Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin
memaklumkan bahawa mengikut peruntukan subseksyen 107C(1A) Akta Cukai
Pendapatan 1967 (ACP 1967), setiap pembayar cukai syarikat adalah diwajibkan
untuk mengemukakan Anggaran Cukai Yang Kena Dibayar (Borang CP204) dan Pindaan
Anggaran (Borang CP204A) bagi Tahun Taksiran 2018 dan seterusnya secara
e-Filing.
Justeru, pengemukaan Borang CP204 dan CP204A secara manual
(borang kertas) jika dilakukan oleh syarikat adalah DIANGGAP TIDAK DITERIMA
bagi maksud di bawah subseksyen 107C(1A) ACP 1967.
Sesebuah syarikat hendaklah mengemukakan Borang CP204
kepada LHDNM tidak kurang daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi
sesuatu tahun taksiran.
Kegagalan syarikat untuk mematuhi peruntukan undang-undang
tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 120(1)(f) ACP 1967 dan
boleh dikenakan suatu denda tidak kurang RM200.00 dan tidak lebih RM20,000.00
atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.