Sunday, December 7, 2008

CUKAI : PENGAJIAN (SEKSYEN 4B)

JENIS :
Terbahagi kepada 2 jenis : Pendapatan pengajiaan dalam bentuk wang tunai adalah seperti :
  • Gaji, Upah, Elaun & Bonus,
  • Ganjaran, Komisen
  • Cukai pendapatan yg dibayar oleh majikan
  • Bayaran yuran kelab dan persatuan
  • Subsidi untuk pinjaman wang dsb
Pendapatan pengajian dalam bentuk bukan tunai seperti :
  • Manfaat tempat kediaman dan juga kelengkapan rumah
  • Manfaat kereta , pemandu dan minyak
  • Pembantu rumah dsb
Setiap pendapatan pengajian diatas adalah layak dikenakan cukai.

POTONGAN INDIVIDU :
Potongan individu ialah suatu pelepasan yg diberikan kepada individu yg bermastautin sebagai tolakan daripada jumlah pendapatan. Terdapat 2 jenis potongan dibenarkan :

Potongan automatik :
  • Potongan secara bagi pelepasan diri = RM8,000
  • Potongan tambahan (pembayar cukai) yg hilang upaya = RM6,000
  • Potongan isteri = RM3,000
  • Potongan tambahan bagi isteri/suami yg hilang upaya = RM3,500
Potongan hanya diberikan apabila :
  • Perbelanjaan rawatan ibubapa = RM5,000
  • Perbelanjaan atas rawatan penyakit serius bagi individu, isteri & anak= RM5,000
  • Bayaran premium insurans pendidikan atau manfaat perubatan anak2 = RM3,000
  • Bayaran premium insuran nyawa dan EPF = RM6,000
  • Yuran pendidikan bagi mendapatkan kemahiran teknikal,vokasional, industri, saintifik, teknologi, perakaunan dan undang2 (institusi diiktiraf sahaja) = RM5,000
  • Perbelanjan membeli alat sokongan asas individu kurang upaya = RM5,000
  • Anak dibawah 18 tahun = RM1,000
  • Anak kurang upaya = RM5,000
  • Anak sedang belajar di Pengajian Tinggi diiktiraf = RM4,000
  • Perbelanjaan buku, majalah dsb (selain suratkhabar) = RM1,000
  • Pembelian komputer bagi setiap 3 tahun = RM3,000
  • Amaun yg disimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi anak2 = RM3,000
  • Pembelian alatan sukan seperti dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 = RM300
REBAT CUKAI
  • Rebat cukai atas Zakat dan Fitrah
  • Rebat cukai bagi levi pekerja asing (maksimum atas yuran dibayar)
  • Jika pendapatan bercukai (Chargeable Income) tidak melebihi RM35,000= RM350 dan isteri yg tidak memilih pengiraan berasingan atau yg tiada pendapatan = RM350
Sekiranya amaun rebat melebihi cukai yg kena bayar, lebihan tersebut tidak akan dipulangkan atau dijadikan kredit untuk ditolak tahun2 yang lain.

BORANG CUKAI PENDAPATAN

Borang BE - Bagi orang perseorangan yg menerima pendapatan melalui (bukan dari pendapatan perniagaan) :
  • Penggajian
  • Dividen, Faedah dan Diskaun
  • Sewa, Royalti dan Premium
  • Pencen, Anuiti dan Bayaran Berkala
  • Lain-lain Pendapatan
Borang B - Bagi perseorangan yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Borang M - Bagi mereka yang bukan permastatutin.