Friday, January 9, 2009

CUKAI : PANDUAN & STATUS PERBELANJAAN

Terdapat beberapa pekara di dalam pengiraan cukai yg perlu diambil tahu dan difahami oleh anda mahu juga pihak Syarikat dalam menghasilkan cukai kena bayar (Tax Payable). Walaupun kebanyakkan Syarikat hanya menyerahkan kepada Agen Cukai bagi menguruskan segala hal-ehwal berkaitan cukai kita juga perlu memahami selok-belok terutamanya dari konsep dan dasar percukaian itu sendiri. Kebanyakan dari kita banyak mengetahui secara teori iaitu melalui pembacaan dan info dari media massa namun secara praktikalnya ianya kurang dipratikan disebabkan kurang pemahaman. Setiap kali Belanjawan dibentangkan di Dewan Negara dan hampir setiap kali dasar dan polisi cukai akan berubah. Ini adalah disebabkan dasar dan polisi cukai juga mempengaruhi situasi ekonomi di sesuatu masa. Anda sebagai warganegara dan juga turut terlibat dalam sistem cukai negara secara tidak langsung maka kefahaman yg bersesuaian perlu didalam menempuhi dugaan dan cabaran semasa disamping meneruskan perniagaan yg dijalankan.

Perbelanjaan Tidak dibenarkan (Unallowable Expenses), Perbelanjaan Ditolak Dua Kali (Double Deduction), Perbelanjaan Yg Dihadkan adalah antara pekara2 yg sering berubah2 setiap tahun taksiran. Oleh yg demikian dengan sedikit ilmu dan panduan dapatlah kita merancang dan mengunakan dasar polisi cukai yg ada untuk kegunaan diri sendiri, keluarga, masyrakat dan juga perniagaan amnya.

PERBELANJAAN TIDAK DIBENARKAN (UNALLOWABLE EXPENSES):
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Perbelanjaan ini merupakan perbelanjaan2 yg tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai dalam menghasilkan cukai yg kena bayar. Ini dinamakan PELARASAN CUKAI iaitu perbelanjaan tersebut akan dilaraskan iaitu dicampurkan semula kepada Untung Bersih Syarikat atau dihadkan kepada sesuatu amaun . Antaranya adalah :

Perbelanjaan Modal Yg Dipindahkan/Dimasukkan Ke Dalam Penyata Untung Rugi :
  • Kos perbelanjaan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. yg mempunyai Modal Dibenarkan melebihi RM2,500,000
  • Kos perbelanjaan melibatkan perubahan dalam Modal Dibenarkan dan Diterbitkan
  • Kos perbelanjaan yg melibatkan pemerolehan atau pelupusan harta termasuk saham dan stok. Ini juga termasuk yuran profesional
  • Belanja Ubah-suai (Renovation) dan Penambahbaikkan (Improvement)
Perbelanjaan Yg Tak Terlibat Dalam Penghasilan Pendapatan :
  • Ganjaran (termasuk sumbangan EPF) dan pelbagai kemudahan kepada Pemilik Tunggal atau juga Rakan Kongsi
  • Perbelanjaan perseorangan dan domestic seperti kos pengangkutan dalam dan luar negeri, kos penjagaan kereta persendirian dsb.
  • Kos perbelanjaan yg melibatkan upah penjagaan Daftar Pemegang Saham dan penerbitan dividen
  • Kos perbelanjaan asas terhadap pengedaran Laporan Tahunan kepada Pemegang Saham untuk Mesyuarat Tahunan(AGM) dan juga Mesyuarat Luar Biasa(EGM)
  • Kos perbelanjaan Pasaran Saham (Stock Exchange)
  • Peruntukkan Hutang Ragu, Peruntukkan Stok Rosak, Peruntukkan Kemudahan Pencen dsb
  • Kos undang2 (Legal fee) samada Perbelanjaan Modal atau Persendirian
  • Perbelanjaan Pelbagai atau Perbelanjaan Am samada perbelanjaan modal atau persendirian
  • Derma dan sumbangan melainkan tempat yg telah diluluskan oleh LHDN
  • Hutang lapok
  • Untung atau Rugi terhadap pelupusan sesuatu aset
  • Untung/rugi terhadap pertukaran transaksi modal
  • Pekara2 items luarbiasa
PERBELANJAAN DIHADKAN:
Merupakan perbelanjaan yg dihadkan amaun atau dikawal diamana hanya sesetengah amaun tersebut yg dibenarkan ditolak dalam Pendapatan Kasar. Antaranya:
  • Kos sewa pajakan kereta yg melebihi RM50,000/RM100,000 bagi setiap kenderaan
  • Sekatan Faedah pinjaman
  • Perbelanjaan Keraian (Entertainment) iaitu 50% sahaja dibenarkan
  • Perbelanjaan perjalanan dalam dan luar negeri bagi tujuan persendirian pekerja yg melibatkan lawatan keluarga terdekat
  • Bayaran kepada Skim atau Caruman pekerja yg tak diluluskan oleh LHDN
PERBELANJAAN DITOLAK DUA KALI (DOUBLE DEDUCTION) :
Merupakan alat galakan atau inisiatif yg diberikan oleh kerajaan bagi mencapai atau melaksankan sesuatu objektif. Antaranya :
  • Perbelanjaan kos faedah pinjaman terhadap perniagaan kecil
  • Ganjaran/upah bagi 3 bulan pertama setiap pekerja yg berlatih dalam bidang pembinaan
  • Ganjaran/upah bagi pekerja kurang upaya (OKU)
  • Bayaran premuim insuran terhadap kredit export terhadap Syarikat dliluluskan oleh Kem. Kewangan
  • Perbelanjaan syarikat dalam latihan yg terlibat dalam sektor pengeluaran yg diluluskan
  • Perbelanjaan terhadap perniagaan yg melibatkan penyediaan pendidikan peringkat tinggi di Malaysia yg bertujuan promosi ke luar negara dalam institusi pendidikan
  • Kos eksport pengangkutan (freight charges) terhadap produk berasaskan kayu
  • Yuran terhadap syarikat kecil yg menghantar pekerja mereka untuk latihan di NPC, SIRIM, MIT, MARDI, FRIM, CIAST, PSDC, IKM, ITI, GMI atau MTIB
  • Kos penyelidikan seperti yg termaktub dalam Sek 31 A dsb