PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Kami terdiri daripada beberapa orang dan
rakan yang BERPENGALAMAN dan BERKEMAMPUAN di dalam bidang-bidang seperti:
* Perakaunan (Accounting) - ketetapan MASB dan FRS
(Piawaian Perakaunan M'sia).
* Pengauditan (Auditing) - Swasta, Badan
Berkanun dsb.
* Hal Ehwal Perniagaan Tunggal (Entp),
Partnerships, Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi dsb.
* Percukaian (Syarikat, Individu, Koperasi,
Yayasan dsb) - Amalan, Pematuhan & Tips2
* Perunding (Consultant) - Due Diligence
Review, Share Valuation, Take-over Company dsb.
AKAUN & AUDIT BERKANUN
- Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menyediakan Akaun Kewangan Syarikat bagi membolehkan ia diaudit. Kami menyediakan laporan kewangan dan menjalankan audit, mengikut piawaian perauditan yang diluluskan. Kami akan memastikan segala maklumat adalah RAHSIA dan SULIT.
PENYATA KEWANGAN
Penyata Kewangan yang disediakan
termasuklah :
* BALANCE SHEET (Kunci Kira-kira)
* INCOME STATEMENT (Penyata Untung Rugi)
* GENERAL LEDGER (Lejar Am)
* GENERAL JOURNAL (Lejar Journal)
* BANK RECONCILIATION (Penyata Penyesuaian
Bank)
* FIXED ASSETS SHEDULE (Penyata Harta dan
Susutnilai)
Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan melalui konsep secara "Accounting
On-line' iaitu menggunakan kaedah internet sebagai medium perantaraan. Penyata
Kewangan akan disediakan secara berkomputer dan akan mengandungi
maklumat-maklumat seperti yang dikhendaki oleh Akta mahupun Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN). Disamping itu pengguna akan memperolehi Penyata Kewangan mereka
secara konsisten dan boleh dipercayai. Walau dimana mereka berada termasuklah
sedang bercuti, mereka akan tetap tahu akan status kewangan mereka. Penyata
Kewangan yang disediakan terdiri dari pelbagai bentuk seperti dalam bentuk
percetakan (hardcopy) atau dalam bentuk 'softcopy' seperti Microsoft Excell,
PDF Format dan lain-lain bentuk yang difikirkan sesuai.
KELEBIHAN :
* Kos Yang Minima dan Termampu
* Mengurangkan Kos Pengurusan dan
Pentadbiran
* Mempertingkatkan Kawalan dan Pengurusan
Kewangan
* Penyata Kewangan Yang Berkualiti dan
Boleh Dipercayai
* Memudahkan Pekara dan Urusan Berkaitan
Dengan Audit dan Juga Cukai
* Penyata Kewangan Disediakan Mengikuti
Polisi dan Amalan Perakaunan diguna Pakai Di M'sia.
* Membantu Pemilik Perniagaan atau
Syarikat Dalam Merancang Cukai Pada Peringkat Awal(Individu atau Syarikat).
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT :
* Membuat pembayaran setiap awal iaitu
RM350 sebulan.
* Menghantar salinan lengkap senarai
dokumen seperti Senarai Wang Masuk dan Senarai Wang Keluar yang dikhendaki
melalui e-mail atau cara yg difikirkan sesuai. (Hanya senarai lengkap sahaja).
* Menghantar salinan Penyata Bank (jika
ada) setiap bulan.
* Menghantar maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan urusan perakaunan.
TANGGUNGJAWAB KAMI :
* Menyediakan Penyata Kewangan setiap bulan sehingga tamat tempoh
perjanjian.
* Menghantar Penyata Kewangan secara e-mail atau cara yang
difikirkan sesuai setiap bulan.
* Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA
dan SULIT.
Terma dan Syarat akan dinyatakan didalam
perjanjian bersama (Letter of Engagement).
BIDANG BERKAITAN :
A. PENGAUDITAN – Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi,
Pertubuhan,Yayasan dan Audit Khas (Specialise Audit).
B. PERAKAUNAN – Sistem Perakaunan Berkomputer yang
lengkap bagi semua jenis perniagaan dan Industri dengan kadar yang amat
berpatutan. Kami juga menyediakan perkhidmatan menaiktaraf Sistem Perakaunan
yang sedia ada bagi mengikut kesesuaian perniagaan anda.
PERTUBUHAN SYARIKAT
- Penubuhan Syarikat jika dibandingkan dengan penubuhan firma perniagaan adalah melibatkan prosedur yang lebih rumit dan menggunakan kos yang lebih tinggi. Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru. Syarikat yang ditubuhkan adalah mengikut tujuan dan kehendak perniagaan anda.
PENASIHAT DAN PERUNDING CUKAI
- KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN – Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Syarikat terutamanya Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dsb.
- PERCUKAIAN – Menyediakan khidmat nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Merancang dan memaksimumkan penjimatan cukai sebaik mungkin dan mengadaptasikan peruntukkan Undang-undang yang sedia ada.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap Syarikat untuk sentiasa mengemaskini Penyata Akaun Kewangan. Borang Penyata Cukai adalah dokumen yang diperlukan oleh setiap perniagaan iaitu pembayar cukai untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
SETIAUSAHA SYARIKAT
- Syarikat mematuhi pelbagai peraturan berkanun. oleh itu, khidmat Setiausaha Syarikat adalah penting untuk memastikan Syarikat terus mematuhi segala peraturan dan akta yang ditetapkan sama ada semasa penubuhan mahupun selepas penubuhan.
SECRETARIAL (SETIAUSAHA SYARIKAT) – Menyediakan perkhidmatan Setiausaha
Syarikat yang diluluskan (Approved Company Secretary) mengenai pekara-pekara
pematuhan, amalan dan polisi Akta Syarikat, 1965 termasukklah :
* Registered Company Secretary -
Menguruskan kerja dan hal-ehwal Syarikat seperti
yang termaktub di dalam Akta.
* Company Formation (Penubuhan Syarikat
Baru) - RM2,500
* Buy Shelf Company and Take-over Company
* Advisory dan Consultancy of Company -
Khidmat runding dan Nasihat berkenaan
Syarikat
Kadar caj perkhidmatan biasa adalah dalam
lingkungan RM60 hingga RM100 dan tambahan bonus ... kami tidak akan mengenakan
sebarang caj kepada pelanggan kami di atas penggunaan alamat sebagai Register
Office (Alamat Berdaftar).
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Kami di Radzi & Co, menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya bagi membantu syarikat-syarikat yang layak mendaftar GST seperti :-
• Membantu mendaftarkan syarikat mereka
• Membantu syarikat melaksanakan sistem GST
• Memberi khidmat nasihat dan latihan kepada syarikat yang memerlukan
Kami memiliki kakitangan terlatih dalam menguruskan pelaksanaan dan membantu menyelesaikan permasalahan berkenaan GST.
LATIHAN, PEMBANGUNAN DAN SEMINAR
Kami di Radzi & Co, juga menyediakan latihan, pembangunan dan seminar mengenai
isu-isu berkaitan dengan perakaunan, pengauditan, hal ehwal perniagaan, percukaian, GST dan setiausahaan syarikat. Latihan, pembangunan dan seminar yang kami lakukan adalah anjuran kami sendiri dan kami juga menerima jemputan untuk mengadakannya ditempat anda.
isu-isu berkaitan dengan perakaunan, pengauditan, hal ehwal perniagaan, percukaian, GST dan setiausahaan syarikat. Latihan, pembangunan dan seminar yang kami lakukan adalah anjuran kami sendiri dan kami juga menerima jemputan untuk mengadakannya ditempat anda.
RADZI & CO. NF 1002 (CHARTERED ACCOUNTANTS)
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com
Tel : 06 - 677 3001, 677 5001
Facsimile : 06 -679 3001
E-mail : radziandco@yahoo.com
Website : www.radziandco.com
Mohd. Radzi Lasim (CA (M))
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com
Tel : 019 -300 7730
E-mail : mr.radzi@yahoo.com