KUALA LUMPUR 13 Jun – Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) akan terus memburu pihak yang enggan membuat pembayaran cukai melalui sistem pertukaran maklumat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berdasarkan maklumat terperinci yang diperoleh ketika melakukan operasi.
Pengarah
Jabatan Khidmat Korporat, Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Asriah Shaari
berkata, JKDM akan memberi maklumat seperti nama syarikat serta nombor cukai
barang dan perkhidmatan (GST) pada resit untuk membuat pengesahan sama ada
syarikat tersebut membuat pembayaran cukai pendapatan atau terdapat sebarang
keraguan.
Katanya,
LHDN akan melakukan siasatan terperinci serta mengaudit syarikat terbabit jika
didapati bersalah sebelum dikenakan sebarang tindakan.“Denda
akan dikenakan berdasarkan dari tarikh pembayaran yang sepatutnya dibuat. Kita
akan kenakan tindakan mahkamah jika mereka tidak mengembalikan borang cukai
pendapatan atau tidak membayar cukai untuk tempoh tertentu.