Syarikat minyak sawit menang kes tuntutan elaun pelaburan semula LHDN
KUCHING: Keputusan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) 
semalam berpihak kepada syarikat minyak sawit tempatan dalam kes rayuan 
melibatkan tuntutan modal perbelanjaan elaun pelaburan semula berjumlah besar 
yang dialami ketika membuka tanah bagi penanaman kelapa sawit.
Keputusan itu akan memberi manfaat kepada semua syarikat penanaman kelapa 
sawit di seluruh negara.
Syarikat minyak sawit mahu menuntut elaun pelaburan semula tetapi tidak 
dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana buah kelapa sawit bukan 
jenis buah-buahan seperti yang dimaksudkan untuk tujuan penanaman buah-buahan 
seperti yang dinyatakan di bawah perenggan 9 (cc) Jadual 7A Akta Cukai 
Pendapatan 1967.
LHDN menegaskan bahawa perkataan ‘buah-buahan’ dalam frasa ‘penanaman 
buah-buahan’ di bawah perenggan 9 (cc) bermaksud buahbuahan Malaysia yang manis 
dan boleh dimakan dan tidak termasuk buah kelapa sawit, sekali gus tidak 
membenarkan tuntutan itu.
Syarikat itu yang terkilan dengan taksiran yang dibuat oleh LHDN setelah 
tidak membenarkan tuntutan melalui ejen cukai, memfailkan Notis Rayuan untuk 
merayu terhadap taksiran yang dibuat kepada SCIT.
SCIT setelah mendengar dan membaca pendirian panjang dan penghujahan daripada 
kedua-dua pihak sebulat suara memutuskan bahawa frasa ‘penanaman buah-buahan’ di 
bawah perenggan (9cc) Jadual 7A Akta termasuk kelapa sawit buah-buahan dan 
membenarkan rayuan itu dengan sewajarnya.
Syarikat itu diwakili oleh Dr Chew Peng Hui Battenberg dan Talma dan dibantu 
oleh Lam Kam Wing, seorang perunding cukai Tasmanco Consultancy Services Sdn Bhd 
manakala LHDN telah diwakili oleh dua pegawai undangundang dari ibu pejabatnya 
di Kuala Lumpur.
KOMEN RAC : Untuk penjelasan dgn lebih lanjut mengenai elaun pelaburan semula rujuk  http://www.hasil.org.my/pdf/pdfam/KU_6_2012.pdf
