Pemain antarabangsa Argentina berusia 25 tahun itu, yang juga pemenang empat kali anugerah Pemain Terbaik Dunia, menyuarakan rasa terkejut dengan tuduhan dari pihak pendakwa raya jenayah kewangan Sepanyol.
“Kami terkejut dengan berita ini kerana kami tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,” kata beliau dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris dikeluarkan menerusi laman sosial, Facebook.
“Kami sentiasa melaksanakan tanggungjawab cukai kami, mengikuti semua nasihat dari perunding cukai kami yang akan membuat penjelasan dalam situasi ini,” kata Messi.
Pemain berkata beliau baharu mendengar tuduhan terhadap beliau menerusi media.
Messi dan ayahnya, Jorge Horacio Messi dituduh memalsukan cukai dalam satu pertuduhan undang-undang yang dibuat oleh pendakwa raya jenayah kewangan, Raquel Amado, dengan satu salinan telah diperolehi oleh AFP.
“Semua itu satu kesilapan, anda harus bertanya dengan pakar cukai dan peguam yang perlu menjelaskannya,” kata ayah pemain itu ketika memberitahu akhbar sukan harian Sepanyol, AS.
“Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya tidak menguruskannya, saya tinggal di Argentina,” kata beliau.
Messi berkata, beliau belum bercakap dengan ayahnya tentang laporan itu.
“Saya tidak perlu bercakap dengannya kerana ia satu kesilapan.
Kenapa saya terkejut dengan beliau?” Dakwaan itu difailkan di sebuah mahkamah di Catalonia, di mana Messi tinggal tetapi hakim boleh mengenepikan kes, me n u r u t satu sumber kehakiman ketika memberitahu AFP.
Jika ia diteruskan, ia merupakan satu kekecewaan besar terhadap maruah Messi, yang sudah lama dilihat sebagai seorang yang merendah diri dalam bola sepak dan terutama sekali jika dibandingkan dengan bintang Re a l Madrid, Crist i ano Ronaldo yang terkenal dengan dunia glamournya.
Pencapaian Messi dalam padang menjadikan beliau sebagai salah seorang atlet sukan paling dikenali dalam dunia penajaan di dunia.
Apa yang pasti, beliau berada dalam ranking ke- 10 atlet sukan menerima pendapatan terbanyak majalah Forbes bulan ini dengan pendapatan t a h u n a n dari penajaan sahaja berjumlah 21 juta euro.
Pemain dan ayahnya dituduh untuk tiga jenayah menipu cukai negara berkaitan dengan pendapatan dari penggunaan imej beliau dari 2006 hingga 2009.
Dakwaan melibatkan pengisytiharaan cukai dibuat pada 2007, 2008 dan 2009.
Pemain dan ayahnya mahu ‘menipu’ pegawai cukai dengan merujuk hak imej Messi kepada syarikat yang berpusat di negeri bebas cukai seperti Belize dan Uruguay, men- ur u t aduan pendakwa raya.
Mereka mencapai perjanjian berkaitan hak imej di Britain dan Switzerland, memastikan pendapatan diperolehi tanpa cukai, kata kertas pendakwaan.
Messi dan ayahnya bersikap ‘sangat kabur’ dengan tindakan pihak berkuasa Sepanyol, kata kertas pertuduhan.
Aduan dibuat di mahkamah di Gava, berhampiran Barcelona dan menuduh mereka menipu cukai berjumlah 1.06 juta euro pada 2007, 1.57 juta pada 2008 dan 1.53 juta pada 2009.
Ayah Messi dituduh menjadi dalang di sebalik skim itu dan didakwa merancang skim itu pada 2005 sebelum anaknya mencecah usia 18 tahun pada 24 Jun tahun itu.
Pendakwa raya berkata Messi kemudian bersetuju dengan taktik ayahnya supaya beliau boleh mengelak sebarang cukai dari pendapatan menggunakan hak imej beliau sepanjang tempoh itu.
Pendapatan berkaitan hak imej termasuk kontrak dengan FC Barcelona, Banco Sabadell, Danone, Adidas, Pepsi-Cola, Procter Gamble dan Kuwait Food Company.
Pendapatan bersih Messi dari hak imej berjumlah 2.56 juta euro pada 2007, 3.82 juta pada 2008 dan 3.80 juta pada 2009, menurut kertas pertuduhan. — AFP