Tahap Kesedaran Pembayar
Cukai Masih Kurang Memuaskan Disebabkan
Kurang Kemahiran
KOTA BHARU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati tahap
kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab membayar cukai kepada lembaga itu
masih kurang memuaskan.
Timbalan Ketua
Pengarah (Pematuhan) LHDN, Datuk Dr Siti Mariam Che Ayub berkata, ini
disebabkan ramai di antara mereka, terutama di kawasan luar bandar tidak
mempunyai kemahiran dalam penyimpanan akaun bagi membolehkan membuat pembayaran
mengikut peraturan sebagaimana ditetapkan di bawah akta lembaga itu.
Katanya, LHDN akan
terus meningkatkan gerakan kesedaran di kalangan orang ramai, terutama individu
dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai.
"Di antara
gerakan itu ialah mengadakan Ops Mesra Hasil di seluruh negara dengan
menumpukan di kawasan sasaran," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Ops Mesra Hasil peringkat Nasional Siri 2/2012, di sini Rabu.
Dr Siti Mariam
berkata, sempena operasi selama tiga hari di Kelantan mulai Rabu, pihaknya
mensasarkan serahan notis tuntutan hasil sebanyak 354 kes melibatkan jumlah
tunggakan RM15.90 juta, merangkumi 295 kes individu dan 59 syarikat.
Katanya, operasi yang
diadakan setiap tahun itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan
secara sukarela di kalangan pembayar cukai dan mengurangkan jumlah tunggakan
hasil.
Selain itu, ia juga
bagi membantu meningkatkan kutipan cukai dan membesarkanasas cukai serta
menambah bilangan pembayar cukai baru.
Beliau berkata, antara
aktiviti yang dijalankan semasa Ops Hasil selama tiga hari itu ialah menyerahkan
notis tunggakan hasil dan saman, lawatan banci bisnesuntuk membuat bancian sama
ada pemilik perniagaan sudah mendaftar sebagai pembayar cukai atau belum dan
memberi pendidikan cukai melalui penyebaran risalah di premis perniagaan yang
dilawati.
Katanya, pihaknya
sedia membantu dengan memberi khidmat nasihat kepada pembayar cukai yang tidak
memahami mengenai akaun bagi memudahkan mereka membuat pembayaran.
"Kebanyakan
peniaga yang layak membayar sebagai pembayar cukai tidak membuat rekod
penyimpanan perniagaan yang kemas menyebabkan mereka gagal membuatpembayaran
mengikut peraturan," katanya
BERNAMA
BERNAMA