FAQ


From          :   xxxx 
To               :  mr.radzi@yahoo.com
Subject       :  Potongan Cukai Bulanan
Date           :  6 April 2016

Soalan : 
Salam Tuan,
Saya mempunyai 2 persoalan:

1) Bagi kes individu dengan perniagaan milik tunggal, maka perlu menghantar Borang B. Jika individu tersebut tidak mempunyai pekerja, adakah perlu untuk beliau mendaftar diri sendiri untuk PCB? Adakah PCB wajib untuk diri sendiri bagi individu dengan punca pendapatan tanpa pekerja?

2) Saya bekerja dengan sebuah syarikat. Di samping itu, saya juga ada menerima punca pendapatan daripada perniagaan lain (majikan saya ialah pemilik tunggal). Bagaimana cara untuk saya membuat deklarasi pendapatan saya untuk kedua-dua punca tersebut? Saya juga dibayar kurang daripada RM 2500 oleh majikan pemilik tunggal tersebut tetapi tidak pernah ditolak PCB. 

Harap dapat membantu dalam menjawab persoalan saya.
Terima kasih.

Jawapan :

Salam Tuan,

Untuk makluman pihak Tuan, setiap individu yang menjalankan Perniagaan di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang disytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah cukai pendapatan.
1.  Bagi perniagaan jenis milikan tunggal, sekiranya tiada pekerja maka pemilik perniagaan tersebut tidak perlu mendaftar diri sendiri untuk PCB. Hal ini adalah kerana, PCB adalah merupakan Potongan Cukai Berjadual yang diwajibkan ke atas Individu yang menerima gaji (penggajian) dari majikan kebiasaanya melebihi RM2,800 dan keatas. Cara pemotongan boleh dirujuk melalui jadual PCB yang disediakan dilaman web LHDN.

Untuk makluman, bagi Individu yang menjalankan perniagaan, tiada PCB yang diwajibkan keatas Individu tersebut tetapi pihak LHDN akan mengeluarkan satu borang yang lain iaitu Borang CP500. Borang ini akan menyatakan bayaran ansuran cukai yang perlu dibuat oleh Individu tersebut. Fungsi borang ini adalah sama seperti PCB iaitu ansuran cukai dan pembayaran perlu dilakukan mengikut tempoh masa yang dinyatakan dalam borang tersebut.

2.  Bagi situasi ini, sekiranya Tuan menerima penggajian daripada kedua-dua pekerjaan, maka kedua-dua gaji tersebut perlu diisytiharkan melalui satu borang sahaja iaitu Borang BE. Borang BE ini digunapakai bagi Individu yang menerima penggajian sahaja. Tarikh akhir penghantaran dan pembayaran cukai (sekiranya ada) adalah sebelum 30 April setiap tahun.

Tetapi sekiranya punca pendapatan Tuan adalah dengan menerima penggajian dan menjalankan perniagaan dalam masa yang sama, maka kedua-dua pendapatan tersebut perlu diisytiharkan melalui satu borang iaitu Borang B.  Tarikh akhir penghantaran dan pembayaran cukai (sekiranya ada) adalah 30 Jun setiap tahun.

Mengenai PCB pula, sekiranya gaji Tuan tidak berada ditahap yang diwajibkan bagi pemotongan PCB, maka tiada masalah sekiranya majikan Tuan tidak melakukan pemotongan PCB tersebut.
    
Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

Sekian, terima kasih.

                                                                                                  

From          :   xxxx
To               :  mr.radzi@yahoo.com
Subject       :  Pengisytiharaan Cukai
Date           :  18 Mac 2016

Soalan :

Assalamualaikum...
Saya xxxx, saya dapat maklumat melalui email & website. Saya ada soalan beberapa soalan tentang cukai yang saya tidak faham. Saya baru saja mengambil alih dan tukar nama pemilik sebuah syarikat 'ENTERPRISE' (take over) dari owner yang lama. Jadi saya adalah pemilik tunggal yg baru syarikat ini. Syarikat Enterprise yang baru saja saya ambil alih ini sudah beroperasi hampir selama 10th dan tidak pernah "Declare" cukai.

Soalan Saya :
1.Bolehkah saya pemilik syarikat baru ini "declare" cukai untuk perniagaan yang akan datang saja? tetapi tidak perniagaan yang sebelum ini iaitu "Owner Lama".

2.Adakah saya sebagai pemilik syarikat baru ini akan dikenakan tindakan atau penalti disebabkan "Owner" lama tidak pernah membayar cukai?

3. Setelah "Owner Lama" manarik diri dari syarikat ini, adakah dia masih bertanggungjawab atau LHDN tetap akan mencariya walaupun syarikat ini bukan lagi miliknya setelah namanya sudah dikeluarkan dari SSM atau di Batalkan di SSM?

4. Waktu bilakah saya sebagai pemilik baru syarikat ini boleh Daftar atau Declare pada LHDN?

Semoga pihak tuan dapat menghuraikan dengan jelas soalan soalan saya ini. Saya juga bercadang ingin melantik pihak untuk membuat "Account Declare"untuk syarikat saya, supaya masa akan datang saya mudah berurusan dengan  bank atau apa apa yang berkaitan.



Jawapan :
Assalamualaikum Tuan,
Setiap individu yang menjalankan Perniagaan di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang disytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah cukai pendapatan. Cukai pendapatan tersebut akan jatuh keatas Individu (pemilik) yang akan dikira melalui pengiraan cukai bermula dengan keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka. Pengiraan cukai Individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Tarikh akhir bagi penghantaran dan pembayaran cukai (sekiranya ada) adalah pada 30 Jun setiap tahun.
Bagi pertanyaan Tuan seperti diatas :

1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi perniagaan jenis milikan tunggal tanggungjawab untuk mengisytihar pendapatan akan jatuh keatas individu itu sendiri. Oleh itu, bagi pengisytiharan pendapatan, Tuan perlu mengisytiharkan pendapatan Tuan bermula dari tahun kewangan yang telah diambilalih. Ini adalah kerana cukai bagi perniagaan jenis milikan tunggal akan jatuh ke atas pemilik perniagaan itu sendiri. Sekiranya ingin membuat pengisytiharan bagi tahun sebelum pengambilalihan, maka pemilik sebelum yang perlu membuat pengisytiharaan tersebut.

2. Kebiasaannya tiada penalti yang dikenakan kerana tanggungjawab mengisytiharkan pendapatan perniagaan sebelum ini adalah diatas tanggungjawab pemilik perniagaan sebelum ini.

3.  Pihak kami tidak dapat memastikan samada pemilik lama perniagaan akan dicari oleh pihak LHDN atau tidak selepas pertukaran nama dalam pemilikan perniagaan.

4.  Sebagai pemilik baru perniagaan milikan tunggal ini, tanggungjawab Tuan adalah untuk melakukan pengisytiharaan pendapatan dengan mengemukakan Borang B bermula dari Tahun Kewangan yang telah diambil alih sehingga yang terkini.

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

Sekian, Terima kasih.

                                                                                                                                                                  

From    : xxxx
To        : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Kaedah Pengistiharan Pendapatan Sampingan
Date     : 5 Januari 2016


SOALAN
Assalamualaikum Puan,

Saya baru mendaftar syarikat enterprise saya di SSM pada tahun ini.  Saya juga masih lagi bekerja makan gaji. Maksud saya, saya membuka perniagaan untuk pendapatan sampingan sahaja buat masa ini. Saya sudahpun membuka fail LHDN untuk penggajian pekerjaan tetap saya.

Soalan saya :- 
Bagaimanakah caranya saya mengistiharkan pendapatan sampingan saya dari syarikat enterprise saya.

Jawapan segera daripada pihak Puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


JAWAPAN

Waalaikumussalam Puan,

Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Setiap individu yang menjalankan perniagaan di Malaysia perlu mengisytiharkan pendapatan yang diterima berdasarkan Seksyen 77A(1), Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mengenai persoalan Puan, pendapatan sampingan yang diterima dan pendapatan hasil penggajian perlu diisytiharkan melalui satu borang sahaja iaitu Borang B. Borang B adalah borang bagi Individu Bermastautin yang mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan serta Penggajian. Borang tersebut perlu dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri selewat-lewatnya 30 Jun tahun berikutnya.

Nombor cukai pendapatan yang digunakan oleh Puan sekarang masih kekal, tetapi Puan perlu menukar dari Borang BE iaitu Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Individu yang menerima Penggajian kepada Borang B seperti yang diterangkan sebelum ini. Ini bermakna, bermula Tahun Taksiran 2015, Puan perlu menggunakan Borang B bagi mengisytiharkan pendapatan yang diterima.

Bagi mengisytiharkan pendapatan bagi perniagaan, Puan menyediakan akaun bagi perniagaan yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang betul. Maklumat ini diperlukan bagi mengisi Borang B untuk dihantar ke LHDN selain perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang. Pihak kami menggalakkan Puan supaya mendapatkan khidmat pihak yang lebih arif seperti akauntan dalam mengendalikan akaun Puan.

Harap penjelasan kami ini dapat membantu merungkaikan kekeliruan Puan.


Terima kasih.

                                                                                                                                                                                  

From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Cara Merekod Transaksi Tunai Dari Akaun Peribadi Milikan Tunggal.
Date : 30-11-2015

Soalan :

Assalamualaikum....

Saya baru nak memulakan kerja sebagai kerani akaun disebuah syarikat baru (milikan tunggal). Saya nak tahu samada tunai yang dikeluarkan dari akaun peribadi pemilik milikan tunggal untuk membuat bayaran kepada pemiutang tersebut dianggap sebagai hutang syarikat kepada beliau atau modal perniagaan.

Tanah pemilik tersebut di mana bangunan didirikan perlukah dimasukkan sebagai aset tetap syarikat. Yang mana lebih baik, pemilik milikan tunggal tersebut di beri gaji yang mana akan direkodkan didalam penyata pendapatan ataupun dibuat ambilan yang akan direkodkan dikunci kira-kira.

Jawapan:

Wasalam Cik/Puan,

Terima kasih diatas persoalan yang diberikan.

Perbelanjaan yang dikeluarkan bukan bertujuan untuk perniagaan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan cukai perniagaan. Oleh itu, didalam situasi dimana pemilik perniagaan menggunakan wang persendirian untuk membayar pemiutang, ia boleh direkod sebagai modal pemilik dalam perniagaan.

Berkenaan tanah pemilik pula, samada ingin direkod sebagai aset atau tidak adalah bergantung kepada pemilik perniagaan tersebut sendiri. Dari segi percukaian, aset tanah tiada elaun modal yang boleh dituntut. Elaun modal bagi Aset Perniagaan adalah merupakan satu potongan tahunan yang dibenarkan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan yang mempunyai harta atau aset perniagaan. Potongan elaun ini diberi sebagai potongan daripada Pendapatan Larasan Perniagaan.

Walaubagaimanapun, puan boleh merekod segala perbelanjaan baikpulih atau penyelenggaraan bangunan tempat Puan menjalankan perniagaan tersebut sebagai salah satu daripada perbelanjaan perniagaan Puan.

Berkenaan gaji, terdapat dua cara untuk merekod gaji bulanan dan EPF (sekiranya ada) yang diterima oleh pemilik perniagaan iaitu :

  1. Direkod sebagai ambilan di Kunci Kira-Kira atau.
  2. Direkod sebagai belanja gaji di Penyata Pendapatan
Pendapatan Penggajian dari Milikan Tunggal adalah merupakan pendapatan bagi pemilik. Maka, jika ianya direkod sebagai ambilan di Kunci Kira-Kira, ia tidak akan dilaras semula didalam pengiraan cukai. Pelarasan ialah menambah semula perbelanjaan yang tidak dibenarkan iaitu perbelajaan peribadi dan tidak berkaitan dengan perniagaan tersebut.

Sekiranya gaji direkod sebagai belanja dibawah Penyata Pendapatan, maka didalam proses perngiraan cukai, gaji pemilik ini perlu diselaraskan semula. Ia adalah kerana gaji pemilik adalah dianggap sebagai belanja peribadi atau juga ambilan.

Terima kasih.
                                                                                                                                                                   

From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Ejen Dalam Membuat Penyata Kewangan Syarikat Enterprise.t
Date : 30-11-2015

Soalan :

Assalamualaikum Tuan Radzi...moga dalam lindungan Allah sentiasa.

Maaf tuan saya menganggu..
Saya nak tanya..suami saya telah membuka syarikat enterprises (perkongsian) pada 11 Julai 2012. Sehingga hari ini Syarikat suami saya belum berdaftar dgn LHDN dan tidak pernah lagi membayar cukai kerana tidak tahu yang syarikat enterprises juga wajib membayar cukai sehinggalah saya terbaca di blog tuan.

Kebanyakkan resit dan invois juga sudah tidak ada. Boleh kah Tuan membantu? Adakah Syarikat suami saya memerlukan ejen untuk membuat penyata kewangan kerana suami dan partner memang tidak tahu cara yang harus dilakukan.

Saya berharap agar tuan dapat memberikan jawapan dan pandangan.

Jika Syarikat suami saya ingin menggunakan khidmat Syarikat Tuan Radzi boleh ke.

Terima kasih..

Jawapan :

Assalamualaikum Puan,

Terima kasih diatas pertanyaan yang diberikan. Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf diatas kelewatan membalas email Puan.

Untuk makluman Puan, setiap perniagaan yang dijalankan bertanggunggjawab untuk mendaftar di LHDN dan mematuhi segala pematuhan yang telah ditetapkan oleh LHDN. Mengikut dari maklumat Puan, perniagaan Puan telah dijalankan bermula Tahun 2012.

Tetapi sekiranya perniagaan Puan tidak aktif pada Tahun 2012 dan mula aktif pada tahun selepas itu, maka pendaftaran hendaklah dilakukan sebaik sahaja perniagaan itu aktif. Mengikut maklumat yang Puan berikan, perniagaan ini merupakan perniagaan jenis perkongsian. Oleh itu, pendaftaran yang perlu dilakukan ialah untuk :

i. Pekongsi 1

ii. Pekongsi 2

iii. Perniagaan

Perniagaan seperti diatas bermaksud, entiti perniagaan perkongsian itu sendiri perlu didaftarkan untuk mendapatkan fail nombor cukai. Pada kebiasaannya, perniagaan jenis perkongsian akan membuat perjanjian diantara pekongsi mengenai pembahagian keuntungan dan elaun modal. Tetapi sekiranya tiada perjanjian yang dibuat dan dipersetujui, maka pembahagian keuntungan dan elaun modal hendaklah sama rata iaitu 50% - 50%.

Setiap Individu yang menjalankan perniagaan perlu menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan Seksyen 77A(1). Apabila pekongsi ingin mengisytiharkan cukai individu masing-masing, maka pekongsi harus lah mengistiharkan pendapatan yang diterima dari perniagaan.

Untuk makluman Puan, bagi perniagaan jenis Perkongsian, peniaga perlu menghantar dua jenis borang iaitu:
  1. Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Tarikh akhir bagi penghantaran Borang B ialah 30 Jun tahun berikutnya. (Setiap Pekongsi)
  2. Borang P (Borang Nyata Perkongsian). Tarikh akhir bagi penghantaran Borang P ialah 30 Jun tahun berikutnya.
Adalah dinasihatkan agar Puan menyediakan akaun Perniagaan dengan tepat untuk mendapatkan maklumat Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang betul. Maklumat ini diperlukan bagi mengisi Borang P dan B untuk dihantar ke LHDN selain perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Harap penjelasan kami ini dapat membantu merungkaikan kekeliruan Puan.

Sekian, terima kasih
                                                                                                                                                                                  

From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Cukai Bagi Syarikat Enterprise
Date : 30-11-2015

Soalan :

Assalamualaikum,

Saya ada beberapa kemusykilan mengenai cukai bagi syarikat enterprise. Saya ada mendaftarkan syarikat enterprise pada tahun 2013. Tetapi perniagaan tidak begitu aktif dan tidak dilakukan dengan sistematik kerana dilakukan atas dasar suka2. Namun saya bercadang untuk mula aktif berniaga pada hujung tahun ini dan ingin menguruskan secara lebih sistematik.

Saya ada terbaca mengenai hal ehwal syarikat dan percukaian dan musykil mengenai beberapa perkara.

  1. Sekiranya saya mendaftar dengan LHDN sekarang, adakah apa2 denda akan dikenakan disebabkan tidak mendaftar dari awal penubuhan syarikat?
  2. Adakah syarikat enterprise dibenarkan untuk mengambil pekerja dan adakah gaji pemilik dan pekerja dikira sebagai kos perniagaan? Dan sekiranya ya, apakah dokumen slip gaji diperlukan bagi rujukan pihak LHDN bagi tujuan pengisytiharan cukai nanti? Kerana sebelum ini saya hanya membayar gaji melalui online banking dan tidak ada dokumen slip gaji diberikan kepada pekerja.
  3. Dan sekiranya saya membeli kereta menggunakan nama syarikat, bolehkah ansuran kereta dikira sebagai kos dan bukan perbelanjaan pemilik? Kerana melalui laman web LHDN ada dinyatakan mengenai potongan untuk kereta iaitu tolak lebih dari RM150,000 tetapi saya tidak faham sama ada ia adalah untuk syarikat sdn bhd atau enterprise.
  4. Dan yang terakhir, pendapatan yang dikenakan cukai adalah berdasarkan sales bagi setahun atau untung bersih setahun?
Diharap pihak Tuan sudi menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.

Jawapan :

Terima kasih diatas soalan yang diajukan.
 
Pihak kami akan cuba untuk membantu pihak Puan dalam permasalahan ini.
  1. Mengikut Akta Percukaian 1967 setiap Individu yang menerima sebarang pendapatan di dalam Malaysia perlu mengisytiharkan pendapatan tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.Untuk makluman, sekiranya terdapat cukai yang dikenakan bagi tahun-tahun taksiran sebelum, maka penalti akan dikenakan ke atas cukai tersebut. Penalti akan dikenakan diatas kesalahan kelewatan menghantar borang cukai dan kegagalan membayar cukai yang dikenakan.
  2. Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan untuk mengambil pekerja dan gaji pekerja tersebut boleh ditolak sebagai perbelanjaan perniagaan. Walaubagaimanapun, gaji yang diterima oleh pemilik perniagaan milikan tunggal itu sendiri adalah tidak dibenarkan kerana ini akan dianggap sebagai bukan perbelanjaan perniagaan. Gaji pemilik boleh diletak dibawah perbelanjaan akan tetapi pelarasan perlu dibuat. Pelarasan disini bermaksud setiap perbelanjaan yang bersifat peribadi atau tidak berkaitan dengan perniagaan perlu ditambah semula. Perkara ini disebut sebagai perbelanjaan yang tidak dibenarkan.Oleh itu, kebiasaannya duit/gaji yang diambil oleh pemilik akan diletakkan dibawah akaun ambilan (withdrawing).

    Bagi pembayaran gaji pekerja, adalah lebih baik sekiranya Puan dapat menyediakan slip gaji menyatakan jumlah gaji, potongan epf & socso (sekiranya ada). Jika Puan tidak dapat menyediakan slip gaji , maka penyata pembayaran secara online boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan.
  3. Bagi pembelian kereta atas nama perniagaan, ansuran bulanan tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam perbelanjaan perniagaan kerana ini merupaka pembelian aset dan bukanlah suatu kos perniagaan. Tetapi, faedah atas ansuran bulanan tersebut boleh diambilkira sebagai kos perniagaan.

    Berkenaan penolakan sebanyak RM150,000 seperti yang Puan nyatakan, ia merujuk kepada perbelanjaan modal layak untuk tuntutan elaun modal. Elaun modal ialah jumlah satu potongan tahunan yang dibenarkan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan yang mempunyai harta atau aset perniagaan.

    Bagi aset kenderaan, hanya kenderaan yang tidak dilesenkan untuk tujuan komersil boleh menuntut elaun modal.

    Untuk makluman, bagi aset kenderaan, terdapat had maksima perbelanjaan modal layak untuk tuntutan elaun modal seperti berikut : 
Harga Kenderaan
Tuntuan elaun modal
Kurang dari RM100,000
Harga asal kenderaan tersebut
Lebih dari RM100,000 dan kurang dari RM150,000
RM100,000 sahaja
Melebihi dari RM150,000
RM50,000 sahaja

Elaun modal ini boleh ditolak samada Syarikat atau pun perniagaan milikan tunggal dimana aset tersebut telah diisytiharkan.

4      4.    Cukai akan dikenakan keatas pendapatan bercukai perniagaan tersebut. Pengiraan cukai akan                     dilakukan keatas hasil jualan dan belanja perniagaan. Kadar cukai boleh dirujuk di lawan web LHDN            iaitu http://www.hasil.gov.my .
       Di bawah ini adalah contoh pengiraan cukai.
                                                                                                                                               

RM
Keuntungan / (Kerugian)  bersih
XXX
Tambah : Perbelanjaan tidak dibenarkan
XXX
Pendapatan terlaras
XXX


Tolak      : Elaun modal
(XXX)
Pendapatan Berkanun
XXX


Tolak      : Pelepasan
XXX
Pendapatan Bercukai
XXX


    Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Puan.

     Sekian, Terima kasih.
                                                                                                                                                                                                                 

From: xxxxxx 
To: mr.radzi@yahoo.com 
Subject: Perkhidmatan Menyediakan Full Set Of Account
Date  : 30-11-2015

SOALAN

Assalamualaikum,

Saya mempunyai sebuah syarikat Enterprise yang telah didaftarkan pada tahun 2010. Pada minggu lalu saya telah diberikan surat oleh pihak LHDN untuk mengemukakan Penyata Kewangan, Pengiraan cukai  & dokumen sokongan bagi tahun 2011, 2012 & 2013.

Untuk pengetahuan pihak tuan, pada tahun 2011 saya tidak membuat sebarang pengisytiharaan dengan pihak LHDN memandangkan syarikat yang baru ditubuhkan.

Saya mula membuat pengisytiharaan cukai pendapatan bermula pada tahun 2012 sehingga sekarang. Namun saya hanya menyediakan anggaran penyata pendapatan untuk dijadikan rujukan bagi menghantar Borang B kepada LHDN setiap tahun.

Maka dengan itu saya mempunyai masalah untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak LHDN sekarang.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanya adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan untuk menyediakan Full Set Of Account (Akaun Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan Lejer-lejer), Pengiraan Cukai Pendapatan berserta soft copy?

Jika ya, berapakah caj yang dikenakan bagi perkhidmatan tersebut?

Terima kasih.

JAWAPAN
Waalaikumussalam Tuan,

Terima kasih diatas pertanyaan yang diberikan. 

Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf diatas kelewatan membalas email Tuan.

Setiap Individu yang menjalankan Perniagaan di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang disytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah cukai pendapatan. Cukai pendapatan tersebut akan jatuh keatas Individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka. Pengiraan cukai Individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Borang B ini perlu dihantar ke LHDN selewat-lewatnya 30 Jun tahun berikutnya.

Adalah dinasihatkan agar Tuan menyediakan akaun bagi Perniagaan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang tepat. Maklumat ini diperlukan bagi mengisi Borang B untuk dihantar ke LHDN selain perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Dalam penyediaan akaun bagi Perniagaan, pihak Tuan perlulah menyimpan segala resit-resit perbelanjaan dan baucer jualan sepanjang tempoh perakaunan tersebut. Selain itu, penyata bank juga penting dalam proses penyediaan akaun.

Hasil daripada akaun yang disediakan, pengiraan cukai dibuat termasuk pelarasan cukai (Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967) dan elaun modal bagi setiap tahun perniaagaan.

Pihak kami ada menyediakan perkhidmatan Percukaian (Pengiraan cukai dan penghantaran Borang B kepada LHDN) dan Perakaunan (Penyata pendapatan dan perbelanjaan, Kunci Kira-kira dan lejer-lejer). Sekiranya pihak Tuan berminat untuk mendapatkan khidmat kami, sebutharga perkhidmatan Radzi & Co akan diemelkan kepada pihak Tuan.

Semoga jawapan ini dapat membantu.


Terima kasih.
                                                                                                                                                                                                                 

From: xxxxxx
Subject: Mahu Daftar Sendirian Berhad
SOALAN

Salam encik...saya telah daftar Enterprise awal tahun 2014 ni,Saya ada terbaca ttg kelebihan Sdn Bhd daripada Enterprise. Berapakah pendapatan minima bulanan utk daftar Sdn Bhd?Sekiranya purata bulanan pendapatan utk tahun pertama Enterprise 10k-20k adakah layak utk memohon daftar Sdn Bhd?Sekiranya layak,berapa peruntukan caj keseluruhan sehingga siap daftar Sdn Bhd utk 2 Ahli Lembaga Pengarah sekiranya menggunakan khidmat Radzi.Co?Perniagaan lebih kepada pembekal...(perkilangan).

JAWAPAN

Salam Puan, Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk makluman pihak Puan, tiada sebarang pendapatan minima yang perlu dipenuhi untuk menubuhkan sebuah Syarikat Sdn. Bhd. Bagi menubuhkan Syarikat, berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi : Mengikut Seksyen 122(1) : i. Setiap Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang Pengarah dan dua (2)

Pemegang Saham, dimana setiap seorang itu mempunyai tempat bermastautin di Malaysia atau hanya di dalam Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. ii. Warganegara luar juga boleh menjadi Pengarah Syarikat sekiranya Syarikat mematuhi Seksyen 122(1). Dimana syarat-syarat kelayakan seorang Pengarah ialah : 
1. Berumur 18 tahun keatas 
2. Tidak disabitkan atau dipenjarakan didalam atau diluar Malaysia diatas sebarang kesalahan. 
3. Bukan merupakan seseorang bankrap yang tidak mendapat pelepasan daripada mahkamah.

Disini pihak kami akan menyenaraikan tanggungjawab entiti dari sudut:





Pihak kami menawarkan pakej bagi penubuhan Syarikat bermula dari harga RM2,200 dan keatas dimana terdapat 4 pakej yang disediakan. Puan boleh melayari laman web kami www.rundingsyarikat.com untuk maklumat lanjut.
Diharap jawapan ini dapat sedikit sebanyak membantu permasalahan Puan.
Terima kasih.

                                                                                                                                                                                                                 
From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Khidmat percukaian

SOALAN

Salam En. Radzi, Saya berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian & khidmat nasihat daripada syarikat tuan. Untuk pengetahuan, syarikat syarikat saya baru berusia setahun lebih dan sebelum ini masih tidak pernah membuat pengistiharaan cukai kepada lhdn. Cuma sekarang saya terbuka hati untuk melakukannya setelah membaca isi kandungan daripada website tuan. Bagaimanakah proses / prosedur yang perlu saya buat sebelum saya berjumpa dengan tuan dan berapakah anggaran cas perkhidmatan ini?

JAWAPAN

Salam Tuan, Terima kasih kerana Tuan sudi untuk melayari website kami dan juga berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian dan nasihat daripada kami.
Sekiranya pihak Tuan ingin mendapatkan perkhidmatan kami iaitu penyediaan akaun dan penghantaran borang cukai, kami akan memberikan sebutharga(quotation) kepada Tuan. Setelah ditandatangani, barulah pihak kami akan memulakan dengan proses penyediaan akaun Tuan seterusnya penghantaran Borang Cukai.
Selain itu, kami juga memerlukan maklumat asas seperti nilai jualan setahun, aktiviti Perniagaan dan sebagainya bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan quotation untuk pihak Tuan.
Untuk makluman pihak Tuan, Individu yang menjalankan Perniagaan Milikan Tunggal perlu menghantar Borang B (Borang untuk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan). Borang ini perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya. Sekiranya pihak Tuan ingin datang ke firma kami, diminta kerjasama pihak Tuan bagi membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan boleh membuat temujanji dengan menghubungi pihak kami di nombor yang terdapat didalam website. Diharap maklumbalas dari kami ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Tuan.

Terima kasih.

                                                                                                                                                                                                            
From: XXXXXX
To: mr.radzi@yahoo.om
Subject: Penggunaan maklumat dalam borang B untuk buat Penyata Pendapatan dan kunci kira-kira

SOALAN

Salam En Radzi...saya ingin bertanya bolehkah Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira yang ada dalam borang B digunakan untuk buat Penyata Pendapatan dan kunci kira-kira yang sah untuk syarikat..syarikat saya adalah sebuah syarikat enterprise yang menjalankan franchise...
harap tuan dapat membantu selesaikan masalah saya.

JAWAPAN
Salam Puan,
Terima kasih diatas soalan yang diberikan.

Untuk makluman Puan, setiap Individu yang menjalankan Perniagaan adalah dinasihatkan untuk menyediakan akaun perniagaan bagi mendapatkan Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Semua maklumat ini akan diisi ke dalam Borang B seperti yang dilakukan oleh Puan.

Berdasarkan situasi Puan yang ingin menggunakan maklumat yang terdapat didalam Borang B sebagai Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira adalah tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya maklumat yang di isytihar didalam borang tersebut adalah tepat. Ini adalah kerana, sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, maka ianya boleh memberi masalah kepada Puan di masa hadapan jika pihak LHDN meminta maklumat selanjutnya.

Oleh itu, adalah dinasihatkan agar Puan untuk menyediakan akaun bagi Perniagaan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang tepat. Maklumat ini yang perlu diisi kedalam Borang B dan perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang. Contoh dilampiran 1 adalah proses yang perlu dilalui bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk Borang B.

Sekiranya perlu, pihak Puan boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif seperti akauntan, dalam perkara-perkara berkaitan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira Perniagaan Puan.

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu puan.
Sekian, Terima kasih.








                                                                                                                                                                                                                     
From : XXXXXX
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Dokumen yang diperlukan bagi syarikat enterprise

SOALAN : 

Saya seorang surirumah. Saya baru sahaja mendaftarkan sykt saya di ssm pada 27/5/2014 sebg sykt enterprise. Aktiviti utama ialah perniagaan network marketing secara online dengan menjual produk telekomunikasi dan bahan bercetak seperti buku dan flyers secara dropship. Kebanyakan pendapatan adalah dari komisyen yang dibyr sykt utama dan hasil jualan runcit produk secara dropship. Soalan saya. 

1. Oleh sebab semua transaksi adlh secara online, cukupkah hanya dengan penyata transaksi akaun bank semasa yang telah     saya khaskan utk bisnes ini? Atau saya perlukan dokumen lain untuk menyokong 
2. Bagaimana prosedur untuk mendapatkan khidmat pihak tuan jika saya berminat untu menggunakan servis akaun utk jun-dis     2014 dan utk cukai 2015. 
3. berapakah kosnya? sebab ia adalah akaun backdate dari jun. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. 

Terima kasih.

JAWAPAN :

Salam Puan,
Terima kasih diatas soalan yang diberikan.

1. Seperti yang dimaklumkan oleh Puan dimana Puan telah menjalankan bisnes secara online dan semua transaksi adalah dilakukan melalui bank. Sekiranya Puan membuka satu akaun diatas nama perniagaan untuk kegunaan bisnes , maka penyata akaun itu amatlah diperlukan bagi proses penyediaan akaun.
Selain dari penyata bank, dokumen lain seperti resit-resit perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Puan dalam menjalankan perniagaan ini juga diperlukan. Contoh resit perbelanjaan ialah bil internet, telefon dan bil elektrik. Jika Puan ada menyimpan rekod hasil jualan dan belian (sekiranya ada), dokumen ini juga diperlukan bagi membantu untuk menyediakan akaun.

2. Untuk makluman pihak Puan, sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan kami iaitu penyediaan akaun dan penghantaran borang cukai, kami akan memberikan sebutharga(quotation) kepada Puan. Setelah ditandatangani, barulah pihak kami akan memulakan dengan proses penyediaan akaun Puan.
Untuk makluman pihak Puan, Individu yang menjalankan enterprise perlu menghantar Borang B (Borang untuk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan). Borang ini perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Diharap jawapan ini dapat membantu sedikit sebanyak permasalahan Puan.

Terima kasih.



                                                                                                                                                                                                                  
From : XXXXXXX
To     : mr.radzi@yahoo.com
Subject: syarikat dormant

SOALAN :

Salam...saya hendak bertanya berkenaan LHDN.. Saya adalah salah seorang penama disebuah syt warga asing yg menjalankan perniagaan dan membuka branch di malaysia sebagai Syarikat S/B dan sudah lama tidak beroperasi lebih kurang 4 thn disebabkan tidak ada pendapatan dan pekerja..saya juga tidak bekerja lagi dgn Syarikat tsbt. Setiausaha Syarikat tidak memaklumkan kpd LHDN ttg perkara ini shingga skrg..

1. Apakah tindakan yg harus sy lakukan berkenaan dgn situasi ini?
2. Apakah sy akan dikenakan penalty disebabkan nama sy digunakan dlm syt tsbt?.
3. Jika ingin memaklumkan kpd LHDN tentang situasi ini apakah sy kena mrujuk kpd setiausaha lama ?

Terima Kasih..

JAWAPAN :

Salam Puan,
Terima kasih atas soalan-soalan yang diberikan.
Untuk makluman Puan, setiap Syarikat Sdn. Bhd. Yang bermastautin di Malaysia sama ada aktif atau tidak aktif perlulah mengisytiharkan pendapatan mereka berdasarkan kepada Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Pendapatan yang diisytiharkan akan digunakan untuk pengiraan Cukai Pendapatan.

Oleh itu, berkenaan dengan pertanyaan Puan :

1. Puan harus memaklumkan kepada pihak LHDN sama ada secara bertulis atau terus ke pejabat cawangan LHDN yang terdekat berkenaan keadaan Syarikat tersebut supaya pihak LHDN boleh memberikan nasihat untuk langkah seterusnya yang perlu diambil oleh pihak Syarikat bagi menyelesaikan permasalahan Syarikat tersebut. Berkemungkinan Syarikat akan dikenakan penalti sekiranya didapati pihak Syarikat telah melanggar atau gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Percukaian 1967.

2. Untuk makluman pihak Puan, Syarikat dan Pengarah merupakan dua entiti yang berbeza. Kebiasaannya penalti akan dikenakan atas Syarikat, tetapi Pengarah haruslah berusaha untuk mencari penyelesaian agar tiada tindakan dikenakan keatas pengarah itu sendiri oleh pihak LHDN.

3. Adalah dinasihatkan sekiranya pihak Puan bekerjasama dengan Setiausaha Syarikat yang lama bagi mendapatkan kepastian status Syarikat tersebut agar memudahkan pihak Puan dalam memberikan maklumat kepada pihak LHDN nanti.
Diharap jawapan ini dapat membantu sedikit sebanyak permasalahan Puan.
Terima kasih.


                                                                                                                                                                                                              
From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Registration of business

QUESTION

I am Ms XXXXXX, I own a tuition centre. I register the business at 3 September 2013. However, I have yet register my business as a taxpayer under IRB as I do not know the necessity. What should I do and what will happen to me or my business?



Regards,
Ms Toh

ANSWER

Dear Ms XXXXXX,

Thanks for the question.

For your information, any business incorporated in Malaysia is responsible to register and comply with all compliance requirements set by the IRB. Therefore, any income received during business conducted must be declared to the IRB. Income tax imposed will fall on individuals (the owner) if the business is registered as sole proprietorship or Enterprise, but if the business incorporated as a Company then the income tax will fall on the company itself.

First of all, you are required to register with IRB to get income tax file number. After done with registration, you must comply with all compliances set by IRB. One of the compliances is to submit tax return.  A tax return is a form used to declare income and tax imposed. Different form is used for different entity.
In this situation, you must submit Form B. Form B is a return form of Individual who is residents and have business income (sole proprietorship) or partnership (the partner) under Section 4 (a) - 4 (f) of the ITA 1967. The completed form must be submitted no later than 30 June every year.
Once the form is submitted to the IRB, if there is any balance of tax to be paid, then you are required to pay within the specified time or you will be subject to 10% penalty under Sec. 103 ITA 1967 for late payment. In addition, if you made a late submission of your tax return, then you will be subject to penalty under Sec 112(3) ITA 1967.

It is advisable for you to provide an account for your business. Tax will be calculated if the business has Chargeable Income (taxable income). To identify whether you have Chargeable Income or not, you need an account to show the profit or loss of the business and tax will be calculated based on the taxable income. This process can be seen through example in Appendix 1.

Hope this simple explanation answers all your queries.

Thanks.




                                                                                                                                                   CUKAI ENTERPRISE

Salam,

Saya ada satu pertanyaan mengenai cukai Enterprise. Syarikat Enterprise saya baru sahaja bermula bulan September 2013 dan pendapatan sehingga hujung tahun 2013 adalah kurang RM 100, 000. Apakah syarat wajib membayar cukai Enterprise.

Terima kasih.

JAWAPAN

Salam Tuan.

Untuk makluman pihak tuan, bagi perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise), cukai yang diisytiharkan adalah tertakluk kepada Individu iaitu Pemilik Perniagaan. Oleh itu, keuntungan @ kerugian Perniagaan dikira sebagai pendapatan Individu. Maka kadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan kepada jadual cukai Individu. Pengisytiharan cukai Individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang untuk Individu Bermastautin yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan)

Langkah pertama adalah pihak Tuan haruslah merekodkan semua transaksi Perniagaan Tuan termasuk semua pendapatan, kos langsung dan juga perbelanjaan untuk menghasilkan keuntungan @ kerugian Perniagaan dalam menghasilkan pengiraan cukai.

Seterusnya, keuntungan @ kerugian Perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula iaitu mencampurkan semula perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan cukai seperti susutnilai, gaji pemilik Perniagaan serta menolak elaun modal yang terhasil daripada pengiraan aset tetap bagi menghasilkan pendapatan berkanun berdasarkan kepada Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967. 

Kemudian pendapatan berkanun ini akan dicampurkan dengan pendapatan lain (sekiranya ada) dan barulah ditolak dengan pelepasan cukai yang diberikan seperti diri sendiri, isteri, anak-anak, EPF & insurans dan lain-lain. Pendapatan bercukai akan terhasil daripada pengiraan ini dan akan dikira cukai daripada nilai ini.

Kadar cukai yang akan ditaksirkan adalah berdasarkan kepada jadual yang boleh didapati di dalam laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berdasarkan situasi Tuan, pengiraan cukai perlu dibuat dan ditaksirkan bagi mengetahui kedudukan cukai tersebut. Dikenakan cukai atau tidak, bergantung kepada pengiraan percukaian yang dibuat.

Pihak Tuan juga haruslah membuat pendaftaran cukai iaitu pendaftaran cukai Individu di LHDN untuk mendapatkan nombor cukai Individu bagi membolehkan pihak Tuan mengisytiharkan pendapatan perniagaan Tuan.

Sekian, terima kasih.

Semoga membantu.

                                                                                                                                                                                                                      


PERTANYAAN TENTANG PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL


From : XXX
To:  mr.radzi@yahoo.com
Sent: Dec 10, 2013 1:22 pm
Subject : Perniagaan Milikan Tunggal


Soalan :
Assalamualaikum En Radzi

Saya XXX dari Bt Caves. Saya ada menjalankan perniagaan dengan bapa saya (partnership) yang telah didaftarkan pada 22 Disember 2011 dan akaun company juga telah dibuka selepas hari tersebut.

Namun kerana sebab musabab yang tak boleh dielakkan akaun syarikat kami tidak aktif dan saya telah membuka current akaun atas nama saya. Saya tak tutup lagi akaun syarikat dan setiap transaksi saya masuk dalam current akaun saya sendiri.

Saya menjalankan perniagaan kain dari India dan Pakistan. Saya sebenarnya mempunyai Sdn Bhd juga dengan supplier saya dari Pakistan. Jadi kebanyakan kargo yang dihantar masuk ke Malaysia menggunakan syarikat saya yang berkongsi dengan ayah saya. Namun semua transaksi saya masukkan dalam akaun current dan saving saya.


1) Bilakah saya perlu membayar cukai untuk syarikat yang saya kongsi dengan ayah saya?

2)Sekiranya akaun syarikat saya itu tidak aktif lagi bagaimanakah pengiraan cukai itu diambilkira?

Jawapan :
1.Setiap individu yang menjalankan perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang disytiharkan akan jatuh pada individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka. Pengiraan cukai individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang utk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan).
Oleh kerana perniagaan Puan adalah perkongsian (partnership), Borang P juga perlu dihantar bersama-sama dengan Borang B itu nanti.Borang P adalah untuk mengisytihar pemilik perniagaan dan juga untung rugi perniagaan.Tarikh untuk menghantar BorangP dan B tersebut adalah 30 June dan begitu juga dgn pembayaran cukai (sekiranya ada).

2.Sekiranya perniagaan Puan masih lagi aktif (terdapat transaksi keluar masuk) walaupun menggunakan akaun sendiri, transaksi terbabit akan diambilkira sebagai transaksi perniagaan. Puan hendaklah menyimpan invois-invois untuk merekodkan jualan dan belian bagi syarikat tersebut. Sekiranya segala transaksi perniagaan menggunakan akaun Puan sendiri, segala transaksi tersebut hendaklah di isyhtihar dengan betul dgn mengeluarkan segala transaksi yang tidak melibatkan perniagaan.

Sekian. Harap dapat membantu.


PARTNERSIHP ENTERPRISE




                                                                                                                                                                     From: XXX
To: mr.radzi@yahoo.com 
Sent:
 Thursday, June 13, 2013 3:41 PM
Subject:
 service business partnership enterprise company of interior design & schematic drawing.

Salam En. Radzi,

Saya baru sahaja memulakan perniagaan “Partnership Enterprise” seni reka bentuk dalam dan hiasan pada bulan Januari tahun ini, disini saya ada beberapa pertanyaan tentang syarikat “Enterprise” saya.
1.  Adakah saya perlu mengaudit syarikat saya pada akhir tahun dan mengapa ?
2. Pernah membaca blog En. Radzi menyatakan syarikat “Enterprise” akan dikira cukai individu, saya tidak berapa faham  dengan cara pengiraan cukai dan kalau “Partnership Enterprise” bagaimana pula?
3. Adakah cukai akan dikira dari gaji saya dan rakan kongsi saya ataupun dari keuntungan syarikat.
4. Syarikat saya ditubuhkan pada Januari tahun ini dengan menggunakan aset-aset sendiri untuk menjalankan perniagaan servis saya untuk mengeluarkan reka bentuk dan lukisan. Pada bulan Jun baru mendapat pembayaran dari klien pertama. Bagaimanakah saya hendak mengira cukai yang saya perlu bayar.
5. Bagaimanakah saya hendak mendapat cara pengiraan cukai yang betul untuk syarikat “Partnership Enterprise” saya.

Harap dapat membantu 

Terima Kasih

Salam.


Soalan 1

Adakah saya perlu mengaudit syarikat saya pada akhir tahun dan mengapa ?

Jawapan:

Bagi status Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian, Akaun Perniagaan tidak perlu diaudit (Perniagaan Milikan Tunggal tidak perlu melantik mana-mana Juruaudit luar), kerana ianya tidak dinyatakan di dalam Akta Perniagaan.  Maka, ianya bukan satu kewajipan untuk mengaudit Syarikat Tuan.

Kebiasaannya bagi Perniagaan Milikan Tunggal, akaun disediakan adalah bagi tujuan perkara-perkara berkaitan: 

      ·         cukai perniagaan
      ·         memohon pinjaman
      ·         memohon lesen
      ·         lain-lain perkara

Oleh itu, ianya hanya perlu menyediakan perakaunan lengkap yang mengandungi perkara-perkara berikut:

       ·         Kunci Kira-kira
       ·         Penyata Untung Rugi
       ·         Penyata Penyesuaian Bank
       ·         Senarai Penghutang (Debtor Aging)
       ·         Senarai Pemiutang (Creditor Aging)
       ·         Lejar Am (General Ledger)
       ·         Imbangan Duga (Trial Balance) dll

*Dokumen ini boleh digunakan untuk dihantar kepada pihak yang berkaitan.
** Dokumen ini juga perlulah disimpan selama 7 tahun mengikut Akta Cukai.

Soalan 2

Pernah membaca blog En. Radzi menyatakan “Company Enterprise” akan dikira cukai individu, saya tidak berapa faham  dengan cara pengiraan cukai dan kalau “Partnership Enterprise” bagaimana pula?

Jawapan:

Bagi perniagaan Milikan Tunggal dan juga Perkongsian, keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu. Oleh yang demikian, kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai individu. Tidak seperti Syarikat Sdn. Bhd. di mana cukai Syarikat Sdn. Bhd. ditanggung oleh Syarikat dan bukan individu dan kadarnya berdasarkan cukai Syarikat.

Soalan 3

Adakah cukai akan dikira dari gaji saya dan rakan kongsi saya, ataupun dari keuntungan syarikat?

Jawapan:

Setiap Enterprise memang diperlukan untuk mengisytiharkan cukai daripada keuntungan Perniagaan. Keuntungan dari perniagaan Milikan Tunggal itu sendiri akan dikira sebagai cukai individu, tidak kira Tuan bekerja sendiri atau makan gaji. 

Sekiranya Tuan bekerja makan gaji tetapi tidak ada perniagaan, Tuan perlulah menghantar Borang BE dan tarikh akhir penghantaran borang tersebut ialah pada 30 April tahun berikutnya.

Sekiranya Tuan bekerja makan gaji dan mempunyai perniagaan sendiri, Tuan perlulah menghantar Borang B (Enterprise) atau Borang P (Partnership) dan tarikh akhir penghantaran borang tersebut ialah pada 30 Jun tahun berikutnya.

Pendapatan Pengajian dari Milikan Tunggal mahupun Perkongsian adalah merupakan Pendapatan bagi Pemilik dan Rakan Kongsi.  Oleh yang demikian, gaji yang diterima akan dikira sebagai Pendapatan ataupun Ambilan (Drawing) dan ianya bukanlah kos perniagaan tersebut.

Dalam pengiraan cukai, Pendapatan dari pekerjaan akan ditambah semula (dilaraskan semula) sebagai sebahagian daripada keuntungan Perniagaan.

Oleh yang demikian, pengiraan jumlah pendapatan seperti berikut,

Pengajian dari “Enterprise” + Keuntungan dan kerugian perniagaan “Enterprise" 
= Jumlah Pendapatan

Soalan 4

Syarikat saya ditubuhkan pada Januari tahun ini dgn mengunakan aset-aset sendiri untuk menjalankan perniagaan servis saya untuk mengeluarkan reka bentuk dan lukisan. Pada bulan Jun, baru mendapat pembayaran dari klien pertama. Bagaimanakah saya hendak mengira cukai yang saya perlu bayar?

Jawapan:

    ·        Cukai akan dilaraskan di atas pendapatan bercukai. Untuk kes Tuan, tidak semestinya ianya akan dikenakan cukai. Ianya perlulah dikira terlebih dahulu melalui pengiraan cukai.
      ·         Tuan boleh mendapatkan nasihat daripada yang pakar.

Seperti dimaklumkan setiap entiti Perniagaan Enterprise dan Perkongsian tarikh tutup perakaunan yang berdasarkan kepada Akta Cukai adalah setiap 31 Disember. Oleh yang demikian perniagaan ini perlu ditutup bersama akaun kewangan dan menyediakan pengiraan cukai yang terbabit.

Soalan 5

Bagaimanakah saya hendak mendapat cara pengiraan cukai yang betul untuk syarikat “Partnership Enterprise” saya.

Jawapan:

Cara pengiraan cukai untuk Enterprise bagi menghasilkan Chargeable Income (Pendapatan Bercukai) adalah sama dengan Syarikat Sdn. Bhd.. Oleh yang demikian, keuntungan atau kerugian perniagaan seperti di dalam akaun akan dilaras semula berdasarkan kepada pengiraan cukai bagi menghasilkan “Chargeable Income”. Kemudian “Chargeable Income” (Pendapatan Bercukai) ini akan ditambah dengan lain-lain pendapatan (sekiranyaada) dan barulah ditolak dengan pelepasan yang diberikan seperti Individu, Isteri, Insuran, EPF dan sebagainya. Secara ringkasnya apabila telah mendapat jumlah “Chargeable Income” tadi barulah dikira seperti secara pengiraan cukai individu.

Contoh pengiraan:

Keuntungan / kerugian (seperti didalam akaun)                                          RM XXX,XXX
(Ditambah semula dengan Gaji Pemilik)
Tambah          : Perbelanjaan-perbelanjaan tidak dibenarkan                    RM XXX,XXX
Tolak              : Elaun Modal                                                                   (RM XX,XXX)
Tolak              : Pelepasan (Diri, Isteri, EPF, Insuran &etc)                      (RM XX,XXX)
Pendapatan Bercukai (Chargeable Income)                                               RM XXX,XXX
Cukai (Berdasarkan Jadual Individu)                                                         RM XXX,XXX
(Chargeable Income x Peratusan cukai Individu)

Oleh itu,semakin besar keuntungan perniagaan Tuan, semakin tinggi pula cukai dikenakan. Kadar cukai bagi Enterprise dan Rakan Kongsi adalah berdasarkan kadar cukai individu.


Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.


                                                                                                                                                     
COMPANY REGISTRATION (1)



QUESTION :

Hello. I received commission from companies where I Recommend business opportunities to them. After that they will pay me the comission. The problem is, I don't have any company registered.

Should I register myself as a 'individu' or 'syarikat'?


ANSWER :
A. Income chargeable to tax is the income earned from business activity or a profession, an employment or a passive activity. Types of income earned from such activities include business income or profession, employment, rental, dividend, interest, discount, royalty, premium, pension and others.

a) Individual
Refers to a person or natural person. For the purpose of income tax, Individual is defined as a person other than a company or a registration.

b) Enterprise
An unincorporated business with one owner who pays personal income tax on profits from the business

c) Company ( Sdn. Bhd. )
A company which is incorporated under Company Law and it has shareholders with limited liability


B.Based on the explanation, you may choose to declare one of the above situations. Based on your current situation.

a) If you do not have any business, the income received will be put in terms of comission or in salary.

b) If you declare the income under Enterprise, you must submit the amount to Inland Revenue Board of Malaysia.

c) If you declare the income under Company, the amount also must be submitted to Inland Revenue Board of Malaysia

C. When you declare income under Enterprise and Company, you may claim expenses occurred for generate that income such as petrol and toll.

But when you declare the income under Enterprise or Company, you may incur some cost such as Accounting and Taxation fees in order to complete Form B.

Hope this explanation helps. Thank you.

                                                                                                                                                 
COMPANY REGISTRATION (2)


QUESTION :
Hello, I received commission from companies where i recommend business opportunities to them and they will pay the commission to me. The problem is, I don't have any company registered.

When do I have to pay my tax. Is it before 30/04/2013 or 30/06/2013


ANSWER :
Declaration to pay tax to Inland Revenue Board is depending on when your received the commission.

a) If the commission received in Year Assessment 2012 :
i.   30 April 2013 ( Individual )
ii.  30 June 2013 ( Enterprise )
iii. 31 July 2013 ( Company )

b) If the commission received in Year Assessment 2013 :
i.   30 April 2014 ( Individual )
ii.  30 June 2014 ( Enterprise )
iii. 31 July 2014 ( Company )

Hope this explanation helps. Thank you.


COMPANY REGISTRATION (3)



QUESTION :
Hello. I received commission from companies where I Recommend business opportunities to them. After that they will pay me the commission. The problem is, I don't have any company registered.If i report the individual tax, can I deduct expenses ( such as petrol, toll ) from my commission received?


ANSWER :

When you declare income under Enterprise and Company, you may claim expenses occurred for generate that income such as petrol and toll.But when you declare the income under Enterprise or Company, you may incur some cost such as Accounting and Taxation fees in order to complete Form B.Hope this explanation helps. Thank you.


PERBELANJAAN PERNIAGAAN

















                                                                                                                                                           
SOALAN
Assalamualaikum En Radzi,

Saya nak tanya En Radzi tentang cara file Borang P.


1. Saya memulakan dobi business pada Mei 2012. Saya nak tanya tentang kos mesin basuh itu boleh masukkan ke dalam "kos jualan" atau dalam ruang "perbelanjaan".


2. Untuk pengetahuan Encik dalam " Pendapatan Perniagaan" dalam borang P, saya juga akan masukkan kos mesin itu dalam ruang "Perbelanjaan yang tidak benarkan". Lepas itu, saya akan claim "elaun modal" sebanyak 20% daripada kos mesin.


Adakah itu betul?

Terima kasih.


JAWAPAN
Waalaikumussalam Puan,

1.    Dalam perniagaan dobi Puan, mesin basuh merupakan aset perniagaan memandangkan aset tersebut digunakan sepenuhnya. Oleh itu, kos mesin basuh tidak dikategorikan sebagai kos jualan. Sebaliknya ianya akan dikategorikan sebagai aset, atau harta perniagaan Puan. Oleh kerana ianya merupakan aset atau harta, maka perniagaan Puan boleh menggunakan belanja susutnilai dalam perniagaan Puan.

 2.    Bagi pengiraan cukai pula, belanja susutnilai ini akan dilaras semula dimana belanja ini tidak dibenarkan. Namun ianya akan digantikan semula dengan Elaun Modal. Kadar Elaun Modal bergantung kepada jenis Aset Perniagaan tersebut. Puan boleh merujuk pada LHDN website bagi mendapatkan kadar Elaun Modal dan Elaun Tahunan setiap tahun.

 Untuk makluman pihak Puan, belanja tidak dibenarkan merupakan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai dalam menghasilkan cukai yang kena bayar. Ini dinamakan PELARASAN CUKAI iaitu perbelanjaan tersebut akan dilaraskan iaitu dicampurkan semula kepada Untung Bersih Syarikat atau dihadkan kepada sesuatu amaun . Antaranya adalah :

a)    Derma dan sumbangan melainkan tempat yang telah diluluskan oleh LHDN.
b)    Susut nilai
c)    Ganjaran dan pelbagai kemudahan kepada Pemilik Tunggal atau juga Rakan Kongsi
Harap ini membantu.


                                                                                                                                                 
Syarikat Enterprise dan Income Tax

SOALAN

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya. Saya mempunyai syarikat enterprise yang ditubuhkan pada tahun 2009. Saya ingin mengambil alih sebagai pengarah pada tahun 2012. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar syarikat dengan LHDN dan adakah LHDN akan mengenakan denda kerana kelewatan ini.

Adakah kenderaan yang dibeli atas nama saya tetapi digunakan untuk bisnes diambil kira dalam perniagaan syarikat.

Harap dapat membantu. Terima kasih.


JAWAPAN
Waalaikumsalam Puan,

 Apabila sesebuah syarikat telah didaftarkan di bawah SSM, secara tidak langsung syarikat perlu mendaftar di bawah LHDN juga. Tidak kira sama ada syarikat Enterprise atau Sendirian Berhad (SDN.BHD). Bagi perniagaan Puan, Puan boleh mendaftar di LHDN mengikut tahun perniagaan Puan beroperasi

Sebagai contoh, perniagaan Puan ditubuhkan pada 2009 dan kemungkinan perniagaan Puan tidak memulakan sebarang operasi, perniagaan Puan mungkin beroperasi pada tahun 2012. Operasi yang dimaksudkan adalah perniagaan Puan mempunyai sebarang transaksi dalam perniagaa. Jadi, perniagaan Puan perlu mendaftar di LHDN bermula pada tahun 2012.

Bagi kenderaan yang digunakan untuk perniagaan tetapi dibeli atas nama sendiri, ia boleh diambil kira dalam pengiraan akaun dan cukai perniagaan Puan. Bagi elaun modal untuk kenderaan tersebut, ia akan dikira berdasarkan peraturan-peraturan yang telah termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan.

Harap ini membantu.

                                                                                                                                                      
ENTERPRISE - PERCUKAIAN
















SOALAN 
 Salam en radzi,

Saya budak baru belajar. Skrg ni saya involve dengan stock exchange. Saye nak kemukakan beberapa soalan dan mintak pandangan en radzi mengenai pendaftaran syarikat. 

 1) Saya plan untuk daftar SSM sebagai enterprise. Tp xde idea n x tahu nak letak nama yg sesuai, dan juga di dalam bidang perniagaan atau business nature, since saye bleh dikatakan hampir 100% jual beli saham sahaja. 

 2) Daripada segi tax pulak mcm mana? Saya ada baca kat blog en radzi company enterprise dia akan kira cukai individu. Maksudnye mcm mana tu? Untuk makluman saya mmg xpernah bekerja n sebelum2 ni byk kerja sendiri sahaja. 

 3) Apa pendapat en radzi sekiranya saya bukak company enterprise tu, dan at d same time saya declare gaji saya, cth : rm5000 sebagai director dan di situ saye tolak epf dari 5k tu. So mcm mana? Adakah tindakan saya tu wajar ataupun xperlu buat mcm tu?

4) Merujuk soalan ke 3, mcm mana pula dari segi cukai? Adakah saya perlu declare cukai gaji saya dan juga company? Agak2 kalau kena cukai tu berapa? Ini kerana kebanyakan bank bila nk buat loan kereta or rumah lg kerja sendiri diorg ckp bila byr income tax sng nk buat loan. 

 5) Bagaimana untuk mengurangkan cukai bagi company n jugak individu? Dan apa kebaikan kalau saya upah consultant untuk kira cukai saya? Dan en radzi ada x mana2 consultant untuk pengiraan cukai yg bleh saya hire dan cas nye mcm mana? 

 Setakat ini sahaja soalan saya. Mintak maaf byk2 kalau byk sgt soalan. Mntak tunjuk ajar dari sifu mcm en radzi. Terima kasih.

JAWAPAN

Wslm.

1) Saya plan untuk daftar SSM sebagai enterprise. Tp xde idea n x tahu nak letak nama yg sesuai, dan juga di dalam bidang perniagaan atau business nature, since saye bleh dikatakan hampir 100% jual beli saham sahaja.


- Untuk mendaftar Enterprise, Tuan boleh menggunakan nama Tuan sendiri atau menggunakan nama selain nama sendiri. Sekiranya Tuan menggunakan nama sendiri caj RM30.00 dikenakan ketika pendaftaran di SSM tetapi caj berlainan dikenakan sekiranya Tuan menggunakan selain nama sendiri.

-  Bagi bidang perniagaan pula, Tuan boleh mendaftar bidang apa-apa sahaja tetapi salah satu mestilah ada perkaitan dengan jual beli saham.

 2) Daripada segi tax pulak mcm mana? Saya ada baca kat blog en radzi company enterprise dia akan kira cukai individu. Maksudnye mcm mana tu? Untuk makluman saya mmg xpernah bekerja n sebelum2 ni byk kerja sendiri sahaja. 

-  Setiap enterprise memang dikenakan cukai dan keuntungan dari perniagaan enterprise itu dikira sebagai cukai individu tidak kira Tuan bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.

-  Sekiranya Tuan bekerja makan gaji tetapi tidak ada perniagaan, Tuan perlulah menghantar Borang BE dan tarikh terakhir penghantaran Borang tersebut ialah 30 April tahun berikutnya.

 -  Sekiranya Tuan bekerja makan gaji tetapi ada perniagaan, Tuan perlulah menghantar Borang B dan tarikh terakhir penghantaran Borang tersebut ialah 30 Jun tahun berikutnya.

3) Apa pendapat en radzi sekiranya saya bukak company enterprise tu, dan at d same time saya declare gaji saya, cth : rm5000 sebagai director dan di situ saye tolak epf dari 5k tu. So mcm mana? Adakah tindakan saya tu wajar ataupun xperlu buat mcm tu?

-  Seperti yang saya terangkan di atas, pihak Tuan perlu mengisi Borang B. Jika Tuan mengambil gaji tetapi perniagaan Tuan rugi, cukai tetap dikira atas gaji yang diambil kerana gaji yang diambil akan ditambah balik.


4) Merujuk soalan ke 3, mcm mana pula dari segi cukai? Adakah saya perlu declare cukai gaji saya dan juga company? Agak2 kalau kena cukai tu berapa? Ini kerana kebanyakan bank bila nk buat loan kereta or rumah lg kerja sendiri diorg ckp bila byr income tax sng nk buat loan. 

-  Cukai yang dikenakan bergantung kepada keuntungan tahun itu dan berapa gaji yang Tuan ambil. 


 5) Bagaimana untuk mengurangkan cukai bagi company n jugak individu? Dan apa kebaikan kalau saya upah consultant untuk kira cukai saya? Dan en radzi ada x mana2 consultant untuk pengiraan cukai yg bleh saya hire dan cas nye mcm mana? 

- Cukai yang dibayar oleh Syarikat dan Individu bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada tahun itu.

-  Untuk pengetahuan Tuan, pihak kami ada menyediakan pengiraan cukai bagi Syarikat dan juga Individu. Kadar yang dikenakan bergantung kepada kerja-kerja yang perlu diselesaikan seperti menyediakan akaun, membuat pengiraan cukai dan menghantar Borang cukai kepada LHDN.

Harap ini membantu.


                                                                                                                                                     
PERNIAGAAN TUNGGAL (ENTERPRISE)



SOALAN :
Assalamualaikum..

1. kedai saya telah ditengelam banjir. abis semua fail-fail lama tengelam dan memang tak dapat diselamatkan. harus buat report dengan LHDN tak?

saya guna excel saja untuk buat akaun. dalam komputer masih ada copy. cuma bab dokumen memang abis.

2. perbelanjaan kereta.

2a. saya telah membeli kereta baru pada tahun 2010. oleh kerana pada tahun 2010 saya tak berapa untung, jadi saya tangguh elaun modal ke tahun 2011. bolehkan cara sebegini?

2b. oleh kerana perniagaan yg sangat slow pada tahun 2011, nak ambil elaun modal, akan menjadikan perniagaan saya rugi. jadi, boleh tangguh lagi atau macamana?

2c. perbelanjaan berkaitan kenderaan ialah petrol (rm300 sebulan) dan servis (lebih kurang rm500 setiap 3 bulan) dikira dalam perbelanjaan perniagaan (bawah pengangkutan kalau tak silap). boleh ke perbelanjaan ni dikira tapi elaun modalnya belum diambil?

2d. boleh atau tidak digunakan kaedah rental? hanya amaun yg kita bayar ke bank sahaja dikira sebagai perbelanjaan? (dan mengabaikan terus tentang elaun modal.)

2e. perlukah satu kertas untuk istihar kenapa belanja petrol perniagaan RM300 sebulan? saya ada catat kenapa rm300 sebulan (marketing, hantar barang, product briefing dll berkaitan perniagaan). tiada sokongan resit2 untuk petrol.

3. untuk makluman saya membayar cukai (minima, untuk tujuan pengesahan pinjaman) dan zakat.
3a. katakan jumlah cukai dikenakan ialah rm1500. disebabkan saya dah bayar zakat rm1500, saya tak perlu bayar cukai. tapi sebab saya nak slip bayar cukai (tujuan pinjaman), saya cuma letak zakat rm1400, saya bayar cukai rm100. bolehkah kaedah ini?

3b. saya berniaga di negeri Johor (MAIJ) tapi ingin membayar zakat di negeri Perlis (MAIPS). dibenarkan tak oleh LHDN?

terima kasih. semoga ilmu semua diberkati Allah.

JAWAPAN :
Wslm,

... saya cuba membantu ...

Quote:
1. kedai saya telah ditengelam banjir. abis semua fail-fail lama tengelam dan memang tak dapat diselamatkan. harus buat report dengan LHDN tak? saya guna excel saja untuk buat akaun. dalam komputer masih ada copy. cuma bab dokumen memang abis.>

Tak perlu Tuan report ke LHDN. Cuma mungkin akan menimbulkan masalah dari pihak Tuan ... sekiranya pihak LHDN meminta atau ingin memeriksa dokumen yg berkaitan di kemudian hari.


2. perbelanjaan kereta.

2a. saya telah membeli kereta baru pada tahun 2010. oleh kerana pada tahun 2010 saya tak berapa untung, jadi saya tangguh elaun modal ke tahun 2011. bolehkan cara sebegini?
2b. oleh kerana perniagaan yg sangat slow pada tahun 2011, nak ambil elaun modal, akan menjadikan perniagaan saya rugi. jadi, boleh tangguh lagi atau macamana?

Penangguhan Elaun Modal ... tak boleh Tuan. Ianya akan tetap digunakan setiap tahun .. walaupun Perniagaan tersebut Untung atau Rugi.

Elaun Modal adalah merupakan satu potongan tahunan yang dibenarkan ke atas Aset Perniagaan dalam maksud pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan. Elaun ini diberi sebagai potongan daripada Pendapatan Larasan Perniagaan (Adjusted Business Income).

Dalam erti kata lain, didalam terma perakaunan terdapat perbelanjaan dinamakan SUSUTNILAI. Namun begitu di dalam PERCUKAIAN, perbelanjaan SUSUTNILAI ini tidak dibenarkan (Unallowable) tapi sebaliknya akan digantikan dengan terma ELAUN MODAL (CAPITAL ALLOWANCE). ELAUN MODAL ini dikira berbeza sedikit berbanding cara kita mengira SUSUTNILAI. Malah terdapat beberapa jenis assets atau harta yang tidak mendapat ELAUN MODAL seperti Ubahsuai Bangunan (Renovation), Bangunan (Building) dan sebagainya.

Perniagaan akan rugi ... Sebenarnya Elaun Modal ini hanya wujud didalam pengiraan cukai perniagan Tuan. Ianya tidak wujud dalam Penyata Kewangan perniagaan (Akaun) Tuan.

Ambil Elaun Modal ... Pekara Elaun Modal ini adalah tetap .... maksudnya ianya akan tetap dikira dalam Pengiraan Cukai ... walaupun rugi atau untung. Sekiranya perniagaan Tuan mengalami kerugian ... maka elaun modal tersebut akan dibawa kehadapan tahun hadapan dan ini dinamakan Elaun Modal Terkumpul.

Didalam perniagaan biasa terdapat 2 pekara yg boleh dibawa ke tahun-tahun hadapan :

1. Elaun Modal Terkumpul
2. Kerugian Terkumpul

Kedua2 ini adalah pekara yg besar dan bernilai. Malah ada yg menggunakan ianya sebagai satu alat untuk mengurang cukai. Oleh yg demikian pandangan umum bahawa Syarikat yg rugi tidak mempunyai nilai... fikirkan kembali ...


2c. perbelanjaan berkaitan kenderaan ialah petrol (rm300 sebulan) dan servis (lebih kurang rm500 setiap 3 bulan) dikira dalam perbelanjaan perniagaan (bawah pengangkutan kalau tak silap). boleh ke perbelanjaan ni dikira tapi elaun modalnya belum diambil?

Secara amnya ... sebarang perbelanjaan (Perbelanjaan yg sebenar) yang berkaitan dengan dalam penghasilan Pendapatan ... maka perbelanjaan tersebut dibenarkan (Dalam konteks Percukaian).


2d. boleh atau tidak digunakan kaedah rental? hanya amaun yg kita bayar ke bank sahaja dikira sebagai perbelanjaan? (dan mengabaikan terus tentang elaun modal.)

Konsep Rental ... kalau konsep ini digunakan maka perbelanjaan ini akan dilaraskan semula oleh pihak LHDN. Ini adalah kerana "Rental" yg dibayar adalah kepunyaan Pemilik perniagaan. Maka ianya adalah merupakan satu Ambilan dan bukan kos perniagaan kepada Pemilik. Oleh yg demikian, pada peringkat awal ... ianya merupakan satu kos (perbelanjaan) ... dan apabila ianya dilaraskan ianya akan merupakan satu Ambilan (Bagi Perniagaan Milikan Tunggal). ... so berhati2


2e. perlukah satu kertas untuk istihar kenapa belanja petrol perniagaan RM300 sebulan? saya ada catat kenapa rm300 sebulan (marketing, hantar barang, product briefing dll berkaitan perniagaan). tiada sokongan resit2 untuk petrol.

Berdasarkan kepada penerangan Tuan ... ianya merupakan satu ELAUN. Maka ianya merupakan pendapatan Tuan .... atau dalam bahasa Perniagaan Tunggal ... ianya merupakan satu Ambilan dan bukanya KOS perniagaan Tuan.

Yang sebaiknya adalah melampirkan resit2 dan invoices ... konsep "one to one basis". Setiap perbelanjaan dinyatakan di atas tadi perlukan dokumen sokongan.

Marketing ... tiada kos yg dinamakan Marketing. Marketing ini adalah merupakan perbuatan atau kerja .. dan bukannya Kos.

Hantar Barang ... Kos yg nyata adalah Duit Minyak (Resit), Duit Lori (Invoice), Duit Tol (Resit), Duit Driver (Upah - Nama dan Kerja Dibuat),Duit Parking (Resit) dsb. Oleh yg demikian ... perlukan detail yg lengkap terhadap pekara "Hantar Barang". Dan kalau setakat hantar barang sahaja ... kemungkinan kos ini akan dihadkan (Dibenarkan separuh atau sebagainya oleh pihak LHDN).

Produk Briefing ... adalah satu sifat kerja .. dan bukannya kos. Melainkan Tuan mengupah orang lain. Tak logik kalau ... Perniagaan Tuan membayar kepada Tuan atas produk briefing yg sendiri Tuan lakukan.

General Expenses ... ramai yg membuat dan meletakkan pekara (item) ini dalam Penyata Kewangan mereka yg merupakan satu kos perniagaan. Pada hakikatnya ... apakan itu General Expenses (Perbelanjaan Am)? ... kerana setiap perbelanjaan mempunyai nama dan sifatnya. Kebiasaanya pihak LHDN akan tidak membenarkan perbelanjaan ini. (Unallowable Expenses). Kita perlu berhati2 bagi mengelakkan dicukai atas kesilapan diri sendiri.

3. Untuk makluman saya membayar cukai (minima, untuk tujuan pengesahan pinjaman) dan zakat.
3a. katakan jumlah cukai dikenakan ialah rm1500. disebabkan saya dah bayar zakat rm1500, saya tak perlu bayar cukai. tapi sebab saya nak slip bayar cukai (tujuan pinjaman), saya cuma letak zakat rm1400, saya bayar cukai rm100. bolehkah kaedah ini?

Hehehehhehe ... tak pernah orang buat begini . Pada kebiasaanya pihak yg memberi pinjaman (Bank etc) ingin melihatkan akan Penyata Cukai atau Borang Cukai yg telah diserahkan kepada LHDN. Sekiranya terdapat Cukai dibayar ... mereka memerlukan akan dokumen sokongan terhadapnya. Mereka akan menilai sendiri akan pinjaman tersebut.

Pandangan ... Tuan tak perlu membuat cara yg demikan ... kerana akan menambah rumit pekara cukai Tuan nanti .. apatah lagi apabila pihak LHDN membuat audit atas perniagaan Tuan.


3b. saya berniaga di negeri Johor (MAIJ) tapi ingin membayar zakat di negeri Perlis (MAIPS). dibenarkan tak oleh LHDN?

Dari sudut LHDN ... tiada masalah .... Dari segi agama ... yg afdal adalah ditempat Tuan berniaga.


terima kasih. semoga ilmu semua diberkati Allah.
Insyallah .... Amin

                                                                                                                                                    From: xxx@yahoo.com
To: "mr.radzi@yahoo.com" 
Sent: Monday, October 24, 2011 8:50 PM
Subject: masalah cukai enterprise


Assalamualaikum..
Saya ade soalan mengenai cukai. Ayah saya ade perniagaan enterprise.lepas ayah saya meninggal, saya yang mengmbil alih perniagaan.tapi saya xpernah membayar cukai sejak 2007.jadi baru-baru ini saja baru tahu saya perlu mambayar cukai.msalahnya skang ne akaun syarikat mg xde since ayah meninggal.y ade juz statement bank.

Macam mana saya nak buat pengiraan untuk pendapatan sekirany resit2 hilang?saya baca pihak lhdn nk tgk bukti resit2 2 kalo kena audit..yang saya ade hanya baucer bayaran.risau betul saya lepas dpt tahu saya perlu buat pembayaran cukai.

JAWAPAN:
Wslm,

1. Cukai dibayar ...walaupun pemunya telah meninggal, tanggungjawab terhadap cukai ... iaitu terdapatnya cukai kena bayar kepada LHDN ... maka perlu dibayar oleh pewarisnya. Ini termaktub dalam Akta Cukai.


2. Cukai dikenakan apabila terdapat pendapatan bercukai. Maksudnya Tuan perlu menyediakan Akaun Perniagaan dan membuat pengiraan cukai bagi memastikan sekiranya terdapat cukai dikenakan. Untuk makluman sesuatu perniagaan belum pasti dikenakan cukai. Sebaliknya pengistiharan terhadap perniagaan itu adalah wajib.


3. Penyata Kewangan ... pihak Tuan boleh menyediakan Akaun Perniagaan berdasarkan dokumen-dokumen yg ada dan juga secara anggaran yang munasabah. Tuan boleh memperolehi maklumat transaksi melalui :

a. Penyata Bank
b. Keratan Buku Cheque
c. Sales Invoices
d. Statement dari Creditors
e. Payment dan Petty Vouchers dsb.


4. LHDN ... pihak LHDN boleh melihat bukti-bukti seperti resit-resit, penyata bank dan sebagainya ... sekiranya perlu. Ini adalah salah satu keperluan tapi bukan kemestian. Ianya bergantung kepada budi bicara pihak LHDN. Sebagai panduan, pihak Tuan menyerahkan segala dokumen yg diminta oleh pihak LHDN dan menerangkan juga akan situasi akan kekurangan dokumen yg terlibat.

Oleh yg demikian, Tuan perlu menyediakan Akaun Perniagaan bagi tahun yang terbabit berdasarkan dokumen-dokumen yg ada bagi isu cukai perniagaan tersebut.

Harap ini membantu.

Radzi


SYARIKAT SDN BHD DAN MILIKAN TUNGGAL




                                                                                                                                                   

From: xxx@yahoo.co.uk>
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 24, 2011 12:45 AM
Subject: Nak Tanya ?

Assalamualaikum Tuan Radzi,

Adapun pertanyaan yang ingin saya tanyakan iaitu :

1. Diandaikan hasil penjualan syarikat sebulan lebih kurang RM45,000 syarikat apa yang sesuai untuk ditubuhkan? Sdn.Bhd atau Enterprise? (sekarang ni saya ada Enterprise)

2. Saya ada rancangan ingin membuka kedai wangian, kos projek 60k,kerana modal saya kurang,saya nak mohon loan daripada SME Bank. Sekarang saya tengah siapkan RANCANGAN PERNIAGAAN dah sampai tahap akhir (aspek kewangan) tapi saya kurang yakin ianya berjaya di keranakan tiada cagaran. Saya ada cerita dengan kawan pasal perniagaan ni dan dia minat nak join. Yang saya nak tanyakan dengan tuan, bagaimana cara pembahagian keuntungan dan bagaimana kalau perniagaan rugi? untuk pengetahuan tuan semua urusan perniagaan, saya yang jalankan. Kawan saya bagi modal sahaja.

Terima Kasih,


JAWAPAN :
Salam Tuan,

1. Jualan Syarikat .. RM45,000 sebulan ... setahun RM45,000 x 12 = RM540,000. Secara amnya perniagaan Tuan ... boleh dikatakan agak maju dan berdaya saing.

Cukai : Cukai yg dikenakan atas Perniagaan Milikan Tunggal akan lebih dikenakan berbanding dengan Syarikat Sdn. Bhd. .. sekiranya Pendapatan Bercukai melebihi RM250,000.


Kadar Cukai RM250,000 = Perniagaan Milikan Tunggal (Individu) = 26%

Kadar Cukai RM250,000 = Syarikat Sdn. Bhd. = 20%

Beza = 6% = RM15,000 ... semakin tinggi semakin besar amaunya.

Disini ... Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai kelebihan dari segi Cukai.

Pandangan saya :

a. Dengan kadar momentum Jualan ketika ini .. bersesuaian Tuan bagi menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd.

b. Kelebihan yg lain ... memudahkan mendapat Facilities Bank (termasuk OD) dan bantuan2

c. Pengistiharan Dividen .... Perniagaan Tunggal dan Perkongsian tidak boleh melakukan pekara ini.

d. Perancangan Cukai yg lebih berkesan ke atas Syarikat Sdn. Bhd.

e. Pemilik Milikan Tunggal (Enterprise) tidak dilindungi oleh SOCSO ... ini adalah Akta. Sesuatu yg merugikan kepada Individu yg menjalankan perniagaan di atas Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise)... dsb.

2. Pembahagian Keuntungan :

a. Di dalam Perniagaan Rakankongsi ... keuntungan atau kerugian boleh dibahagikan secara Persetujuan Bersama. Namun risiko akan Liabiliti Tak Terhad memainkan isu utama. Maksudnya ... perniagaan dan individu ini boleh dikenakan mahkamah sekiranya gagal membayar hutang piutang dari pihak ke 3.

b. Bagi Syk Sdn. Bhd. ... tindakan hanya setakat Syarikat Sdn. Bhd. sahaja ... dan ianya tidak akan menyentuh Para Pengarah Syarikat Sdn. Bhd. (selagi ianya tidak menjamin secara kapasiti Individu).

Di dalam Sykt Sdn. Bhd. pembahagian keuntungan boleh dilakukan dengan :

a. Menyediakan Akaun Joint Ventures - Iaitu Entiti Syarikat Sdn. Bhd. dengan entiti perniagaan lain ( samada Sykt Sdn. Bhd., Milikan Tunggal mahupun Perkongsian). Pilihan ini akan menyebabkan banyak Akaun Perniagaan perlu disediakan. Bagi sesetengah ... ianya merumitkan. Biasanya diamalkan bagi tujuan perniagaan yg besar.

b. Pembahagian melalui pengistiharan Dividen. Para Pemegang Saham akan mendapat Dividen yg diistiharkan oleh Syarikat.

Harap ini membantu.

RADZI 
CA(M)

                                                                                                                                                           SYARIKAT SDN BHD - BILA CUKAI DITAKSIRKAN




From: xxxxxxxx 
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Thu, March 31, 2011 1:48:07 AM
Subject:

assalam en radzi, saya xxxxxx ingin bertanya bilakah cukai perniagaan dikenakan sekiranya syarikat ditubuhkan pada mei 2010. bagaimana lhdn mengetahui syarikat sudah memulakan perniagaan adakah melalui bank statement? saya menjalankan syarikat pelancongan tetapi lesen pelancongan saya hanya akan dapat pada mei 2011.tetapi wang sudah dimasukkan melalui perniagaan lain untuk memudahkan saya membuat pinjaman. boleh tolong saya en.radzi?


JAWAPAN :
Salam Tuan,

1. Cukai Perniagaan Dikenakan .... yg sebetulnya Taksiran Cukai Perniagaan ... sebab tak semestinya kena cukai.

Ditubuhkan Mei 2010 ... Taksiran Cukai hanya boleh dilakukan selepas Penyata Kewangan Syarikat Sdn. Bhd. ditutup iaitu selepas di audit. Didalam kes ini :

a. Tarikh tutup kewangan boleh dilakukan pada 31 December 2010 ... dan Taksiran Cukai bagi Syarikat adalah 30 Jun 2011.

b. Tarikh tutup kewangan juga boleh dilakukan pada 31 Januari, atau 28 February sehingga 30 April ... maka Taksiran Cukai adalah pada 6 bulan selepas tarikh tutup akaun.

2. Terdapat berbagai cara pihak LHDN mengetahui sesuatu Perniagaan .... antaranya secara pemeriksaan, Salinan Invois dari pihak kerajaan, Auidot Cukai dan macam2 lagi.

3. Pekara mendapat lesen adalah pekara yg lain dan tidak menjadi isu besar bagi pihak LHDN ... malah pihak LHDN hanya berminat terhadap isu2 dan pekara2 berkaitan dengan percukaian sahaja. Cara dan bagaimana duit perniaagan itu dimasukkan pula, perlu diberi perhatian sewajarnya ... yg paling penting kesemua Pendapatan perlu diistiharkan.

Terima kasih.

... semoga membantu.


Radzi


CA(M)

                                                                                                                                              
CUKAI : STATUS PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN





Salam tuan,


Saya dapat email tuan daripada website tuan http://ca2on9-tax.blogspot.com. Saya ada satu soalan berkaitan cukai. Begini tuan, apakah jenis cukai yang dikenakan bila seseorang mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun bank orang lain?

Saya diberitahu oleh seorang kenalan, cukai dikenakan 28%-30% bila akaun seseorang itu ditransfer amount sebanyak RM200K. Sekiranya kurang daripada RM200K tidak dikenakan cukai. Saya sudah puas mencari jawapan di dalam internet untuk mengesahkan info dari kenalan saya itu tapi tidak berjumpa tentang cukai tersebut sehinggalah saya terjumpa website tuan di atas.

Harap tuan dapat membantu saya.

Terima Kasih Tuan.

JAWAPAN :

Salam,
Jenis Cukai : Mendeposit sejumlah wang ke akaun bank orang lain
a. Si A ... masukkan duit ke si B berjumlah RM200K.
.....> Tiada Cukai .... sekiranya duit tersebut merupakan PINJAMAN atau DEPOSIT
.....>Cukai Perniagaan .... sekiranya penerima (siB) menjalankan perniagaan dan ianya merupakan pendapatan perniagaan bagi SiB.
.....>Lain-lain Cukai ... seperti Cukai Pendapatan (Seksyen 4c hingga 4d) bergantung kepada jenis Pendapatan seperti Komisyen atau Sewa dsb.

Amaun kurang 200K tidak dikenakan cukai adalah tidak betul. Konsep Percukaian setiap PENDAPATAN akan ditaksiran tak kira besar atau kecil maka disini isunya adakah duit RM200K itu adalah PENDAPATAN bagi siB sekiranya bukan maka ianya tidak dikenakan cukai.

Bagi Si A  duit yang diberi kepada si B merupakan :
1. Pinjaman atau Deposit dari si A  maka siA tidak akan dikenakan sebarang cukai.
2. Kos bagi si A dan siA membuatbayaran ke siB ... maka pembayaran tersebut merupakan PENDAPATAN bagi si B dan ianya akan ditaksirkan cukai.

semoga ini membantu.

Wslm.

Radzi
CA (M)

                                                                                                                                                                    
CUKAI HARTANAH (RPGT)





Soalan :

Salam en. radzi,
Saya nak tanya berkenaan tax yg di kenakan atas disp of property.

Pd awal 2007, co. beli property 2.3juta. kemudian di sewakan dr bln march 2007 hingga march 2008. bln oktober 08, property di jual dgn harga 3.5 juta. Selain dr dpt income fr rental, ujud juga other income fr gain on disp of property sebyk 1.3juta.
Persoalannya...
- gain 1.3 juta tu kena cukai tak?
- adakah tertakluk pada cukai sykt or RPGT?
- Aset tu dipegang tk sampai setahun..adakah kena RPGT?
- Legal fee yang incurred during beli n jual aset tersebut, adakah perlu di addback dlm tax comp?

Harap en radzi dpt membantu saya dlm menyelesaikan masalah di atas. Diucapkan ribuan terimakasih.

Jawapan :
Salam Noriza,
A. Terdapat 3 andaian disini:
1. Jenis perniagaan syarikat adalah "Property"...iaitu jual, beli dan penyewaan adalah aktiviti Syarikat
2. Syarikat tersebut tidak menjalankan aktiviti "Property"...iaitu menjalankan perniagaan lain dan menjadikan Property itu sebagai asset Syarikat.
3. Syarikat menjalankan perniagaan General Trade....terdapat didalam klaus perniagaan (M & A)

.... p/s: Syarikat Hartanah atau Real Property Company.....perlu merujuk kepada Akta Percukaian....Terma & Syarat tertentu

Disini saya andaikan Syarikat tersebut bukan menjalankan aktiviti "Property".Oleh yg demikian :
a. Property .....jenis property....ianya penting sebab ianya mempengaruhi jenis Pendapatan ... samada ianya boleh dikategorikan sebagai Pendapatan Perniagaan (Business Income) Seksyen 4(a)... ataupun Pendapatan Sewa (Rental Income) Seksyen 4(d).... untuk makluman setiap Seksyen mempunyai cara pengiraan dan syarat2 tertentu.

Kita andaikan bahawa "Property" itu adalah kilang ..... maka ianya boleh diklassifikasikan sebagai Pendapatan Perniagaan (Seksyen 4a)....sekiranya ianya Lot Kedai atau Tanah ....ianya akan jatuh kepada Pendapatan Sewa (Seksyen 4d)....pastikan syarat2 tertentu dipatuhi.

b. Keuntungan RM1.3 itu... akan tertakluk kepada RPGT
c. Cukai Syarikat atau RPGT? .... ianya merujuk soalan saya diatas.... Apakah nature atau aktiviti perniagaan Syarikat?...sekiranya Syarikat bukan menjalankan aktiviti "Property" maka ianya akan jatuh kepada RPGT.
d. Namun kalau ada dalam klaus M & A .... yg menyatakan Syarikat tersebut menjalankan aktiviti General Traders .... maka pihak Syarikat boleh memasukkan aktiviti tersebut sebagai aktiviti perniagaan. Namun disini perlu diingat .... treatment Property tersebut hendaklah betul ....sekiranya aktiviti tersebut melebihi setahun....maka property tersebut hendaklah dijadikan sebagai Stock...dan bukanya Fixed Assets (Property, Plant and Equipment) .... salah treatment akan memberi implikasi yang berbeza.
....p/s..pastikan status Syarikat dgn LHDN..mengenai Real Property Company dahulu.
e. Legal fee ..... sekiranya merupakan sebahagian aktiviti perniagaan ... ianya adalah dibenarkan. Aktiviti Perniagaan ini merujuk kepada Syarikat tersebut menjalankan aktiviti Property ataupun General Traders dan keuntungan yg diiperolehi adalah Keuntungan Perniagaan. Sekiranya ianya adalah Fixed Assets seperti diatas tadi...maka perbelanjaan tersebut akan dibenarkan (Incidental Cost) bila kita mengira RPGT ... tapi tidak dibenarkan dalam pengiraan Cukai Perniagaan Syarikat.

Diharap dapat memastikan :
1. Jenis aktiviti perniagaan utama Syarikat
2. Jenis "Property"...ianya akan membezakan antara Pendapatan Perniagaan (Sek. 4a) dan Pendapatan Penyewaan (Sek. 4d).
3. Treatment "Property" tersebut apabila melebihi satu tahun (berdasarkan soalan diatas)
4. Status Real Property Company dengan LHDN.

p/s: harap ini membantu.


KADAR CUKAI SYARIKAT SDN BHD




Assalamualaikum tuan,


Saya dapat email tuan daripada website tuan http://ca2on9-tax.blogspot.com

saya ingin bertanya pada tuan yang arif.
benarkah sebuah syarikat sdn bhd yang dapat kontrak, sub 100% kepada syarikat yang tanpa mengeluarkan modal, syarikat yang beri sub itu akan dikenakan cukai lebih daripada 28%. saya dengar 60+%.

contoh situasi nya begini...

syarikat abc sdn bhd dpt kontrak let say rm100juta. syarikat abc sdn bhd sub 100% pada syarikat def sdn bhd dengan perjanjian 3% komisen diberikan pada abc sdn bhd oleh def sdn bhd. jadi syarikat def sdn dapat 97juta, dan abc sdn bhd dpt 3juta. saya ada dengar kalau syarikat abc sdn bhd sub 100% tanpa mengeluarkan sebarang modal, syarikat abc akan dikenakan cukai perniagaan lebih tinggi iaitu 68% kalau tak silap saya.

benarkah tuan?

kalau ya, bagaimana untuk mengurangkan cukai tersebut?

terima kasih.


JAWAPAN :

Waalaikumsalam Tuan,

1. Apa yg Tuan dengar tu tidak berapa betul....dan juga tak tepat. O.k...saya cuba menerangkan secara basic .... Setiap perniagaan akan dikenakan cukai sekiranya terdapat Pendapatan Yg Boleh Cukai (Chargeable Income)...maksudnya..sekiranya terdapat pendapatan yang boleh dikenakan cukai atau bahasa mudahnya keuntungan bersih...secara amnya dikenakan cukai.


Dalam kes Tuan :

a. Sykt ABC Sdn. Bhd...dapat kontark RM100 juta..dan sub sepenuhnya RM100 juta..in return dapat komisen 3% = RM3 juta.

i. Maka pendapatan Sykt ABD Sdn. Bhd. bersih adalah RM3 juta....ini belum ditolak dengan kos2 lain seperti Gaji, Sewa, Travelling, Petrol dsb. Katakan .... selepas ditolak kesemuanya ada baki atau dikenali Untung Bersih (Net Profit) ... katakan sebanyak RM500,000 kebawah maka ianya akan dikenakan cukai sebanyak (andaian mudah):


........Bawah RM500,000 = Kadar Cukai 20%

........Selepas RM500,000 = Kadar Cukai 25%

...Oleh yg demikian ianya akan dikira berdasarkan Jadual2 Cukai seperti diatas (Tahun Taksiran 2009)..update..manakala Tahun Taksiran 2008 ianya adalah 26% (Beza 1%)...dan setiap tahun ianya berubah....Dengan erti kata lain..cukai 68% yg Tuan cakap tu.....tak betul.


Pengiraan Kasar Sahaja :


Dengan andaian RM3 juta tu tak ada kos lain..bersih..sebersihnya....maka cukainya adalah :


........Bawah RM500,000 pertama = RM100,000

........Atas RM500,000 iaitu RM2,500,000 = RM700,000
........keseluruhannya adalah RM800,000 ... (cukai yg kena bayar) ..... maka semakin kecil Untung Bersih semakin kecil cukai yg dikenakan.

Cukai akan dikenakan apabila ada untung sahaja (secara amnya)...dan ianya paling tinggi adalah 25% (Bagi Syarikat yg mempunyai Modal Berbayar (Paid-up Capital) RM2.5 juta.

Bagi Syarikat yg mempunyai Modal Berbayar melebihi RM2.5 juta maka kadar cukainya maksimumnya adalah 28% atas keuntungan (Secara kasar).... dan bukanya 68% yg Tuan cakap tu.....harap maklum.

(Untuk makluman : Pendapatan Bercukai terhasil dari pengiraan cukai yg tersendiri dan ianya berbeza dengan konsep "ada untung ada cukai" kerana tidak semestinya jika perniagaan itu tidak mengalami keuntungan (rugi) maka ianya tidak dikenakan cukai.)


Untuk Peringatan : (Sekiranya)


1. Disebabkan kontrak menggunakan nama Syarikat ABC Sdn. Bhd. dan payment pun masuk ke dalam Syarikat ABC Sdn. Bhd.....dan kemudian baru bagi ke Sub-contractor....maka

........a. Akaun - Hendaklah istiharkan keseluruhan nilai kontrak...dan bukannya nilai komisen sahaja diistiharkan.
........b. Disebabkan nilai amaun terlibat besar...maka dokumen2 yg selengkapnya amat perlu ...contoh pembayaran2 dibuat hendaklah ditandatangani (wajib) oleh Pengarah....bagi mengelakkan kesusahan dengan LHDN....silap2 pembayaran yg dibuat tu tidak dibenarkan (Unallowable Expenses)...maka Syarikat pulak kena tanggung...sia2 kena bayar cukai yg tak sepatutnya.

2. Kalau......hanya dapat komisen sahaja...tanpa melibatkan Syarikat...(macam Agen atau Broker) ..hanya perlu rekod nilai komisen sahaja.


3. Kurangkan Cukai :

Terdapat banyak cara....
a. Kesesuaian Perniagaan.....nature, acitivites dsb.
b. Penggunaan peruntukkan cukai (LHDN) dan belanjawan setiap tahun....insentif dan pelepasan2, zakat dsb
c. Pengenalpastian jenis2 keuntungan dan kos-kos.... banyak lagi....ikut kesesuaian.
...sebenarnya ianya luas dan mempunyai berbagai cara yg dibenarkan oleh LHDN....

Sekiranya terdapat permasalahan boleh contact saya....insyallah..saya akan jawab....cuma saya nasihatkan...buatlah yg terbaik....dan jangan salah langkah....sebab amaun penalti sahaja adalah 60% atas penipuan ...banyak tu....bayangkan kalau RM1 juta penipuan yg dijumpai oleh LHDN.....maka cukai adalah RM280,000 dan amaun penalti adalah 60% (RM168,000)....Jumlah RM448,000......kalau RM3 juta...macam mana...sekadar mengingati sahaja.....cuba buat yg terbaik...ada penyelesaiannya.


Harap membantu.




Cukai : Perniagaan (Seksyen 4A) - Milikan tunggal (Enterprise)- Langkah- langkah dan asas mula




Assalamualaikum Encik Radzi.

Moga sihat selalu.Saya ada beberapa persoalan mengenai cukai untuk perniagaan enterprise. Jadi pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membuka peluang sebegini termasuk untuk blog Encik mengenai cukai tersebut.


Berikut adalah beberapa soalan saya:

1. Saya memulakan perniagaan bermula awal bulan Disember 2006. Namun, saya tidak pernah mendaftar dengan LHDN malah tidak pernah membayar cukai perniagaan. Bukannya ingin lari dari tanggungjawab, tapi asas percukaian itu tidak ada dan tidak tahu di mana saya perlu bermula. Persoalan saya di sini, apakah yang saya perlu lakukan untuk tahun-tahun yang lepas tersebut?
2. Perniagaan saya dimulakan pada bulan Disember 2006, jadi pada penyata kewangan untuk tujuan cukai, adakah tempoh penyata kewangan yang perlu dilakukan hanya dari Disember sehingga selewat-lewatnya bulan Jun tahun seterusnya (contoh: Disember 2008 – Jun 2009)? Atau dari Jun ke Jun? Sebagai contoh dari Jun 2008 sehingga Jun 2009?
3. Apakah jumlah pendapatan minimum (tahunan) untuk sesebuah perniagaan enterprise itu dikenakan cukai?
4. Ada dokumen-dokumen tertentu seperti resit dan dokumen penerimaan bayaran telah tiada di dalam simpanan saya. Ini menyebabkan saya sukar untuk menjumlahkan pendapatan bagi satu-satu tahun atau bulan. Jadi apakah yang perlu saya lakukan? Bolehkah kita lakukan anggaran pendapatan?
5. Bagaimana saya boleh dapatkan No. Rujukan Cukai?
6. Boleh senaraikan secara ringkas langkah pertama sehinggalah kepada proses declare tax?

Buat masa ini, saya telah mencari rujukan dari pelbagai sumber seperti dari internet (dan terjumpa blog Encik) dan juga membeli buku. Namun rujukan-rujukan tersebut amat terhad dan tidak menerangkan dari mula dan langkah demi langkah. Rata-rata buku hanya lebih kurang sahaja isi kandungannya dan hanya menyatakan contoh sahaja tanpa menyatakan apa yang perlu dibuat, bagaimana untuk mendaftar, isu-isu praktikal dan sebagainya.


So far, dari kefahaman asas kiraan cukai yang saya fahami, tidak banyak pun yang saya perlu bayar, malah banyak juga jumlah pelepasan yang saya gunakan seperti pembelian buku dan lain-lain. Cuma saya ingin declare tax agar memudahkan saya melakukan permohonan pinjaman dengan pihak bank. :D

Terima kasih.

Jawapan

Salam,

1. Saya minta maaf kerana lambat menjawab pertanyaan saudara.

2. Tak perlu segan dengan saya, kerana saya juga manusia juga seperti saudara. Boleh tanya apa sahaja..percuma sahaja...tiada bayaran dikenakan.....sebab niat saya membantu apa yg terdaya..ikhlas...insyallah...
3. Update Blog....saya akan teruskan updatekan blog...cuma berharap saya mendapat masa yg terluang dan sesuai...untuk tujuan masyarakat bersama....segalanya disini percuma....
4. Mana2 yg tak faham tu...boleh call saya ...Radzi - 019-300 7730....24jam sehari....7 hari seminggu....setakat hari ini saya belum terniat lagi untuk mengenakan sebarang caj...insyallah ianya percuma.

Jawapan 1.

Langkah yg perlu :
a. Buat Akaun Perniagaan yang mengandungi Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan General Ledger.
b. Buat pengiraan cukai bagi Perniagaan Enterprise bagi mengenalpasti Cukai atau Kerugian Cukai (Brought Forward), Elaun Modal (Semasa dan Bawa Kehadapan). Hasil daripada pengiraan ini akan digabung sekali dengan pendapatan pengajian (suami atau isteri)..jika perlu....dan terhasilah samada perlu dicukai atau tidak.

Bagi kes2 yang tidak mempunyai dokumen yg lengkap seperti kehilangan dsb...boleh membuat anggaran sebaik mungkin...namun ianya haruslah logik dan bersesuaian. Ini adalah kerana pihak LHDN akan membuat audit cukai keatas kesemua perniagaan Enterprise juga bila tiba masanya. Cuba laporkan yang terbaik dan munasabah. Pelaporan perlulah dibuat bermula dari tarikh penubuhan perniagaan sehingga 31 Disember setiap tahun.


p/s : Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan Akta Perniagaan dan Akta Cukai 1967...dan ianya adalah jalan yg sebenarnya. Terdapat ramai antara mereka disana (consultant) mengambil jalan mudah atau short-cut..ini akan membahayakan dan akan menyusahkan Pelanggan mereka.


Jawapan 2.

Perniagaan bermula pada Disember 2006. Tarikh penubuhan bila?
Sekiranya tarikh perniagaan itu sama dengan tarikh penubuhan maka :
1. Perniagaan saudara perlulah ditutup pada setiap 31 Disember...iaitu pada kes ini pada 31 Disember 2007. Pada isu ini..ianya melebihi 12 bulan..iaitu 13 bulan...ianya tak menjadi kesalahan bagi tahun pertama sahaja. Bagi tahun keduanya ianya haruslah tidak melebihi 12 bulan dan perlu ditutup pada setiap 31 Disember. Selepas tahun 2004, kesemua perniagaan Enterprise hendaklah menutup perakaunan mereka berakhir 31 December. (Seksyen 27 Akta Cukai Pendapatan)..

Jawapan 3.

Jumlah pendapatan dikenakan cukai bagi perniagaan Enterprise adalah sama pada kadar Jadual Pengiraan Cukai Individu .... kerana pendapatan tersebut ditaksir pada individu....bergantung kepada jumlah pendapatan anda.

Jawapan 4.

Sekiranya hilang..boleh gunakan apa yg ada...seperti bank statement, cash book dsb.....kalau dah langsung tak ada..bolehlah membuat anggaran sendiri...yg. munasabah.

Jawapan 5.

Pendaftaran perlu dilakukan di LHDN bagi mendapat nombor rujukan dan borang B. Bagi perniagaan Enterprise...owner kena pergi sendiri....sekejap sahaja bagi urusan ini dan mudah.

Jawapan 6

1. Regiter untuk dapat nombor rujukan cukai dan birang cukai setiap tahun.
2. Buat akaun selengkapnya (Penyata Kewangan)
3. Buat pengiraan Cukai Perniagaan Enterprise
4. Gabungkan dengan Pendapatan Pengajiaan dan Lain2 Pendapatan (jika ada)
5. Isi Borang B setiap tahun...dan hantar.

p/s: a. mana2 yg tak paham tu boleh call saya...insyallah saya akan bantu apa yg terdaya dan ianya bertujuan untuk pembelajaran bersama dengan yg lain.


Terima kasih.

Wslm.
Radzi
CA (Malaysia)


SOALAN

Salam,

Saya ingin memohon penerangan dari tuan, adakah saya perlu membayar cukai syarikat sekiranya syarikat saya tidak mendapat sebarang keuntungan?

Untuk pengetahuan tuan, saya telah mengambil alih sebuah perniagaan dobi dengan modal rm40,000 pada August 2012 secara perkongsian dengan kakak saya.

Namun sehingga August 2014 jumlah wang pulangan setakat ni cuma rm20,000. Ini bermakna modal perniagaan yang telah saya keluarkan belum dapat dikumpul lagi. Sekian. Terima kasih.

JAWAPAN

Assalamualaikum Puan,

Untuk makluman Puan, setiap Individu yang menjalankan Perniagaan perlu mengisytiharkan cukai pendapatan mereka. Cukai akan dikira sekiranya Perniagaan tersebut mempunyai Pendapatan Bercukai (Pendapatan yang boleh dicukaikan). Untuk menghasilkan Pendapatan Bercukai ini, Puan perlu menyediakan akaun untuk menunjukkan keuntungan atau kerugian daripada Perniagaan tersebut dan cukai akan dikira berdasarkan pendapatan bercukai ini. Proses ini dapat dilihat melalui contoh di Lampiran 1.

Secara umumnya, modal Perniagaan yang dikeluarkan oleh Puan tidak sama dengan keuntungan atau kerugian yang diperolehi daripada Perniagaan. Hal ini adalah kerana modal merupakan sejumlah wang yang dikeluarkan oleh Individu bagi menjalankan Perniagaan dan berkemungkinan modal ini tidak dapat dikumpul semula oleh Individu sepanjang menjalankan Perniagaan.

Oleh itu, akaun haruslah dibuat bagi membantu Puan untuk mengenal pasti semua transaksi jual beli dan juga untuk menghasilkan penyata untung atau rugi perniagaan. Ini adalah untuk membantu  Puan bagi menentukan sama ada perniagaan itu dikenakan cukai atau tidak berdasarkan kepada Pendapatan Bercukai. 

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu puan.
 Sekian, Terima kasih.

  Milikan tunggaL-ENTERPRISE
 

From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Pengiraan Cukai


Soalan :

Salam Sejahtera Tuan,

Saya ingin bertanya sedikit mengenai pengiraan cukai perniagaan perkongsian. Pembahagian sama rata ke atas untung / rugi di lakukan sebelum mendapatkan Pendapatan Bercukai. Kalau begitu bagaimana pula dengan perbelanjaan tidak dibenarkan & Elaun Modal, adakah ianya perlu di bahagi sama rata? Andai kiranya begitu, maka Pendapatan Bercukai terhasil utk setiap pemilik ka? 

Saya kurang faham dan harap tuan dapat membantu

Sekian, Terima kasih


Jawapan :

Salam Sejahtera Tuan,

Pengiraan cukai bagi perniagaan jenis perkongsian adalah sedikit berbeza dari pengiraan cukai bagi syarikat atau milikan tunggal. Pembahagian dilakukan mengikut pada perjanjian pembahagian keuntungan oleh pekongsi tetapi sekiranya tiada perjanjian yang dibuat oleh pekongsi, maka pembahagian ini perlulah dilakukan secara sama rata.

Pengiraan seperti biasa akan dilakukan termasuklah penambahan semula perbelanjaan tidak dibenarkan daripada untung atau rugi perniagaan sehingga menghasilkan pendapatan larasan. Selepas itu, barulah elaun modal dibahagikan kepada pekongsi mengikut perjanjian yang dipersetujui. Contoh pengiraan cukai boleh dilihat melalui proses seperti di Lampiran 1.

Oleh itu, setiap pekongsi akan mempunyai pendapatan bercukai masing-masing dan cukai yang dikenakan adalah bergantung kepada pendapatan bercukai dan pelepasan-pelepasan yang dituntut oleh setiap pekongsi.

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

Terima kasih.




                                                                                                                                                                                       


From: xxxxxx
To: mr.radzi@yahoo.com
Subject: Percukaian Individu atau Syarikat?


SOALAN

Assalamualaikum En Razi,

Saya telah menubuhkan syarikat sendirian berhad hampir setahun serta merupakan share holder dan director syarikat. Sebelum ini saya bekerja makan gaji sahaja. Saya mempunyai kemusykilan tentang percukaian individu samada perlu membayar lagi cukai pendapatan individu setelah membayar cukai korporat bagi syarikat yang saya tubuhkan. 

Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih

Saiful Azuan

JAWAPAN

Assalamualaikum Tuan,

Terima kasih atas soalan yang diberikan.
Untuk makluman Tuan, setiap individu yang menjalankan Perniagaan atau Syarikat Sdn. Bhd. di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang diisytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah Cukai Pendapatan. Perbezaan bagi perniagaan milikan tunggal  dan syarikat ialah, cukai perniagaan bagi milikan tunggal akan jatuh pada individu iaitu pemilik perniagaan itu sendiri, manakala bagi syarikat pula cukai perniagaan adalah berasingan dengan cukai individu iaitu pengarah syarikat. Ini adalah kerana, Syarikat Sdn. Bhd. dan pengarah merupakan dua entiti yang berbeza yang menyebabkan kedua-dua perkara ini perlu diisytihar secara berasingan.

Secara kesimpulannya, pengisytiharan borang adalah seperti berikut :

ENTITI
BORANG CUKAI
Milikan Tunggal
Borang B
Syarikat Sdn Bhd. dan Syarikat Berhad
Borang C
Pengarah Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad
Borang BE
Penggajian
Borang BE

Sekiranya pihak Tuan mendapat gaji, elaun, bonus dan kemudahan berupa barangan (kereta, rumah dan sebagainya) daripada syarikat yang ditubuhkan, maka Tuan perlu mengistiharkan pendapatan tersebut melalui Borang BE (Individu bermastautin yang tidak menjalankan perniagaan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967). Borang ini merupakan borang yang sama Tuan gunakan bagi mengisytihar pendapatan Tuan sebelum ini iaitu penggajian.

Oleh itu, sebagai seorang pengarah syarikat, Tuan bertanggungjawab ke atas cukai korporat iaitu menghantar Borang C (Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Syarikat di bawah Seksyen 77A Akta Cukai Pendapatan 1967) dan juga cukai individu iaitu Tuan sendiri (Borang BE). Sekiranya pihak Tuan, masih berkerja makan gaji dengan majikan lain, maka jumlah gaji tersebut perlu diisytihar bersama-sama dengan gaji yang diterima dari syarikat yang ditubuhkan oleh Tuan.

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.


Sekian, Terima kasih.