak RM100,000 sahaja. RM50,000 lagi tidak dibenarkan (Unqualified expenditure). Maka RM50,0000 ianya akan dicampur semula kedalam Untung/(Rugi) Bersih (sudut percukaian) dalam penghasilan dan pengiraan cukai Syarikat. Disebabkan ianya dibeli secara ansuran perbelanjaan2 dan pekara2 di atas tadi diagihkan kepada tahun-tahun sehingga selesai ansuran tsbt. Kesimpulan kepada Sykt ABC Sdn Bhd: a. Dari segi cukai hanya mendapat Perbelanjaan Dibenarkan sebanyak RM100,000 sahaja. RM50,000 adalah tidak dibenarkan dan "Rugi Cukai" terhadap RM50,000 adalah RM10,000 (20% x RM10,000) b. Perbelanjaan2 seperti faedah ansuran2 pinjaman,roadtax, insurans, maintenance kereta, petro, toll & parking adalah dibenarkan. c. Dari segi pengiraan individu, penggunaan kereta baru yg disediakan oleh Syarikat untuk pekerja mahupun Pengarah akan dikenakan cukai. Ini dipanggil sebagai "Benefits in kind" iaitu pendapatan pengajian dalam bentuk bukan tunai. Perancangan Cukai : Apa Yg Perlu Dibuat a. Kalau hendak memaksimumkan Perbelanjaan Dibenarkan maka belilah kereta baru persendirian yg berharga RM100,000 sahaja. Kesemua amaun tersebut dibenarkan.(...kalau nak ikut nie...pakai kereta Proton Perdana ) b. Pastikan kos pembelian kereta persendirian yg baru tidak melebihi RM150,000. Sekiranya amaun tsbt melebihi sedikit...katakan RM160,000 cuba pecahkan amaun tersebut kedalam items Accesories. Ini dibenarkan. c. Sekiranya kenderaan tsbt agak tinggi, katakan RM250,000 anda mempunyai pilihan untuk memasukkan atau tidak ke dalam Syarikat. Ianya bergantung kepada keadaan dan situasi Syarikat tersebut. Namun terdapat cara2 yg bersesuaian dalam menangangi kesan perbelanjaan yg tidak dibenarkan tersebut. Disini perbelanjaan tidak dibenarkan adalah RM200,000 (RM250,000 - RM50,000) dan kesan cukai tambahan sahaja adalah RM40,000. Pilihan mesti tepat dan bersesuaian.

CUKAI : TIPS - MENANGGUNG LIABILITI CUKAI PENGARAH

Originally Posted by mrsmarter View Post
Salam,
Bro Radzi, saya pernah mendengar tentang cukai individu (income tax) segelintir pekerja esp. top management sesebuah syjt yg ditanggung oleh pihak sykt. Maybe ia dinyatakan dlm offer letter a.k.a perjanjian sebelum menerima kerja. Bgmanakah ini dilakukan dan impak kpd sykt esp. akaun etc. Thanks
Salam mrsmarter,
Ya benar. Terdapat sesetengah Syarikat yg akan menanggung akan liabiliti cukai mereka.

Akaun
:

Terdapat beberapa pilihan yg boleh dimasukkan terhadap pembayaran tersebut kedalam beberapa akaun (diikitiraf sebagai). Antaranya:
...items Ganjaran Pengarah (P/L items)
Pembayaran cukai tersebut biasanya akan dimasukkan dan diiktraf sebagai Ganjaran Pengarah.
...items Cukai (P/L items)
Dimasukkan sebagai pekara Cukai
...items Belanja Pelbagai (P/L items)
Dimasukkan sebagai perkara2 Belanja Pelbagai

Cukai & Panduan
:

Dari sudut cukai perlulah dimasukkan kedalam items Ganjaran Pengarah (Profit and Loss items). Jangan letakkan dalam pekara lain seperti items cukai dsb.
... items ----> Ganjaran Pengarah (Directors Remuneration)----> boleh tolak cukai (Allowable Expenses)
... items ----> Cukai atau lain2 items ----> tak boleh tolak cukai (Unallowable Expenses)
... disini kalau kita perhatikan...hanya isu nama atau kategori sahaja akan mempengaruhi status perbelanjaan (Allowable atau Unallowable Expenses). Kalau kita tersilap maka kita akan kerugian. Tiada siapa yg akan tolong kita untuk memperbetulkan isu tersebut. Sekiranya Syarikat anda mempunyai Akauntan yg Bertauliah dan Berkemampuan mungkin pekara ini dapat dielakkan. Namum bagi syarikat2 biasa sudah pasti ianya sukar.Malah pihak juruaudit sendiri tidak akan memberi tahu akan pekara ini. Pekara ini hanya boleh disedari bila ada seperti pihak Tax Agent memberitahu anda. Cuma ketika ini sudah terlambat kerana Audit Report telah ditutup atau disiapkan. Tiada pembetulan yg akan dilakukan.

Bayangkanlah kalau amaun yg terlibat adalah besar...Contoh RM50,000...maka kesan cukai adalah RM10,000 (RM50,000 x 20%)...banyak bukan...

Friday, January 9, 2009

CUKAI : PANDUAN & STATUS PERBELANJAAN

Terdapat beberapa pekara di dalam pengiraan cukai yg perlu diambil tahu dan difahami oleh anda mahu juga pihak Syarikat dalam menghasilkan cukai kena bayar (Tax Payable). Walaupun kebanyakkan Syarikat hanya menyerahkan kepada Agen Cukai bagi menguruskan segala hal-ehwal berkaitan cukai kita juga perlu memahami selok-belok terutamanya dari konsep dan dasar percukaian itu sendiri. Kebanyakan dari kita banyak mengetahui secara teori iaitu melalui pembacaan dan info dari media massa namun secara praktikalnya ianya kurang dipratikan disebabkan kurang pemahaman. Setiap kali Belanjawan dibentangkan di Dewan Negara dan hampir setiap kali dasar dan polisi cukai akan berubah. Ini adalah disebabkan dasar dan polisi cukai juga mempengaruhi situasi ekonomi di sesuatu masa. Anda sebagai warganegara dan juga turut terlibat dalam sistem cukai negara secara tidak langsung maka kefahaman yg bersesuaian perlu didalam menempuhi dugaan dan cabaran semasa disamping meneruskan perniagaan yg dijalankan.

Perbelanjaan Tidak dibenarkan (Unallowable Expenses), Perbelanjaan Ditolak Dua Kali (Double Deduction), Perbelanjaan Yg Dihadkan adalah antara pekara2 yg sering berubah2 setiap tahun taksiran. Oleh yg demikian dengan sedikit ilmu dan panduan dapatlah kita merancang dan mengunakan dasar polisi cukai yg ada untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, masyrakat dan juga perniagaan amnya.

PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN (UNALLOWABLE EXPENSES):
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai dalam menghasilkan cukai yg kena bayar. Ini dinamakan PELARASAN CUKAI iaitu perbelanjaan tersebut akan dilaraskan iaitu dicampurkan semula kepada Untung Bersih Syarikat atau dihadkan kepada sesuatu amaun . Antaranya adalah :

Perbelanjaan Modal Yg Dipindahkan/Dimasukkan Ke Dalam Penyata Untung Rugi :
  • Kos perbelanjaan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. yg mempunyai Modal Dibenarkan melebihi RM2,500,000
  • Kos perbelanjaan melibatkan perubahan dalam Modal Dibenarkan dan Diterbitkan
  • Kos perbelanjaan yg melibatkan pemerolehan atau pelupusan harta termasuk saham dan stok. Ini juga termasuk yuran profesional
  • Belanja Ubah-suai (Renovation) dan Penambahbaikkan (Improvement)
Perbelanjaan Yg Tak Terlibat Dalam Penghasilan Pendapatan :
  • Ganjaran (termasuk sumbangan EPF) dan pelbagai kemudahan kepada Pemilik Tunggal atau juga Rakan Kongsi
  • Perbelanjaan perseorangan dan domestic seperti kos pengangkutan dalam dan luar negeri, kos penjagaan kereta persendirian dsb.
  • Kos perbelanjaan yg melibatkan upah penjagaan Daftar Pemegang Saham dan penerbitan dividen
  • Kos perbelanjaan asas terhadap pengedaran Laporan Tahunan kepada Pemegang Saham untuk Mesyuarat Tahunan(AGM) dan juga Mesyuarat Luar Biasa(EGM)
  • Kos perbelanjaan Pasaran Saham (Stock Exchange)
  • Peruntukkan Hutang Ragu, Peruntukkan Stok Rosak, Peruntukkan Kemudahan Pencen dsb
  • Kos undang2 (Legal fee) samada Perbelanjaan Modal atau Persendirian
  • Perbelanjaan Pelbagai atau Perbelanjaan Am samada perbelanjaan modal atau persendirian
  • Derma dan sumbangan melainkan tempat yg telah diluluskan oleh LHDN
  • Hutang lapok
  • Untung atau Rugi terhadap pelupusan sesuatu aset
  • Untung/rugi terhadap pertukaran transaksi modal
  • Pekara2 items luarbiasa
PERBELANJAAN DIHADKAN:
Merupakan perbelanjaan yg dihadkan amaun atau dikawal diamana hanya sesetengah amaun tersebut yg dibenarkan ditolak dalam Pendapatan Kasar. Antaranya:
  • Kos sewa pajakan kereta yg melebihi RM50,000/RM100,000 bagi setiap kenderaan
  • Sekatan Faedah pinjaman
  • Perbelanjaan Keraian (Entertainment) iaitu 50% sahaja dibenarkan
  • Perbelanjaan perjalanan dalam dan luar negeri bagi tujuan persendirian pekerja yg melibatkan lawatan keluarga terdekat
  • Bayaran kepada Skim atau Caruman pekerja yg tak diluluskan oleh LHDN
PERBELANJAAN DITOLAK DUA KALI (DOUBLE DEDUCTION) :
Merupakan alat galakan atau inisiatif yg diberikan oleh kerajaan bagi mencapai atau melaksankan sesuatu objektif. Antaranya :
  • Perbelanjaan kos faedah pinjaman terhadap perniagaan kecil
  • Ganjaran/upah bagi 3 bulan pertama setiap pekerja yg berlatih dalam bidang pembinaan
  • Ganjaran/upah bagi pekerja kurang upaya (OKU)
  • Bayaran premuim insuran terhadap kredit export terhadap Syarikat dliluluskan oleh Kem. Kewangan
  • Perbelanjaan syarikat dalam latihan yg terlibat dalam sektor pengeluaran yg diluluskan
  • Perbelanjaan terhadap perniagaan yg melibatkan penyediaan pendidikan peringkat tinggi di Malaysia yg bertujuan promosi ke luar negara dalam institusi pendidikan
  • Kos eksport pengangkutan (freight charges) terhadap produk berasaskan kayu
  • Yuran terhadap syarikat kecil yg menghantar pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT, MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB
  • Kos penyelidikan seperti yg termaktub dalam Sek 31 A dsb

Thursday, January 8, 2009

CUKAI : PENGIRAAN CUKAI SYARIKAT

Pada amnya sekiranya sesuatu Syarikat mengalami keuntungan, maka pada kebiasaanya ianya akan dikenakan cukai. Begitu juga dengan rugi, maka tak perlu dibayar cukai. Keuntungan atau kerugian sesuatu Syarikat diketahui apabila penyata kewangan bagi sesuatu tempoh disediakan. Namun begitu terdapat situasi apabila Syarikat mengalami kerugian dikenakan cukai juga ataupun yg lebih menarik apabila Syarikat memperolehi keuntungan yg kecil seperti ternyata didalam Penyata Kewangan mereka tetapi dikenakan cukai yg agak tinggi '... bak kata tak sepadan dengan keuntungan yg diperolehi ...'

Disini kita perlu memahami konsep dan kaedah dalam menghasilkan jumlah cukai dibayar bagi sesuatu Syarikat sesuatu tempoh. Terdapat beberapa terma dan pekara yg perlu kita fahami dalam penghasilan dan juga pengiraan cukai Syarikat yg dibuat. Kefahaman mengenai proses, cara dan batasan2 mampu memberikan ilmu yg berguna kepada anda dan juga Syarikat. Antaranya adalah:


PENDAPATAN KASAR (GROSS INCOME):
Pendapatan kasar merujuk kepada pendapatan yg diterima samada secara tunai mahupun tertunda yg boleh dikenakan cukai dibawah Sekyen 4 Akta Cukai. Pendapatan kasar merangkumi :
  • Jualan (Sales) - Barangan atau Jualan
  • Perolehan insurans (Recoveries)
  • Ganjaran atas kehilangan pendapatan
  • Pendapatan faedah (Hanya sektor Bank) dsb
PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME):
Merupakan hasil dari Keuntungan/(Kerugian) Bersih seperti yg tercatat didalam Penyata Kewangan Syarikat yg telah dilaraskan. Pelarasan terhadap Pendapatan Kasar adalah melalui peraturan2 yg telah ditetapkan oleh Akta. Didalam bahagian ini terdapat 2 pekara yg penting iaitu:
i. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses):
Merupakan perbelanjaan yg dibenarkan ditolak dari Pendapatan Kasar. Oleh yg demikian keuntungan atau rugi sesuatu tempoh tidak akan dilaraskan atau ditambah semula ke dalam Pendapatan. Dalam erti kata lain Pendapatan Larasan adalah sama seperti yg tertera di Penyata Kewangan sekiranya ia tidak berubah kerana kesemua perbelanjaan adalah dibenarkan.
Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses) secara prinsipnya perlulah mempunyai sifat2 yg termaktub didalam Seksyen 33 iaitu :
  • Outgoing or expenses
  • Wholly and exclusively
  • Incurred
  • In the poduction of gross income
ii. Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses):
Merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan ditolak ataupun dihadkan amaunnya didalam Pendapatan Kasar bagi menghasilkan cukai yg perlu dibayar. Perbelanjaan yg tidak dibenarkan atau dihadkan ini adalah seperti yg telah termaktub di dalam Akta Cukai. Antaranya adalah
perbelanjaan yg tidak terlibat dalam penghasilan pendapatan seperti Peruntukkan Hutang Ragu, Derma dan sumbangan yg tidak diluluskan, yuran peguam yg tiada berkaitan dgn hubungan langsung dgn penghasilan pendapatan dsb.

ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE)
Elaun merupakan satu potongan yg dibenarkan bagi pembelian aset sebagai ganti susutnilai. Contoh aset yg digunakan didalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain2. Terdapat 4 syarat yg melayakkan sesuatu entiti layak mendapat elaun modal.
  • Menjalankan perniagaan
  • Membeli aset perniagaan
  • Aset tsbt digunakan dalam perniagaan
  • Tuan punya aset
PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME):
Merupakan pendapatan yg terhasil dari Pendapatan Larasan. Keuntungan/(Kerugian) Bersih tadi seperti didalam penyata kewangan akan dilaraskan supaya menjadi Pendapatan Larasan dan ditolak Elaun Modal dan akhir menjadi Pendapatan Berkanun (Statutory Income).

PENDAPATAN AGREGATE (AGREGATE INCOME):
Sekiranya terdapat pelbagai perniagaan didalam satu Syarikat, kesemua Pendapatan Berkanun itu tadi dicampurkan menjadi Pendapatan Berkanun Agregat (Agregate of Statutory Business Income). Ianya kemudian akan dilaraskan sekiranya terdapat pekara2 yg melibatkan Pendapatan Agregate ini. Antaranya :
  • Kerugian perniagaan tahun semasa
  • Perbelanjaan projek pertanian yg diluluskan
  • Derma dan sumbangan yg diluluskan dsb.
PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI (CHARGEABLE INCOME):
Setelah kesemua pelarasan2 telah dibuat maka akan terhasilah Pendapatan Dikenakan Cukai (Chargeable Income). Cukai Syarikat akan dikirakan diperingkat ini. Kadar cukai Syarikat adalah 20% atau 28% yg mana kadar ini bergantung kepada syarat2 yg telah ditetapkan oleh LHDN.

Pengiraan cukai Syarikat bemula dari Penyata Untung Rugi Syarikat. Hasil yg diperolehi di Penyata Kewangan tersebut (samada untung atau rugi) akan kemudiannya dilaraskan semula seperti yg telah ditetapkan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan Bercukai (Chargeable Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan maka barulah kadar cukai akan dikenakan kepada sesuatu Syarikat bsgi menetukan jumlah cukai yg perlu dibayar.

Syarikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Kewangan Pada 31 Disember 20XX
Jualan --------------------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)Kos Jualan -----------------------------------------------------------> RMXXX
Untung Kasar -----------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak)
Perbelanjaan Pentadbiran ------------------------------------------------> RMXXX
Kos Staff ------------------------------------------------------------------------> RMXXX
Kos Kewangan -----------------------------------------------------------------> RMXXX

Untung/(Rugi) Bersih Sebelum Cukai -----------------------------------> RMXXX

Syaraikat Anda Sdn. Bhd.
Penyata Pengiraan Cukai Bagi Tempoh 1 Januari 20xx Hingga 31 Disember 20xx
Keuntungan/(Kerugian) Bersih Sebelum Cukai (Spt didalam Akaun) ------------> RMXXX
(Tolak) : Pendapatan Lain-lain --------------------------------------------------------------> RMXXX
(Tolak) : Perbelanjaan dibenarkan tolakan 2 kali -------------------------------------> RMXXX
(Campur) : Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses) ------------> RMXXX
PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)
(Tolak) : Elaun Modal dsb ---------------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)
(Campur) : Pendapatan Lain-lain ------------------------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN AGREGATE (AGGREGATE INCOME)
(Tolak) : Pelarasan2 seperti Rugi semasa dsb -------------------------------------------> RMXXX
PENDAPATAN BERCUKAI (CHARGEABLE INCOME) ---------------------------------------> RMXXX

Cukai atas Pendapatan Bercukai (20% atau 28%) ---------------------------------------> RMXXX
(CUKAI KENA BAYAR)


KADAR CUKAI SYARIKAT SDN. BHD.:
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. kadar cukai bergantung kepada :

1. Bagi Modal Berbayar tidak melebihi RM2.5 juta (Y/A 2008) :
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) atas RM500,000 pertama = 20%
- Pendapatan Bercukai (Chargeable Income) melebihi RM500,000 = 26% (Y/A 2009 = 25%)

2. Bagi Modal Berbayar melebihi RM2.5 juta = 26% (Y/A 2009 = 25%)


Tuesday, January 6, 2009

CUKAI : SYARIKAT SDN. BHD.

PENGENALAN:
Sistem percukaian Malaysia telah memasukki era "Sistem Taksiran Sendiri' bagi Syarikat bermula pada tahun taksiran 2001. Di bawah sistem ini Pembayar Cukai perlulah memahami akan polisi2 dan peraturan LHDN yg telah ditetapkan. Antaranya Pembayar Cukai perlulah bertanggungjawab terhadap cukai Syarikat yg ditaksirkan sendiri, pembayaran ansuran cukai dsb. Pihak LHDN pula telah mewujudkan satu sistem polisi yg memantau akan perjalananan sistem tersebut. Dengan perlaksaan sistem Cukai Audit (Tax Audit) dan Penyiasatan Audit (Investigation Audit) oleh LHDN ianya akan membantu dalam menjayakan sistem yg telah diperkenalkan di dalam Malaysia ini.

Bagi para Pengarah atau Pegawai Utama Syarikat pula perlu memastikan bahawa pengiraan cukai Syarikat yg disediakan dan dihantar adalah bersesuaian dan berlandaskan dengan undang2 dan polisi2 yg ditetapkan oleh LHDN.

Pada amnya Syarikat bermakna Syarikat Sdn. Bhd. dan Syarikat Berhad. Kesemua Syarikat yg bermastatutin di Malaysia dikhendaki membuat kenyataan mengenai pendapatan diperolehi dari Malaysia atau diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia. Pendapatan sesuatu perniagaan perlulah dikenal pasti dahulu dan iktiraf sebagai Pendapatan Perniagaan. Ia meliputi:
  • Wujudnya entiti perniagaan
  • Transaksi perniagaan tersebut adalah bersifat 'Pendapatan'
  • Entiti pendapatan perniagaan datang dari Malaysia
Semua pendapatan Syarikat mahupun Perniagaan Entp. yg diterima di dalam Malaysia akan dikenakan cukai. Bagi pendapatan yg diterima dari luar negara iaitu dari Syarikat insurans, pekapalan, pengangkutan udara dan perbank sahaja yg dikenakan cukai atas pendapatan.

Sesuatu Syarikat dikira bermastautin di Malaysia sekiranya pengurusan dan kawalan perniagaan dan hal ehwalnya diadakan di Malaysia. Sebagai contoh Jika satu mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan di Malaysia, maka Syarikat berkenaan dianggap bermastautin di Malaysia.

Tanggungjawab Cukai bagi Syarikat:
  • Pengarah2 Syarikat
  • Setiausaha Syarikat
  • Pengurus atau Pegawai utama
  • Sesiapa ygmenjalankan fungsi atau tugas mana orang di atas.
Borang Cukai Syarikat:
Setiap tahun sesebuah syarikat perlulah menghantar borang2 cukai seperti di bawah atau mengisinya secara e-filling iaitu secara elektronik yg boleh diperolehi melalui laman web LHDN:
  • Borang C - Borang cukai pendapatan Syarikat
  • Borang R - Penyata Seksyen 108 (Pekara Dividen Syarikat)
  • Borang E - Penyata Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja
  • Borang CP204 - Anggaran cukai kena bayar bagi tahun hadapan
  • Borang CP204A - Pindaan anggaran cukai
  • Borang CP204B - Pindaan tempoh perakaunan Syarikat
Bagi sesebuah Syarikat yg baru mula operasi dalam suatu Tahun Taksiran, Borang CP204 hendaklah dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Bagi Syarikat yg sedia ada perlulah mengemukakan Borang CP204, 30 hari sebelum bermula tempoh asas perniagaan yg baru.