Pasangan
Doktor Hadapi 33 Pertuduhan Akta Cukai Pendapatan
Pasangan suami isteri doktor perubatan menghadapi
33 pertuduhan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Kaedah-Kaedah Cukai
Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 (KKCP).
Dr. Shafie Abdul Ghafar, 50, yang juga Pengarah Syarikat Kumpulan
Aminin Sdn. Bhd. menghadapi tujuh (7) pertuduhan yang membawa hukuman denda
tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam
bulan bagi setiap satu kesalahan.
Manakala dua puluh empat (24) pertuduhan lagi di bawah Kaedah
10(1) dan Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan)
1994 (KKCP) kerana gagal
membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi
bulan Januari 2011 dan bulan Januari 2012 sehingga Disember 2012 yang berjumlah
RM13,302.10. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak
kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi
atau kedua-duanya sekali.
Isteri beliau, Dr. Siti Rukiah Sa’at, 52, pula menghadapi dua (2)
pertuduhan di bawah
Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana gagal melengkapkan dan menghantar
Borang BE bagi Tahun-Tahun
Taksiran 2013 dan 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman denda
tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan dikenakan.
Bagaimanapun, ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Majistret
Tanjung Malim, pasangan tersebut mengemukakan permohonan untuk menyelesaikan
kes tersebut di luar mahkamah.
Majistret Syahdatul Kamilah Zakri membenarkan permohonan tersebut
dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Ogos ini.
- MalaysiaGazette