/

Monday, December 8, 2008

CUKAI : PERNIAGAAN & PERKONGSIAN (SEKSYEN 4A)

PENDAPATAN PERNIAGAAN :
Pendapatan perniagaan terdiri daripada :
  • Milikan Tunggal (Enterprise)
  • Perkongsian (Partneships)
Pendapatan atau keuntungan hasil daripada aktiviti perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan atas individu yg memiliki perniagaan tersebut. Pendapatan kasar dari perniagaan termasuklah :
  • Penerimaan tunai bagi barang yg dijual dan perkhidmatan yg ditawarkan
  • Semua hutang yg terbit dari barang2 yg dijual atau perkhimatan yg diberikan
  • Pendapatan dan penerimaan berupa barangan. Nilai pasaran barangan tsbt dianggap pendapatan kasar perniagaan
  • Hutang lapuk perniagaan yg pulih. Hutang ini telah dihapuskira dan diperolehi kembali
  • Pampasan insuran yg diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
  • Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri atau diambil tanpa sebarang balasan perniagaan. Nilai pasaran stok tersebut pada masa dikeluarkan dianggap sebagai pendapatan kasar perniagaan
PERBELANJAAN PERNIAGAAN DIBENARKAN:
Merupakan perbelanjaan yg berhubung terus dengan perniagaan secara langsung. Antara perbelanjaan yg dibenarkan:
  • Upah dan gaji pekerja. Di dalam Enterprise upah dan gaji yg dibayar untuk pemilik adalah perbelanjaan yg tidak dibenarkan dan perlu dilaraskan semula.
  • Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan.
  • Sewa yg kena bayar keatas premis perniagaan.
  • Perbelanjaan pembaikan keatas premis dan kenderaan yg digunakan untuk perniagaan
  • Hutang lapuk pulih
  • KWSP and SOCO dsb.
PERBELANJAAN PERNIAGAAN TIDAK DIBENARKAN:
Sebarang perbelanjaan yang berbentuk peribadi dan perbelanjaan modal (Capital Expenditure) adalah tidak dibenarkan di dalam perniagaan Milikan Tunggal ataupun di dalam Perkongsian.
  • Perbelanjaan untuk tujuan persendirian - contoh manfaat kediaman dan apa2 perbelanjaan peribadi.
  • Perbelanjaan pembelian aset peribadi - contoh pembelian perabot dsb.
BORANG CUKAI PERNIAGAAN ENTRPRISE (MILIKAN TUNGGAL):
Bagi setiap perniagaan milikan tunggal, anda perlu menghantar borang2 cukai setiap tahun seperti di bawah:
  • Borang B
  • Borang E - Penyata Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja
BORANG CUKAI PERKONGSIAN:
Bagi perniagaan melalui Perkongsian, perlulah mengisi dan mengantar borang2 cukai seperti di bawah:
  • Borang P - Borang cukai Perkongsian (Partnerships)
  • Borang E - Penyataa Saraan Majikan dan Borang EA bagi pekerja .
Untuk makluman anda tidak perlu lagi menghantar Akaun Perniagaan Milikan Tunggal ataupun Perkongsian ke LHDN.

TANGUNG JAWAB PEMILIK TUNGGAL DAN PENGKONSI:
Simpan semua rekod perniagaan iaitu Penyata Untung Rugi (Income Statement), Kunci Kira-kira (Balance Sheet), Lejar Am (General Ledger) serta rekod2 jualan, belian, stok, resit dan bill2 dan penyata bank selama 7 tahun.

No comments: