SOALAN
Salam tuan, sy XXX dari jb nk bertanyakan ttg IHC..sebelum2 ni ada baca
posting2 tuan di forum2, dan sy kurang dapat pendedahan ttg IHC ni.. ada byk
persoalan sebelum sy hendak mendaftarkan IHC melalui syarikat tuan..
1. Kalau hanya
mempunyai syarikat enterprise bolehke masuk dibawah pegangan holding tersebut?
2. Perlu ke sy hire
staff seperti jabatan HR, jabatan kewangan, jabatan audit dalaman,jabatan
corporate marketing, jabatan harta intelek, jabatan pengurusan harta dan
penasihat undang2 sebaik sahaja IHC ni ditubuhkan?
3. Betulke kalau
ada 3 syarikat yang menguntungkan di bawah IHC dan 2 syarikat yg rugi,maka
kadar percukaian akan lebih rendah berbanding atau lebih diistihar sbg ‘tiada
untung’? Dan bagaimana cara membuat pinjaman jika berada di situasi sebegini?
4. Benarkah jika
satu syarikat yg baru sahaja didaftar dapat menerima nilai pinjaman yg tinggi?
JAWAPAN
Salam Tuan,
Terima kasih atas soalan-soalan yang telah diberikan.
1. Untuk makluman
pihak Tuan, Enterprise (Perniagaan Milikan Tunggal) dan Syarikat Sdn. Bhd. merupakan
dua entiti yang berbeza.
Hal ini adalah
kerana Enterprise didaftarkan di
atas nama perseorangan iaitu Pemilik perniagaan itu sendiri dibawah Akta
Perniagaan 1956. Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang Pemilik, maka perniagaan
tersebut jatuh di bawah Perkongsian berdasarkan Akta Perkongsian 1964.
Bagi Syarikat Sdn Bhd pula, Pengarah
(sekurang-kurangnya dua orang) dan Pemegang Saham diperlukan untuk penubuhan
Syarikat. Syarikat Sdn Bhd dan Pengarah merupakan entiti berbeza berdasarkan
Akta Syarikat 1965
Hanya Syarikat
yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 1965 sahaja boleh dimasukkan dibawah
Holding Company. Hal ini kerana Enterprise atau Milikan Tunggal tidak mempunyai
pegangan saham yang membolehkan Syarikat Pegangan memegang saham terhadap Anak
Syarikat.
2. Untuk memudahkan
pihak Tuan menguruskan Syarikat IHC ini, pihak Tuan digalakkan untuk mempunyai
pekerja yang bersesuaian dengan skop dan kerja yang terlibat. Hal ini kerana
tiada kewajipan yang tertakluk di dalam mana-mana akta.
3. Untuk makluman
pihak Tuan, terdapat perbezaan bagi Holding Company dan Investment Holding
Company (IHC). Perbezaannya adalah :
Holding
Company
|
Investment
Holding Company
|
|
Pendapatan diterima
|
Pendapatan diterima daripada perniagaan berdasarkan Seksyen 4(a) Akta
Cukai Pendapatan 1967
|
Pendapatan diterima daripada faedah, sewa dan dividen berdasarkan
Seksyen 4(c) dan 4(d) Akta Cukai Pendapatan 1967
|
Ciri-ciri
|
Beberapa Syarikat Sdn Bhd yang dihimpunkan menjadi satu kumpulan besar
dan mempunyai pegangan terhadap setiap Syarikat dibawahnya.
|
1. Aktiviti utama
bagi IHC adalah pelaburan.
2. 80% daripada
pendapatan yang diterima mestilah daripada pelaburan.
|
Layanan Cukai
|
Syarikat Menuntut boleh menuntut pelepasan berkumpulan terhad kepada
70% daripada kerugian tahun semasa yang tidak diserap oleh Syarikat Menyerah
dan tertakluk kepada syarat-syarat.
|
Setiap pendapatan daripada pelaburan yang diterima akan ditolak
perbelanjaan bagi perlaburan tersebut sahaja.
Sekiranya terdapat 3 pelaburan yang berbeza, maka perbelanjaan akan
diasingkan berdasarkan pelaburan tersebut. Terdapat formula bagi menentukan
jumlah perbelanjaan yang boleh diberi tolakan.
Kemudian, pendapatan bersih bagi setiap pelaburan tersebut akan
ditambah dan menghasilkan cukai perlu dibayar.
|
4. Terdapat
beberapa kelebihan dan kekurangan sekiranya pihak Tuan mempunyai Holding
Company. Antaranya:
Kelebihan
|
Kekurangan
|
a. Berpotensi
luas untuk melabur dalam projek berisiko tinggi di mana modalyang tinggi
diperlukan dan kos operasi yang ditanggung boleh ditolak daripada keuntungan
syarikat lain.
b. Dengan
menjadi anak syarikat yang besar dan berwibawa, anak syarikat mudah mendapat
kepercayaan dari pelabur, pelanggan dan pembekal.
c. Syarikat Pemegang boleh menuntut pelepasan berkumpulan terhad kepada
70% daripada kerugian tahun semasa yang tidak diserap oleh Anak Syarikat dan tertakluk kepada syarat-syarat.
|
a. Menanggung kos perbelanjaan yang tinggi.
b. Jika syarikat menyerah kerugian memberikan amaun
kentungan terlaras yang tidak tepat, syarikat menyerah kerugian boleh
dikenakan penalti bersamaan dengan cukai yang dikenakan atau yang terkurang
caj pada syarikat menuntut.
c. Syarikat yang telah menuntut insentif lain (selain
pelepasan berkumpulan) tidak boleh menuntut pelepasan berkumpulan.
|
Untuk maklumat
lanjut mengenai IHC, boleh layari laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) :
Sekian, terima
kasih.