Sunday, December 7, 2008

CUKAI : DIVIDEN, FAEDAH & DISKAUN (SEKSYEN 4C)

PENDAPATAN DIVIDEN FAEDAH & DISKAUN (SEKSYEN 4C)
DIVIDEN :
Dividen merupakan pengagihan keuntungan oleh syarikat kepada pemegang saham. Pada kebiasaanya pendapatan dividen yg diterima telah dikenakan cukai. Mereka yg menerima dividen hendaklah mengisyhtiharkan dividen semula dalam bentuk dividen kasar dalam Borang Cukai Pendapatan.

Contoh : Si A menerima cek bagi dividen dari satu Syarikat berjumlah RM720 dimana disertakan baucher dividen yg menunjukkan potongan cukai RM280 dan jumlah kasar sebelum dipotong cukai adalah RM1,000. Oleh yg demikian didalam borang cukai perlulah dinyatakan dan dilaporkan dahulu RM1,000 dan bukannya RM720. Si A boleh menuntut tuntutan potongan cukai dividen tadi iaitu RM280 dibahagian Borang Cukai (di bawah bahagian borang penentuan cukai yg perlu dibayar atau bayaran balik cukai - Bahagian C dan Bahagian E). Katakan terdapat kredit (iaitu tiada cukai dibayar dan ianya melebihi tanggungan cukai) maka Si A boleh menuntut amaun yg berlebihan.

Seseorang boleh menuntut potongan cukai atas dividen yg diterima dengan mengemukakan baucher dividen asal.

DIVIDEN YG DIKECUALIKAN CUKAI :

Dividen berikut yg dikecualikan cukai termasuklah :
  • Dividen yg diterima drpd syarikat yg mendapat pelepasan cukai dimana pendapatan syarikat itu mendapat pelepasan dari dikenakan cukai.
  • Dividen yg diterima daripada syarikat kerjasama (Koperasi)
  • Dividen dari amanah saham yg diluluskan oleh Menteri Kewangan seperti ASB dan ASN
  • Dividen dari sesuatu organisasi yg mendapat kelulusan pelepasan cukai oleh Kerajaan dsb.
Bagu tahun 2008 keatas, LHDN telah memperkenalkan konsep "Single Tier" dimana dari sudut penerima dividen boleh melaporkan dividen bersih sahaja dalam Borang Cukai. Ini hanya terlibat kpd organisasi yg memilih untuk mengamalkan konsep tadi iaitu organisasi akan istiharkan dividen dan memotong cukai dividen pada tahun yg sama.

FAEDAH :
Faedah merupakan sejumlah wang yg dibayar kepada penggunaan sejumlah wang yg lain. Biasanya diperolehi dari sumber seperti dibawah yg layak dikenakan cukai:
  • Wang disimpan dlm akaun simpanan dibank atau syarikat kewangan
  • Wang yg diberi pinjam kpd sesorang atau sesuatu entiti
Walau bagaimanpun terdapat beberapa jenis faedah yg diperolehi dikecualikan cukai. Antaranya:
  • Faedah dari Bank Simpanan Nasional
  • Bouns dari Lembaga Urusan Tabung Haji
  • Faedah dari akaun simpanan RM100,000 dari Bank Rakyat, MBSB, BSN atau mana2 dibawah akta BAFIA
  • Faedah dari akaun simpanan tetap dari Bank Pertanian, BSN, Bank Rakyat, atau mana2 dibawah akta BAFIA
Nota : Senarai lengkap boleh didapati di LHDN dan untuk makluman hampir setiap tahun pekara yg melibatkan faedah akan mengalami perubahan.