Monday, December 8, 2008

CUKAI : SEWA, ROYALTI & PREMIUM (SEKSYEN 4D)

PENDAPATAN : SEWA, ROYALTI & PREMIUM (SEKSYEN 4D)

SEWA :
Sewa adalah hasil yg diperolehi kerana memberi kebenaran menggunakan atau menduduki atau memajak premises, tanah atau aset sama ada sepenuh atau sebahagian daripadanya. Sewa boleh diterima sama ada dalam bentuk wang atau sama dengan nilai wang atau dlm bentuk lain.
  • Sewaan premis - rumah, kedai dan tanah; atau
  • Sewaan kenderaan, loji, mesin, perabo dsb
Pembayar cukai boleh menuntut potongan bagi perbelanjaan yg dibuat atas harta berkenaan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan sewa. Antaranya :
  • Cukai tanah dan cukai pintu
  • Insurans api
  • Faedah atas pinjaman (untuk membeli harta tsbt)
  • Belanja pembaikan, penyelenggaraan dsb.
Antara perbelanjaan yg tidak dibenarkan :
  • Bayaran balik pinjaman
  • Perbelanjaan ubahsuai (renovation)
  • Bayaran egen untuk dapatkan penyewa yg pertama sahaja
  • Kos guaman bagi menyediakan penyewaan yg pertama
Terdapat beberapa kes dimana Pembayar cukai ingin menukarkan Pendapatan Sewa ini (Seksyen 4D) sebagai Pendapatan Perniagaan iaitu Business Income (Seksyen 4A). LHDN telah menetapkan syarat2 tertentu seperti dinyatakan dlm Public Ruling 30 June 2004 seperti dilink bawah.

http://www.hasil.gov.my/english/pdf/ruling(1)2004.pdf
(Public Ruling Dividen 2004)

ROYALTI :
Pendapatan royalti adalah layak dikenakan cukai. Royalti ialah wang yg diterima oleh pemilik sesuatu aset atau hak sebagai pertukaran untuk menggunakan aset atau hak tersebut. Royalti adalah wang yg dibayar sebagai ganjaran untuk menerbitkan untuk menerbitkan atau menggunakan :
  • Kerja kesenian dan kesusasteraan
  • Kerja saintifik, formula, model, pelan, paten, cap dagangan
  • Hak cipta, cakera atau pita rakaman atau mana2 hak atau pemilikan
  • Pemindahan hak ke atas harta, ilmu dan maklumat teknikal
Individu yg bermastatutin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan royaltinya sekiranya:
  1. Karya seni (selain lukisan asal) = RM6,000 (amaun dikecualikan cukai)
  2. Cakera atau pita rakaman = RM6,000
  3. Penterjemahan buku atau karya kesusateraan atas permintaan agensi di bawah Kem. Pendidikan atau Peguam Negara = RM12,000
  4. Karya persuratan atau lukisan asal = RM20,000
  5. Gubahan muzik = RM20,000
  6. Persembahan kebudayaan = Bergantung kepada kelulusan Menteri
Walau bagaimanapun, pengecualian di bahagian 3, 5 & 6 tidak terpakai jika bayaran diterima menjadi sebahagian daripada gaji yg diterima oleh individu itu dlm menjalankan tugas rasmi.